Rabu, 13 November 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Gambar Ardi Bin Hamza <b>di Kota Tinggi</b> Johor? - Berita Semasa

Posted: 10 Nov 2013 04:54 PM PST

ardi hamza

Berita Semasa tidak merasakan suspek pembunuhan Norazita Abu Talib (Ardi Bin Hamza KLIK SINI) adalah penjenayah biasa-biasa sahaja. Pastinya…

Pastinya, berita penangkapan suspek pembunuhan Norazita Abu Talib adalah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Berita Penangkapan Ardi Hamza di Kota Tinggi Johor

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
PASUKAN CANTAS PDRM BERJAYA TANGKAP SUSPEK KES BUNUH.

Pada jam 7.00 pagi 10 November 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini.

PENGARAH
JABATAN SIASATAN JENAYAH
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN

Ardi Hamza Indonesia

Gambar Ardi Hamza (Suspek Paling Dikehendaki)

Video Ardi Hamza Ditangkap

Dikatakan Ardi Hamza yang berasal dari Sulawesi dalam perancangan untuk menggunakan jalan laut untuk balik melalui Pulau Tekong, Pulau Batam dan Pulau Bintan bersama-sama hasil rompakan berjumlah RM400,000. Tetapi akhirnya "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua".

Cuma terdapat, beberapa persoalan yang belum terungkai sehingga kini. Antaranya ialah :

  1. Sumber MyKad palsu digunakan penjenayah itu selama ini?
  2. Bagaimanakah Ardi Hamza mampu mengelirukan majikannya, Kawalan Prima Sdn. Bhd sehingga diberikan akses menggunakan senjata api?
  3. Adakah Ardi Hamza berniat menembak mangsa? Atau akan mendakwa tertembak?
  4. Wujudkah sindiket membawa masuk lelaki warga Sulawesi, mendapatkan MyKad palsu dan kemudian bertugas sebagai pengawal keselamatan haram di Malaysia?

P/S : Berita semasa melihat selepas kejadian pembunuhan Norazita Abu Talib, barulah nampak pihak berkuasa terdorong terhadap penguatkuasaan terhadap semua pak guard haram di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads