Ahad, 17 November 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Penyelaras KEADILAN <b>Muar</b> dihalang serah sumbangan <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2013 11:15 PM PST

Pejabat Ahli Parlimen Muar campur tangan urusan pentadbiran sekolah

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar (AMK Muar) membantah keras campur tangan Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Muar terhadap urusan pentadbiran sekolah apabila mengeluarkan arahan kepada pentadbiran sebuah sekolah di Muar agar membatalkan jemputan kepada Saudara Nor Hizwan Ahmad (gambar), mantan Calon PKR P146 Muar ke program penyampaian sumbangan kepada pelajar pra-sekolah dan pelajar cemerlang pada 14 November 2013.

hIzwan iSaudara Nor Hizwan Ahmad telah dihubungi oleh pihak sekolah sekitar jam 9 pagi pada tarikh tersebut diatas yang memaklumkan bahawa pihak sekolah diarahkan membatalkan jemputan oleh kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Muar setelah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG membuat aduan ke Pejabat Ahli Parlimen Muar.

Persoalan yang timbul adalah apakah Pejabat Ahli Parlimen Muar mempunyai bidangkuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran sekolah?

Tindakan ini telah menunjukkan betapa permainan politik sempit dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan sanggup mengarahkan pembatalan program untuk mengikitiraf kejayaan adik-adik di sekolah.

Sepatutnya Pejabat Ahli Parlimen Muar turut sama meraikan kejayaan adik-adik di sekolah yang telah mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan, bukannya bertindak secara semberono dan kebudak-budakan. Ini memalukan Ahli Parlimen Muar yang juga merupakan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Adalah amat menyedihkan dan malang sekali bagi sekalian rakyat Parlimen Muar kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa bermain politik dendam dan bukannya berlumba-lumba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat termasuk adik-adik di sekolah.

Sehubungan itu, AMK Muar menuntut penjelasan segera Pejabat Pendidikan Daerah Muar berhubung insiden ini yang secara jelas menunjukkan campur tangan politik dan berunsur mala fide dalam pentadbiran sekolah. Apakah kesemua sekolah di bawah pengawasan Pejabat Pendidikan Daerah Muar tidak boleh menjalankan aktiviti mereka tanpa kebenaran Pejabat Ahli Parlimen Muar? Adakah Pejabat Pendidikan Daerah Muar tidak mempunyai kuasa sebaliknya kuasa kebenaran ini telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar?

Sementelah lagi, kehadiran Nor Hizwan Ahmad ke majlis tersebut bukanlah atas kapasiti parti politik sebaliknya atas kapasiti individu yang menyumbang hadiah-hadiah kepada adik-adik pelajar cemerlang ini. Sehubungan itu, AMK Muar sekali lagi menyelar tegas tindakan campur tangan Pejabat Ahli Parlimen Muar terhadap pentadbiran sekolah dan mendesak Pejabat Pendidikan Daerah Muar untuk tampil menjelaskan mengapa perkara ini boleh berlaku.

Mohammad Farid Zulkornain
Pemangku Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56718

Makan Best <b>di Muar</b> | Blog Juju

Posted: 21 Oct 2013 04:00 PM PDT

Assalamualaikum,


Actually ada banyak lagi banyak makan best kat Muar ni tapi memandangkan kami cuma short trip ke sini.  Tu pun sebab ada wedding, makanya ini je lah yang sempat kitorang cuba ;) Alhamdulillah merasa jugak


  1. Medan Ikan Bakar Sabak Awor (Makan Malam)

    Kitaorang ada terbaca review dengan blog mana ntah masa google search kata Kedai No. 8 Wak Jos tu sedap dan murah.

    Makanya ktorg pun try lah.  Harga sebenarnya rate standard je kut.  Masa mlm ktorg pergi tu tak banyak pilihan sangat ikan dia.  Tapi takpelah, cuba je lah.

    Menu :
    Nasi putih - 2
    Ketuka (anak ikan pari) - 1 ekor bakar biasa
    Kailan ikan masin - 2 org makan
    Sotong goreng tepung - 4,5 ekor saiz agak besar
    Kerang bakar 500g
    Air tembikai
    Air sirap laici
    Air kosong - 2

    Total : RM35

    Nasib dah jadi mak nandung, so selera kureng.  Semua dirasakan kurang enak dgn tekak.  Kalau sblm ni mau macam² lagi akan diorder.

    Sorry xde gambar sbb xberdaya nak snap pun *alasan sgt!

  2.  R & H Cafe Satey Maharani (Sarapan Pagi)
    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar

    Nasi lemak bungkus - sedap jugak





    Mesti cuba signature dish - Satey
    Paling sedap satey perut & stey daging!

  3. Kopi 434
    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar

    Kopi 434 ni sgt terkenal di Muar.  Jadi mesti rasa :)



Beli serbuk kopi 434 utk famili terchenta =)



Besarnya hidung mak nandung..huhuhu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads