Rabu, 27 November 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di mersing</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Satu cerita....: Kem Kembara Muslim <b>di</b> Teluk Gorek, <b>Mersing</b>, Johor.

Posted: 06 Nov 2013 09:27 AM PST

Assalamualaikum.

Ya hanana, ya hanana, ya hanana, ya hanana. Suka sangat meyebut ya hanana :)

Oh yaa, bulan lepas ain ada menyertai KKM'13 (Kem Kembara Muslim'13) bertempat di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Kem ini di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Tak pernah pun pergi Mersing ni. Alhamdulillah, seronok sebab dapat merantau ke negeri orang :)
Yang pastinya, perjalanan daripada UTM Skudai ke Mersing ni mengambil masa dalam 3 jam. Jauh !!!
Tempatnya ke dalam, memang sangat ke dalam.

Tapi setibanya di Chalet berhampiran situ, kami semua sangat gembira sebab dapat dengar bunyi ombak !!
Lama dah tak pergi pantai. Tapi sedih sebab masa sampai tu malam, tak dapat tengok keindahan pantai tu.

2 malam di situ, kami hanya tidur di dalam khemah. Pertama kali ain tidur dalam khemah. Agak tak selesa sebab khemah kami bawah tu ada batu-batu. Sakit badan tau :(

Alhamdulillah, banyak ilmu yang ain dapat daripada kem ni :)
Syukran ukhti dan akhi yang banyak membantu kami !!!


Haa apapun, TELUK GOREK memang awesome !! kawasan ni memang sesuai untuk buat hari  keluarga. Chalet ada, khemah ada, kafe ada, toilet ada. Semua lengkap dan selesa !!! Kalau harga ain tak pasti, tapi rasanya berpatutan.

Jadi kalau masa cuti sekolah, tak ada tempat nak pergi. Pergilah ke Teluk Gorek ni !! Inshaallah, anda akan merasa gembira :)

terlajak <b>di</b> pantai air papan <b>mersing</b> - sudut bicara labu emas - Blogger

Posted: 11 Sep 2013 07:36 AM PDT

    Salam sejahtera keatas kamu.......

Bertemu kembali kita dalam sudut bicara labu emas.Dalam tajuk,percutian yang terlajak....kali ini saya ingin kongsi kan aktiviti labu emas pada 10 september 2013.pukul 10 pagi bertolak menuju ke Kulai Johor bahru,dan terus ke kota tinggi untuk mencari makanan.setelah selesai segala urusan di kota tinggi,kami meneruskan perjalanan ke mersing johor,keadaan agak tertekan bimbang tiada tempat penginapan.setiba di mersing lebih kurang pukul 6 petang(pemanduan selamat) kami terus ke lokasi yang di tuju iaitu pantai Air Papan,mersing,setiba di sana,memusing sebentar mencari homestay...namun syukur kami dapati kawasan pantai air papan agak sunyi,agaknya kerana bukan musim cuti...terus kan bersama percutian yang terlajak Sedeeeaaa.....

Sebuah bukit indah di tengah bandar tertera perkataan MERSING,di bawah bukit terletak sebuah tokong cina bersebelahan dengan kuil india.
Pemandangan unik yang kita boleh lihat sebelum tiba di pekan mersing,di hadapan tokong ini terletak deretan kedai lama yang masih berfungsi
Antara nya kedai makan,pam minyak Shell dan di belakang bagunan tersebut ialah terminal bas awam mersing berhampiran dengan sungai mersing,
Sungai yang menjadi pelabuhan kapal nelayan yang tinggal di kawasan mersing.
Sepanjang perjalanan dari simpang ke air papan,kita dapat merasai suasana kampung,pohon pisang yang di tanam rapi di sepanjang jalan menuju ke pantai air papan.dan berhampiran lokasi tujuan,kita akan di saji kan dengan pemandangan hijau dari sawah,sawah ini telah di usahakan oleh penduduk sstempat sejak dahulu lagi.
Juga terdapat sebuah rumah di tegah-tengah bendang,agak nya itu rumah pemilik sawah.di lengkapi dengan bekalan elektrik dan juga air bersih.
Dan kami telah pun tiba di pantai air papan,namun suasana agak sunyi agaknya bukan waktu cuti membuatkan pantai ini kekurangan pengunjung.mungkin nak bagi keselesaan dari kesesakan pengunjung.bersama kami ada sekumpulan pelancung dari negara luar yang turut menyewa homestay berhadapan dengan kami.ketika kami tiba,kebanyakan kedai makan tutup,mengikut tuan punya homestay yang kami sewa,Encik Mokhtar,kebiasaan nya kedai makan cuma di buka ketika Hujung minggu ataua pun ketika cuti sakolah,kerana ketika itu ramai pengunjung,maka terpaksa lah kami mencari makanan di luar,namun tak perlu risau,kerana cuma memakan masa kurang 15 minit ke bandar mersing Untuk mendapat makanan.
Ketenangan laut dengan pukulan ombak yang lembut,di buai dengan tiupan angin cukup memukau mata,persisiran pantai yang bersih,
Tidak jauh dari tempat penginapan,terdapat sebuah gunung yang menghiasi pemandangan pantai.saya sempat kesana untuk melihat keindahan batu yang terhakis kerana pukulan ombak,kawasan ini memang menarik untuk mereka yang bercinta.dan saya rasa kawasan ini selamat dari haiwan buas kerana tidak jauh dari penempatan penduduk air papan.dan juga kawasan ini menjadi lokasi kaki pancing.
Pemandangan ini menjadi agak gelap kerana biasan dari cahaja matahari yang terang.
Batu-batu yang di hanyutkan dari bukit di belakang saya,
Terdapat batu yang besar di permukaan air tidak jauh dari pantai,sesuai di jadi kan port memancing ikan gelama atau siakap ketika malam.agaknya batu ini selalu di pukul ombak atau kunjungan orang membuatkan permukaan nya tidak tajam atau pun licin.
Ketika ini,saya betul- betul berada di kaki gunung kecil,walaupun pemandangan terganggu kerana dahan dan ranting reput yang tersangkut di celah batu.namun yang menarik nya,kawasan ini bersih dari sampah seperti bungkusan makanan,botol minuman dan sebagai nya,atau mungkin kawasan ini sentiasa di pantau oleh pihak resort.
Laluan berjalan kaki di tepi Pantai memudahkan kita ke sebelah kiri atau kanan untuk mencari lokasi berkelah atau mandi yang selesa.namun laluan ini tidak muat untuk kereta.
Terapat tanda amaran dari pertahanan awam di kawasan pantai untuk peringatan keselamatan kepada pengunjung.
Bangsal yang di bina oleh pengurusan resort untuk kemudahan pengunjung.
Dan ini lah teratak sementara kami,nampak ringkas tetapi berhadapan dengan pantai.di sebelah kanan adalah pejabat Encik Mokhtar,pemilik chalet ini.
Kelengkapan bilik yang ringkas dan kemas,terdapat tiga katil satu katil berkembar dan dua katil bujang,bilik air,dan dua meja makan.
Gambar ini nampak gelap kerana biasan dari cahaya matahari dari luar,di sudut ini terletak sebuah telivisyen untuk kegunaan pengunjung chalet ini.segala kelengkapan dah ada,chalet,makanan semua ada,tetapi sayang,kami dah terlajak untuk menginap di sini walaupun SEHELAI SEPINGGANG kerana terlupa membawa pakaian.jadi nya,cuma lihat jela pantai,nak mandi tetapi tiada pakaian persalinan.....mengikut rancangan memang nak menginap di sini,entah kenapa mem besar terlupa nak siap kan barang keperluan.
Sekian sahaja perkongsian saya yang terlajak buat kali ini.jika tiada aral melintang,insyaAllah awal oktober,saya akan kongsi kan pengalaman di pulau pula....tetapi tidak pasti lagi pulau mana akan di tuju.dan kali ini semoga tiada kelengkapan yang terlupa atau tertinggal.jika boleh siap bawa mesin basuh dan peti ais dari rumah...hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads