01 di kukup - Google Blog Search |
lawatan teknikal ke majlis daerah pontian, taman <b>...</b> - Blog - JPBD Posted: 25 Jul 2013 08:16 PM PDT Pejabat Projek Zon Tengah telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Pontian, Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Pontian Johor. Tujuan lawatan ke Majlis Daerah Pontian adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rancangan Khas Kawasan Permas Kechil-Kukup 2015 yang mana ianya sebagai benchmark bagi cadangan projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor, Perak. Matlamat Rancangan Khas Kawasan (RKK) Permas Kechil-Kukup 2015 ini adalah bagi menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan Berdaya Maju, Teratur dan Mampan. RKK Permas Kechil-Kukup 2015 ini telah diwartakan pada 7 Julai 2011. Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan yang berdaya maju, teratur dan mampan. Terdapat 18 pembangunan utama bagi RKK Permas Kechil-Kukup 2015. Antaranya adalah Cadangan Pengurusan Dan Menaiktaraf Persimpangan Jalan Ke Tg. Bin Dan Permas Kechil, Cadangan Pusat Pemasaran Kraftangan Dan Produk Pelancongan IKS dan Cadangan Menaiktaraf Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan yang terdiri daripada Kg. Nelayan Ayer Masin, Kg. Melayu dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan ini berpotensi sebagai eko pelancongan dan dapat menarik minat para pelancong. Dua Perkampungan Nelayan iaitu Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut akan dinaiktaraf dan dibangunkan. Dari segi pelancongan pula Perkampungan Nelayan memberikan impak yang besar kerana kebanyakan pelancong lebih menyukai suasana perkampungan yang lain daripada tempat lain. Perkampungan Nelayan yang masih mengekalkan ciri-ciri nelayan dan perumah di atas memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan gambar dibawah terdapat 4 pakej pelancongan yang berkonsepkan homestay. Terdapat juga cadangan-cadangan lain bagi RKK Permas dan Kukup. Antaranya adalah:
LAWATAN KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN Pulau Kukup adalah salah satu kawasan hutan paya bakau yang tidak didiami yang terbesar di dunia. Ia juga adalah satu-satunya pulau yang terletak di kawasan perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup telah menerima pengiktirafan antarabangsa yang diberikan status 'Wetland of International Importance' (RAMSAR SITE) oleh Geneve berasaskan Biro Konvensyen Ramsar. Tapak Ramsar yang juga dikenali sebagai tanah lembab ini sangat penting kerana ia memainkan peranan besar dalam melindungi manusia daripada kesan perubahan iklim. Tanah lembap ini menawarkan perlindungan daripada ribut dan tsunami di samping bertindak sebagai pemecah angin dan membantu dalam menstabilkan iklim setempat. Menurut cerita rakyat tempatan, Pulau Kukup dahulunya adalah sebuah tempat tinggal lima orang puteri angkasa. Satu hari, salah seorang daripadanya telah jatuh cinta dengan pelayar dan mereka telah melarikan diri untuk berkahwin secara senyap. Mereka telah disumpah dengan ditenggelamkan bersama-sama dengan Pulau Kukup. Walaubagaimanapun, Pulau Kukup telah muncul semula tetapi ia telah ditumbuhi dengan pokok bakau. Ramai yang telah cuba untuk menetap di pulau ini tetapi tidak berjaya. Ada yang mengatakan ini adalah kerana pulau ini didiami oleh roh-roh. Taman Negara Pulau Kukup, Johor adalah sebuah kawasan yang mempunyai keluasan 1447 hektar yang meliputi 647 hektar kawasan hutan paya bakau dan 800 hektar kawasan dataran berpaya. Sewaktu disana, kami telah disambut dengan mesranya oleh En.Ismail bin Sairan Pembantu Hidupan Liar Taman Negara Pulau Kukup, Johor. Menurut En. Ismail, Taman Negara Pulau Kukup yang meliputi kawasan Pulau Kukup ini terletaknya di Barat Daya, Johor. Taman Negara ini adalah satu-satunya Taman Negara pokok bakau yang terbesar di Asia Tenggara. Di Taman Negara ini terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna seperti pokok bakau, ikan belacak, ketam, monyet dan hidupan hutan paya yang lain. Bagi tumbuhan pokok bakau pula terdapat lebih daripada 26 spesis Pokok Bakau Nyireh Batu. Pokok Bakau Nyireh Batu ini terkenal dalam penghasilan produk seperti kerusi, meja dan gasing. Selain itu, terdapat juga pokok bakau yang lain seperti Bakau Minyak dan Bakau Kurap . Menurut beliau lagi, Taman Negara ini telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997 dan dibuka kepada pelawat pada tahun 2003. Bagi pelawat yang ingin ke Taman Negara ini mereka perlulah ke Jeti Pulau Kukup dan menaiki bot untuk ke Taman Negara ini. Jeti di Pulau Kukup juga menawarkan perkhidmatan Feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Bagi pengunjung-pengunjung yang melawat ke Taman Negara Pulau Kukup terdapat pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan sumber alam dan ia dapat memupuk rasa sayang dalam diri serta menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah menyusuri jambatan gantung sepanjang 35 kaki merentasi Sungai Ular. Dipertengahan jambatan pengunjung dapat melihat pemandangan kawasan Perkampungan Kukup dan bot-bot di jeti Pulau Kukup. Selain itu juga, terdapat laluan papan (BoardWalk) yang membolehkan pengunjung merasai dan melihat secara dekat tumbuh-tumbuhan yang berbeza walaupun daripada spesis yang sama yang membentuk hutan bakau serta spesis fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Disamping itu juga pihak Taman Negara ada menyediakan tapak semaian bagi pengunjung yang mahu menanam pokok bakau dengan kadar serendah RM 10 ringgit sahaja. Tidak hanya itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis burung melalui menara pemerhati. LAWATAN KE TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR Tanjung piai adalah salah satu destinasi yang tidak asing jika kita melawat ke Johor. Bagi penduduk tempatan, Tanjung Piai hanyalah kawasan persisiran pantai biasa. Namun, pada hari ini ia amat dihargai oleh masyarakat antarabangsa, bukan hanya kerana keunikan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya tetapi juga kerana kedudukannya sebagai tanah paling selatan Benua Asia. Tanjung Piai kini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Tanjung Piai terletak dalam Mukim Kukup di Daerah, Johor, kira-kira 90km dari Johor Bahru. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara dan kawasan Ramsar iaitu kawasan perlindungan Wetland pada tahun 2003. Tanjung Piai mendapat namanya daripada sejenis tumbuhan paku-pakis "Piai-Raya' atau nama saintifiknya "Acrostichum Aureum" yang tumbuh melata di pangkal pokok Bakau. Dahulunya Tanjung Piai ini menjadi tempat persinggahan sementara nelayan dari Selat Melaka sebelum ke laut dan asalnya ia adalah kawasan tanah tinggi, berbenteng dan pantai yang berpasir. Kini Tanjung Piai menjadi sebuah kawasan terasing kerana diliputi hutan paya bakau yang tebal. Disediakan oleh; Nor Baizura Che Man, Unit Rancangan Pembangunan 1, Pejabat Projek Zon Tengah. |
wang persendirian estate constantinople <b>kukup</b> johor syed <b>...</b> Posted: 28 Jul 2013 07:11 AM PDT WANG PERSEDIRIAN SYED MOHAMAD BIN AHMAD ALSAGOF CONSTATINOPLE ESTATE , KUKUP JOHOR Two Dollars Tahun 1/05/1887 Printed by Al Sa'aidi Press, Singapore Material Kertas Tebal Saiz 134mm x 105mm Condition Fine Rarity Extremely Rare RRR Estimate Value RM18,000 Owner Galeri ShaBanknote 1964 Kod SHA/2DALSAGOF Kebawah Duli Maharaja Sultan Johor pada tahun 1870 telah memberi konsesi Tanah kepada Syed Mohamad bin Ahmad Al Sagof bagi mengusaha ladang gambir dan diberi kebenaran membawa masuk pekerja upahan ladang gambir dari luar untuk bekerja di ladang beliau . Syed Mohamad bin Ahmad Al Sagof juga diberi kebenaran oleh Kebawah Duli Maharaja Sultan Johor untuk mengeluar dan mengunakana Matawang sendiri bagi digunakan dalam sistem perladangan beliau di Estate Constantinople di Kukup Johor.dalam nilaian 25sen, 50sen, 1dollar dan 2dollar. Wang ini hanya sah laku digunakan di Kukup dan ianya ditarik balik dan tamat pengunakannya pada tahun 1917 . Wang persedirian ini telah digunakan selama 47 tahun di Kukup Johor . WANG PERSENDIRIAN SYED MOHAMAD BIN AHMAD ALSAGOF Estate Constantinople Kukup Johor Printed by Al Sa'aidi Press Singapore Dengan Kebenaran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Johor Pembayaran Tunai Kepada Kuli-kuli Yang Membawa nota ini *************************** WANG PERSENDIRIAN SYED MOHAMAD ALSAGOF Constantinople Estate Kukup Johor |
You are subscribed to email updates from di kukup - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan