Selasa, 10 September 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Berita Terkini Pengebumian Maimon Mutalib <b>Di Tangkak</b> Johor <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2013 06:23 AM PDT

Berita terkini pengebumian jenazah Maimon Mutalib di Tangkak Johor. Menerusi laman Facebook Maimon Mutalib yang kini diambil alih oleh anak kedua, Nadia menyatakan bahawa ibundanya akan dikebumikan pada malam ini di Kampung Sialang, Tangkak, Johor Bahru. Seperti yang sedia maklum, Maimon telah meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) pada pukul 2.30 petang Sabtu di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

pengebumian mainon mutalib

Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.

Kenyataan Facebook Maimon Mutalib (Kini Diambil Alih Oleh Anak Kedua Maimon)

takziahtakziah-2

Seorang daripada mangsa kemalangan <b>di</b> Jalan Muar–<b>Tangkak</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 02:54 AM PDT

MUAR – Seorang daripada tiga beradik perempuan yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Muar-Tangkak dekat Pekan Bukit Kangkar, Ledang, semalam, masih kritikal.

Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, Siti Nur Ain Abdul Rahim, 23, berada di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan otak selain cedera parah di bahagian kaki.

"Siti Nur Ain tidak sedarkan diri sejak dia dimasukkan ke wad berkenaan pagi semalam," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini.

Dr Selahuddeen berkata kakak Siti Nur Ain pula, Siti Hajar, 30, yang tenat semalam kini stabil di Wad 6 hospital itu manakala adiknya Siti Suhada, 20, yang ditempatkan di wad sama juga beransur pulih.

Beliau berkata Siti Hajar, seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra dekat Kulaijaya, mengalami patah tengkuk dan cedera tulang belakang manakala Siti Suhada pula cedera di lengan kanan dan dahi.

Sementara itu, Siti Hajar yang ditemui di wad berkenaan dilihat masih trauma dengan kejadian itu dan menangis setiap kali menerima kunjungan saudara mara.

Seorang saudaranya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata Siti Hajar ada memberitahu dia sepatutnya memandu kereta secara bergilir-gilir dengan ibu saudaranya, Jasilah, yang terkorban dalam kemalangan itu.

Kemalangan kira-kira pukul 5.50 pagi semalam menyebabkan lima terbunuh manakala tiga beradik perempuan cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang berhenti di sebelah kanan laluan Jalan Muar-Tangkak berkenaan.

Lima yang terbunuh ialah ibu tiga beradik itu, Mahani Othman, 56, ibu saudara mereka Rokiah, 62, dan Jasilah, 42, suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, serta seorang saudara lain, Ramlah Abu Bakar, 66.

Kesemua mereka sebelum itu dilaporkan dari Kuantan, Pahang selepas menziarahi seorang saudara mereka yang meninggal dunia.

Kesemua jenazah sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Amat, Parit Bakar di sini semalam. – Bernama

Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b>

Posted: 21 Jul 2013 07:09 PM PDT

Jawatan kosong 2013 di Majlis Daerah Tangkak

Jawatan kosong 2013: Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.Luas kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak ialah 13,566 hektar dengan jumlah penduduknya dianggarkanseramai 70,400 orang dan terdapat 17,600 pegangan hartanah dalam kawasan ini.Pusat Pentadbiran Majlis terletak di Tangkak iaitu 203km dari Barat Laut Johor Bahru dan 26km dari utara Bandar Muar.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1) PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J 29 ( TETAP )
2) PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27 ( TETAP )
3) PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 ( TETAP )
4) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 ( TETAP )
5) PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17 ( TETAP )
6) PELUKIS PELAN GRED J17 ( TETAP )
7) PENGHANTAR NOTIS GRED N3 ( TETAP )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 JULAI 2013 (SELASA)

Sila klik pada lampiran dibawah untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan yang ingin dipohon.

Iklan Jawatan Kosong

Borang Jawatan Kosong

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads