Isnin, 16 September 2013

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Isu-isu <b>Kluang</b> yang dibangkitkan <b>di</b> Parlimen pada 1.7.13

Posted: 01 Jul 2013 10:26 PM PDT

Tuan Yang DiPertua,

Saya diminta oleh rakyat Kluang dan Johor untuk menyuarakan isu-isu yang berikut:

Mesin judi

Saya ingin membangkitkan di dewan ini bahawa terdapat banyak kedai mesin judi (slot machine) di seluruh Johor dan khasnya di Kluang. Perkara ini harus diberi perhatian serius.

Kadar jenayah di Kluang dan JB

Kadar jenayah di seluruh Malaysia dan Johor semakin meningkat. Khususnya saya diminta oleh keluarga Tar Bee Lin yang meninggal dunia pada 26.5.13 disebabkan oleh kes ragut di JB pada 23.5.13. Keluarga Tar ingin menyuarakan rasa kemarahan mereka.

Jalan-jalan

Terdapat pelbagai isu tentang jalan-jalan di kawasan daerah Kluang yang merangkumi kawasan Parlimen Sembrong dan Simpang Renggam.

Pertamanya, tiada lampu jalan dan keduanya, ketiadaan pembahagi jalan ("road divider") di Jalan Batu Pahat yang amat diperlukan.

Projek mempeluaskan jalan besar Kluang telah dijanji oleh kerajaan BN sejak lama. Saya minta Kementrian Kerja Raya untuk memberikan tarikh, jadual dan butiran projek tersebut.

Empangan Kahang

YAB Perdana menteri pada 26.3.11 telah berjanji bahawa Empangan Kahang akan dinaiktaraf tetapi perkembangan terbaru masih belum kelihatan. Saya minta jadual kerja dan butiran projek tersebut.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Saya diminta oleh guru-guru di Johor untuk meminta Kementrian Pelajaran untuk mengkaji semula sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Sistem ini memerlukan guru-guru untuk memasukkan markah dan kehadiran murid-murid ke dalam sistem komputer, dan ini mengambil masa guru.

Sebenarnya, kita memerlukan guru-guru kita untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dan bukan sebagai "technician" komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads