01 di muar - Google Blog Search |
Video - Keadaan Jerebu <b>Di Muar</b> Yang Diisytihar Darurat | Waazin Posted: 23 Jun 2013 06:01 AM PDT Sehingga 23hb Jun, 2013, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746 manakala bacaan setakat 11 pagi pula meskipun mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan DARURAT berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency'. Saksikan keadaan jerebu teruk yang melanda sekitar bandar Muar, Johor yang telah dirakamkan pada Ahad, 23 Jun 2013 dan beberapa hari sebelumnya. JEREBU 22June 2013 - Kerajaan istihar DARURAT kat Daerah Muar. ( IPU 746) Jerebu Muar Pada Jam 8.14 Pagi 23/6/2013, AHAD " Bukit Naning Air Hitam Muar" Jerebu Teruk Di Muar "Khamis Jam 7.20 Pagi, 20.6.2013" Jerebu di Muar pada 22.06.2013 index IPU melebihi 700!
|
Jerebu: Kerajaan isytihar darurat <b>di</b> daerah <b>Muar</b> dan Ledang <b>...</b> Posted: 22 Jun 2013 09:13 PM PDT Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta. Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta," katanya. Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat. Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu. Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529 ~ Astroawani Sebelum itu mStar melaporkan.. JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad. Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu. "Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya. "Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan. Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya. Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453. Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat. Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117). Siapa punya ladang yang terbakar tu?.. sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan