Jumaat, 9 Ogos 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Sekitar Bengkel Teknologi Penanaman Secara Fertigasi <b>di Pagoh</b> <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 04:27 PM PDT

Seramai 70 peserta telah terlibat di dalam Bengkel Teknologi Penanaman secara Fertigasi di Pagoh, Johor yang telah diadakan pada 18 hb Mei 2013 hari Selasa.

Peserta terdiri daripada usahawan tani, usahawan siswazah, usahawan belia, agensi dan jabatan kerajaan.

Tiga modul ceramah telah disampaikan iaitu:

1) Sistem pengairan fertigasi
2) Penanaman cili secara fertigasi
3) Musuh tanaman fertigasi
4) Latihan amali singkat

Terdapat juga peserta daripada Perak, Melaka, Seremban dan Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Walaubagaimanapun masa sememangnya memcemburi kita. Diharap semua peserta mendapat maafaat di dalam masa yang singkat ini.

Sehingga kita bertemu lagi di masa yang akan datang. Taniah dan sysbas kepada semua peserta yang hadir.

P1030546

P1030553

P1030564

P1030623

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suara Simpang Kiri: BANDAR UNIVERSITI <b>PAGOH</b>

Posted: 12 Jul 2013 04:23 AM PDT



Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah aku masih bernafas lagi. Akhir-akhir ini aku hilang semangat nak menulis entri. Ini disebabkan netbook aku ni ada masalah certificate entah apa bendalah tu. Dah hantar kedai pun tak  boleh setle. Nak berblog dan berfacebook kena guna laptop anak. Mereka pun busy dengan kerja-kerja sekolah yang mengalahkan budak universiti. Yang peliknya boleh pulak aku buka Yahoo. Siapalah dengki kat aku ni. Tak apalah, asal jangan tembak aku di depan sekolah sudahlah.

Gambar di atas tu, aku ambil ketika aku membuat lawatan mengejut ke Bukit Gambir. Memang terkejut aku apabila signboard besar tertulis BANDAR UNIVERSITI PAGOH sedang giat dibangunkan. Beratus-ratus jentera berat sedang meratakan kawasan yang dahulunya ladang kelapa sawit itu.

Lokasinya adalah tidak jauh dari simpang Pagoh ke Panchor....Kalau orang-orang kampung aku Seri Medan ternampak akan ia, maka kecemburuan mereka semakin tinggi, kerana hendak meminta sebuah bank didirikann di pekan Seri Medan pun, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Orang-orang Seri Medan....kalian kena ada tokoh yang boleh ditonjolkan.....jika boleh ke tahap TPM, barulah Seri Medan yang indah itu dapat dimajukan. Jangan mengharapkan orang luar, kerana mereka semua ada agenda sendiri. 

NALLAKARUPAN BOCOR RAHSIA ANWAR <b>DI PAGOH</b> !!! | Budak <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 01:07 AM PDT


Sememangnya ramai yang sudah mengenali Datuk Nallakarupan, beliau menjadi semakin terkenal kerana pendedahan berani matinya terhadap rahsia-rahsia peribadi anwar ibrahim semasa beliau dananwar bersahabat baik suatu ketika dulu. Beliau memang terlalu banyak menyimpan rahsia anwar dari hujung rambut sehingga hujung kuku anwar. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads