You are here: Home /          Benut,  Johor,  PAS,  Politik,  PRU13,  Raden Sarobo Ponoh / 									     80 % Pengundi Cina Benut Sokong PAS Dan Pakatan Rakyat  
        PONTIAN – Calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh bakal memperolehi kira-kira 80% sokongan daripada kaum Tionghua bersandarkan penglibatannya yang aktif menyantuni masyarakat itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.
      "Anda pula bagaimana? Jom ubah !. Bertemu masyarakat cina di Pekan Benut, Rata-rata masyarakat cina mahukan perubahan. Ungkapan yang paling kerap mereka katakan " ini kali kasi Ubah". Ini Kalililah, Kita Ubah" kata Admin Facebook Mtd Pas Benut dalam satu kenyataan.
      Sokongan masyakat Cina bukan sahaja bertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja, malah ianya dilihat menjadi 'trend' di mana sahaja menjelang PRU-13 kali ini.
      Menurut salah seorang penyokong Pakatan Rakyat daripada DAP yang hadir dalam siri ceramah kelompok di Pulai Perdana baru-baru ini, beliau yakin kebangkitan  sokongan daripada masyarakat cina akan memberi lonjakan kemengan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
      Mengimbau kembali landskap politik PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu, kesan sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina ini telah menyebabkan Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih 5 buah negeri. 
  **KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**  
     " );          (function() {	                  var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';                      nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';                      var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);          })();          
Tiada ulasan:
Catat Ulasan