Khamis, 29 Ogos 2013

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


kembara mahkota johor <b>di parit sulong</b> - SMK PENGHULU SAAT

Posted: 24 Aug 2013 04:08 AM PDT

Image
                     Sultan Johor bersalam dengan orang ramai
Oleh:  Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 24 Ogos – Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi ke 16 singgah di Pekan Parit Sulong petang tadi, disambut ribuan rakyat semua kaum. Ke Bawah Duli Tuanku, Sultan Ibrahim Ismail selamat tiba di Parit Sulong jam 3.15 petang.

   KMJ yang berlangsung selama empat hari itu menjelajah ke 10 daerah Johor dan perjalanan keseluruhan sejauh 1,100 kilometer. Baginda diiringi pasukan bermotor berkuasa tinggi, dilepaskan dari Menara Aqabah, Pasir Gudang oleh Menteri Besar Johor awal pagi tadi.

Image
                                                  Acara pertandingan kayak

Di pekan Parit Sulong, Baginda disambut dengan pukulan kompang, tarian naga dan persembahan barongan. Baginda kemudian melawat gerai-gerai pameran dan menyaksikan demonstrasi memasak makanan melayu, cina dan India.

  Sepanjang bergerak di kawasan tapak lawatan, Baginda bersalaman dengan penduduk Parit Sulong yang berpusu-pusu ke hadapan untuk bersalam dengan Baginda. Baginda gembira melihat sambutan rakyat jelata.

Image
 

              Baginda meninggalkan Parit Sulong menaiki motosikal berkuasa tinggi

  Sempena lawatan Baginda, acara sukan air diadakan, iaitu acara berkayak, berenang merentasi Sungai Parit Sulong, memanjat tiang licin dan sebagainya.  Baginda turut menyampaikan hadiah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah. Baginda turut melawat Memorial Parit Sulong, yang dibina bagi mengenang askar Australia dan India yang terkorban mempertahankan Parit Sulong pada zaman pendudukan Jepun.

 Program Baginda berakhir jam 4.25 petang dan Baginda menaiki motosikal berkuasa tinggi ke Muar. Esok Baginda menghadiri pelbagai program yang diatur di daerah Segamat.

KMJ berakhir pada 27 Ogos dan majlis penututup diadakan di Gelang Patah nanti.

-SMKPS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads