Rabu, 22 Januari 2014

01 di batu pahat - Google Blog Search

di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Lelaki Ditahan Larikan 48720 TIN SARDIN <b>Di Batu Pahat</b>!

Posted: 20 Jan 2014 02:50 AM PST


BATU PAHAT – Seorang pengusaha syarikat pengangkutan ditahan polis selepas dikesan melarikan sebanyak 48,720 tin sardin yang dibawa menggunakan lori miliknya dari Rawang ke Johor Baru untuk diedar kepada pemborong pada Khamis.

Helah pemilik syarikat tersebut terbongkar apabila laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan dua buah lori yang membawa sardin berkenaan menimbulkan syak wasangka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, dua buah lori syarikat pengangkutan itu disewa untuk mengangkut sardin sejak setahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun pada 16 Januari lalu, satu laporan polis telah dibuat pada jam 11.30 malam berhubung kehilangan dua buah lori membawa muatan sardin ketika pemandunya berhenti makan di sebuah restoran di Bandar Batu Pahat.

"Sangsi dengan laporan yang dibuat, pihak polis mendesak pemandu dan kelindan lori berkenaan untuk mengetahui kejadian sebenar disebalik laporan itu.

Hasilnya mereka mengaku telah mendapat arahan daripada pemilik syarikat pengangkutan itu untuk melarikan sardin bernilai RM400,000," katanya kepada pemberita Isnin.

Tambahnya, sehubungan itu polis telah menahan tujuh lelaki termasuk pemilik syarikat pengangkutan yang kesemuanya berusia lingkungan 28 hingga 38 tahun.

Din memberitahu, siasatan lanjut yang dijalankan berjaya menemui semula sebuah lori dengan muatan 21,984 tin sardin manakala sebuah lori lagi masih gagal ditemui. Katanya, siasatan awal mendapati sardin tersebut dilarikan bagi dijual secara runcit sebagai usaha meraih keuntungan yang lebih banyak.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379b Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang meneruskan siasatan untuk mengesan sebuah lori lagi.

II MEMINATI KISAH HIBURAN DALAM DAN LUAR NEGERA SERTA GOSIP TERHANGAT MASA KINI, sila klik ke -> http://mynewshub.my/myartis/ II

Lelaki Ditahan Larikan 48,720 TIN SARDIN Di Batu Pahat!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/sardin.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/sardin-150x150.jpgMyNewsHub JenayahUtama

BATU PAHAT - Seorang pengusaha syarikat pengangkutan ditahan polis selepas dikesan melarikan sebanyak 48,720 tin sardin yang dibawa menggunakan lori miliknya dari Rawang ke Johor Baru untuk diedar kepada pemborong pada Khamis. Helah pemilik syarikat tersebut terbongkar apabila laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan dua buah lori yang membawa sardin...

BATU PAHAT - Seorang pengusaha syarikat pengangkutan ditahan polis selepas dikesan melarikan sebanyak 48,720 tin sardin yang dibawa menggunakan lori miliknya dari Rawang ke Johor Baru untuk diedar kepada pemborong pada Khamis. Helah pemilik syarikat tersebut terbongkar apabila laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan dua buah lori yang membawa sardin berkenaan menimbulkan syak wasangka. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, dua buah lori syarikat pengangkutan itu disewa untuk mengangkut sardin sejak setahun lalu. Menurutnya, bagaimanapun pada 16 Januari lalu, satu laporan polis telah dibuat pada jam 11.30 malam berhubung kehilangan dua buah lori membawa muatan sardin ketika pemandunya berhenti makan di sebuah restoran di Bandar Batu Pahat. <strong>"Sangsi dengan laporan yang dibuat, pihak polis mendesak pemandu dan kelindan lori berkenaan untuk mengetahui kejadian sebenar disebalik laporan itu.</strong> <strong>Hasilnya mereka mengaku telah mendapat arahan daripada pemilik syarikat pengangkutan itu untuk melarikan sardin bernilai RM400,000," katanya kepada pemberita Isnin.</strong> Tambahnya, sehubungan itu polis telah menahan tujuh lelaki termasuk pemilik syarikat pengangkutan yang kesemuanya berusia lingkungan 28 hingga 38 tahun. Din memberitahu, siasatan lanjut yang dijalankan berjaya menemui semula sebuah lori dengan muatan 21,984 tin sardin manakala sebuah lori lagi masih gagal ditemui. Katanya, siasatan awal mendapati sardin tersebut dilarikan bagi dijual secara runcit sebagai usaha meraih keuntungan yang lebih banyak. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379b Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang meneruskan siasatan untuk mengesan sebuah lori lagi. <strong>II MEMINATI KISAH HIBURAN DALAM DAN LUAR NEGERA SERTA GOSIP TERHANGAT MASA KINI, sila klik ke -> <a href="http://mynewshub.my/myartis/">http://mynewshub.my/myartis/</a> II</strong>