Rabu, 4 September 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Lelaki 8 rekod jenayah maut ditembak di kuil <b>di Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 07:39 AM PDT

August 31, 2013   ·   14 Comments

KOTA TINGGI 31 Ogos – Seorang lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa, K.Jaganathan, 37, berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

"Dipercayai suspek merupakan dua lelaki bermotosikal dengan seorang daripadanya memasuki kuil itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri bersama kenderaan itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, Jaganathan yang tinggal di Taman Universiti, dekat Skudai, dihantar ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, susulan dari itu, polis berjaya menahan seorang individu berumur 30-an pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Gelang Patah bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan khas yang diketuai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Azizan Anan sudah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu. "Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan individu terbabit," katanya. – BERNAMA

By


Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak <b>di Gelang Patah</b>, Johor

Posted: 30 Aug 2013 05:04 PM PDT

Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak - Kejadian kes tembak-menembak dan pembunuhan di Malaysia terus berleluasa apabila terbaru seorang lagi ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun mati ditembak dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah, Johor.
Mangsa yang dikenali sebagai K. Jeganathan didakwa sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya sebelum didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar dan melepaskan beberapa das tembakan kira-kira pada jam 7.30 malam.
Sejurus kejadian pantas itu, Jeganathan yang merupakan ketua kumpulan Geng 21 terus dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, dipetik dari mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads