Sabtu, 9 November 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search

BLOG JOHOR: di negeri johor - Google Blog Search

Posted: 27 Oct 2013 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di negeri johor - Google Blog Search

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan di negeri Johor ...

Posted: 15 Oct 2013 08:39 PM PDT

Kenyataan Media oleh Timbalan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada Oktober 14, 2013 mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 & program Taman Kekal Pengeluaran Makanan:

Selepas pelaksanaan sejak 2000, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 (LKAN) mendapati secara keseluruhannya program Taman Kekal Pengeluaran Makanan di negeri Johor adalah kurang memuaskan.

Kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

1. Jabatan Pertanian Negeri Johor menyasarkan pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bagi setiap peserta TKPM.

Tetapi setakat tahun 2012, analisis Audit mendapati hanya 34.5% peserta telah memperoleh purata pendapatan bersih antara RM3,288 hingga RM22,266 sebulan. Manakala baki 65.5% tidak mencapai pendapatan disasarkan kerana memperoleh antara RM229 hingga RM2,922 sebulan.

2. Setiap peserta TKPM sepatutnya mengusahakan tanaman sayuran keluasan minimum 2 hektar atau buah-buahan minimum 5 hektar. Akan tetapi terdapat peserta yang mendapat tanah tanaman melebihi keluasan minimum (contohnya, TKPM Ulu Tiram berkeluasan 43.7 hektar tetapi hanya terdapat 3 peserta) dan terdapat peserta yang mendapat tanah tanaman kurang daripada keluasan minimum (contohnya, 15 peserta berkebun di TKPM Lepau yang hanya berkeluasan 15.5 hektar tanah tanaman dan 3 peserta bertanam di TKPM Fertigasi Pagoh yang berkeluasan 1.5 hektar tanah tanaman).

3. Walaupun,peruntukan berjumlah RM4.38 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2010 hingga 2012 untuk membiayai kemudahan dan infrastruktur asas, lawatan Audit mendapati 21.6% lot tanaman tidak diusahakan dan disenggarakan.

4. Objektif utama program TKPM adalah untuk memastikan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Tetapi semakan Audit mendapati sebanyak 35% sampel tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan telah melanggar peraturan penggunaan racun makhluk perosak. Sehingga bulan Disember 2012, tiada peserta berjaya memperoleh pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) kerana peserta belum mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia

5. Jabatan Pertanian mengambil masa sehingga 32 bulan untuk menyingkir peserta-peserta yang tidak menunjukkan minat untuk mengusahakan projek manakala urusan pengambilan peserta baru bagi menggantikan peserta yang digugurkan atau menarik diri dari menyertai program TKPM juga lewat dilaksanakan. Keadaan ini telah mengakibatkan lot tanaman telah dibiarkan tanpa peserta antara 4 hingga melebihi 24 bulan.

6. Kos penyelenggaraan yang ditetapkan adalah RM120 sehektar setahun. Sewa tahunan sebanyak RM500 sehektar setahun dikenakan mulai tahun ketiga. Semakan Audit terhadap kutipan sewa mendapati prestasi kutipan kos penyelenggaran dan sewa adalah rendah iaitu antara 4.3% hingga 37.7%.

Semakan Audit selanjutnya mendapati sejumlah RM40,845 atau 19.6% bayaran kos penyelenggaraan dan sewa tahunan telah dikutip manakala sejumlah RM167,501 atau 80.4% masih lagi tertunggak sehingga kini.

Seperti yang didapati oleh Audit, antara faktor yang menyebabkan kegagalan TKPM adalah sikap peserta yang kurang komited dan produktif. Saya ingin menggesa Jabatan Pertanian supaya memilih peserta-peserta yang memang berminat dalam pertanian untuk memastikan peruntukan dan kemudahan yang disediakan dapat digunakan sepenuhnya bagi mencapai objektif TKPM.

Selain daripada itu, jurang pendapatan bersih antara peserta TKPM adalah sangat besar. Ada yang hanya memperoleh RM229 sebulan, tetapi ada juga peserta yang memperoleh melebihi RM20,000 sebulan. TKPM juga harus menperjelaskan kenapa ada peserta yang mendapat tanah tanaman yang melebihi 14 hektar tetapi ada juga peserta yang hanya mendapat 0.5 hektar. Jabatan Pertanian mestilah menjelaskan samada program ini telah dilaksanakan dengan adil ataupun hanya segelintir kroni yang memperoleh manfaat daripada program ini.

Untuk mereka yang memperoleh pendapatan bersih melebihi RM20,000 sebulan, soalannya adalah samada mereka masih berlayak untuk menyertai program TKPM dan terus menikmati sewaan lot tanah dan kos penyelenggaraan yang begitu rendah.

PAS Dakwa Projek Lagun Puteri Rugikan Johor - MyNewsHub

Posted: 21 Oct 2013 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor mendakwa Projek Lagun Puteri di negeri itu merugikan rakyat serta kerajaan Johor dan cuma menguntungkan syarikat pemaju projek tersebut.

Ketua DPP Johor, Suhaizan Kaiat mendakwa, projek itu menyebabkan kerajaan Johor terpaksa mengurniakan tanah strategik seluas 154.272 ekar di negeri itu kepada pemaju projek itu iaitu Danga Bay Sdn. Bhd. (DBSB).

"Kerajaan negeri tidak cukup dana untuk membangunkan projek ini maka terpaksa mengurniakan tanah itu kepada DBSB.

"DBSB kemudiannya mengubah pelan asal Lagun Puteri tanpa kelulusan kerajaan menyebabkan kos meningkat RM29.84 juta dan terpaksa ditanggung kerajaan negeri.

"Oleh kerana kerajaan negeri tidak cukup dana maka mengurniakan 14.522 ekar lagi tanah di Danga Bay kepada DBSB. Nilai tanah adalah RM49.45 juta," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Suhaizan seterusnya mendakwa, kerajaan Johor sepatutnya tidak membiarkan tanah itu terlepas kepada pihak pemaju kerana ia merupakan hak rakyat.

Justeru, beliau menyifatkan situasi yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri dibuli oleh syarikat pemaju tersebut. – mynewshub.my

PAS Dakwa Projek Lagun Puteri Rugikan Johorhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Suhaizan-Kaiat.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Suhaizan-Kaiat-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor mendakwa Projek Lagun Puteri di negeri itu merugikan rakyat serta kerajaan Johor dan cuma menguntungkan syarikat pemaju projek tersebut. Ketua DPP Johor, Suhaizan Kaiat mendakwa, projek itu menyebabkan kerajaan Johor terpaksa mengurniakan tanah strategik seluas 154.272 ekar di negeri itu kepada pemaju...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor mendakwa Projek Lagun Puteri di negeri itu merugikan rakyat serta kerajaan Johor dan cuma menguntungkan syarikat pemaju projek tersebut.

Ketua DPP Johor, Suhaizan Kaiat mendakwa, projek itu menyebabkan kerajaan Johor terpaksa mengurniakan tanah strategik seluas 154.272 ekar di negeri itu kepada pemaju projek itu iaitu Danga Bay Sdn. Bhd. (DBSB).

"Kerajaan negeri tidak cukup dana untuk membangunkan projek ini maka terpaksa mengurniakan tanah itu kepada DBSB.

"DBSB kemudiannya mengubah pelan asal Lagun Puteri tanpa kelulusan kerajaan menyebabkan kos meningkat RM29.84 juta dan terpaksa ditanggung kerajaan negeri.

"Oleh kerana kerajaan negeri tidak cukup dana maka mengurniakan 14.522 ekar lagi tanah di Danga Bay kepada DBSB. Nilai tanah adalah RM49.45 juta," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Suhaizan seterusnya mendakwa, kerajaan Johor sepatutnya tidak membiarkan tanah itu terlepas kepada pihak pemaju kerana ia merupakan hak rakyat.

Justeru, beliau menyifatkan situasi yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri dibuli oleh syarikat pemaju tersebut. - mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads