01 di kempas - Google Blog Search |
Bilakah Empangan <b>Kahang</b> akan siap dibina? - DAP 4 Change Posted: 25 Jul 2013 07:41 PM PDT Kenyataan Media oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 25.7.13 di Kuala Lumpur Pada 26 Mac 2011, 10,000 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 105 juta untuk membina projek Empangan Kahang demi menyelesaikan masalah kekurangan air di Kluang[i]. Setelah lebih dua tahun berlalu, rakyat Kluang masih tidak diberitahu tentang apa-apa perkembangan terkini tentang status projek Empangan Kahang. Setiap tahun, semasa musim kemarau, ribuan penduduk Kluang hidup menderita tanpa air yang mencukupi. Sebagai Ahli Parlimen Kluang, saya telah membangkitkan soalan di Parlimen tentang status pembinaan projek Empangan Kahang, khususnya tarikh empangan akan siap dibina, kos yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan persekutuan, dan samada Kajian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dijalankan. Jawapan yang diberikan kepada saya adalah seperti berikut: 1. Projek pembinaan Empangan Kahang dilaksanakan sepenuhnya melalui pembiayaan geran Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos berjumlah RM105 juta. 2. Projek ini dijadualkan siap pada bulan November 2016 dengan tempoh pembinaan selama 36 bulan. 3. Terma rujukan bagi DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment) projek tersebut telah dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 27 Mac 2013. Di Kluang, catuan air dilaksanakan setiap kali paras air di Empangan Sembrong Barat turun. Empangan Kahang merupakan infrastruktur yang penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan air di kawasan sekitar Kluang dari segi jangka panjang, jika dibina dengan betul. 1. Aktiviti pembalakan, pertanian dan pemberimilikan tanah di dalam kawasan tadahan air Empangan Kahang, jika ada, harus dibekukan dan diberhentikan sehingga laporan DEIA diluluskan. Ini demi memastikan tiada pihak-pihak berkepentingan mencuri hasil balak dan tanah sehingga merosakkan kawasan tadahan air sepertimana yang telah berlaku di Empangan Sembrong. 2. Kedudukan empangan ini adalah berdekatan dengan FELDA Kahang Timur dan mungkin juga berdekatan dengan kawasan Orang Asli. Pihak berkuasa wajar mengambil langkah proaktif merunding dengan pihak tersebut mengenai projek empangan tersebut. Rundingan awam perlu dilaksanakan sebelum projek diluluskan. 3. Takungan reservoir Empangan Kahang akan menenggelami sebahagian kawasan hutan simpan mergastua Endau – Kota Tinggi yang kaya dengan nilai biodiversiti. Kajian DEIA harus dinilai dengan pelbagai sudut dan pandangan profesional dari NGO alam sekitar harus dipertimbangkan. 4. Penting sekali, orang awam perlu diberitahu tentang maklumat terperinci dan perkembangkan terkini projek ini. Sekurang-kurangnya maklumat tentang projek ini perlu disiarkan untuk pengetahuan awam di Bandar Kluang dan Kahang. Pandangan dan pemantauan orang awam perlu diterapkan sebagai sebahagian projek ini memandangkan ia memakan kos ratusan juta wang rakyat dan kehidupan seharian rakyat akan dipengaruhi oleh cara projek ini dilaksanakan. Saya juga menggesa kerajaan supaya memperuntukkan bajet untuk menangani masalah pembaziran air dari segi Non Revenue Water (NRW) yang masih sangat tinggi di Johor. Di bawah pentadbiran syarikat swasta Syarikat Air Johor, sebanyak 35% air yang telah dirawat di Johor telah hilang tanpa pengukuran meter kerana kebocoran paip, pencurian, dan sebab-sebab lain. Tiada guna ratusan juta wang dihabiskan untuk membina empangan besar tetapi pada masa yang sama air terawatt bocor atau dicuri tidak sampai ke rumah pengguna. Bagi pihak rakyat Kluang, saya akan terus meneliti perkembangan projek tersebut. LIEW CHIN TONG |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan