Isnin, 13 Januari 2014

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Pemandu Lotus hampir menemui ajal <b>di</b> Lebuhraya <b>Pagoh</b> (10 <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 02:48 AM PST

Seorang pemandu berwarganegara China berusia dalam lingkungan 40-an yang menetap di Singapura hampir maut selepas kenderaan berjenama Lotus yang dipandunya terbabas melanggar bukit. Meskipun kenderaan itu berkecai dan hanya tinggal rangka, pemandu tersebut masih terikat di kerusinya, terima kasih kepada tali pinggang keledar.

Kejadian tersebut berlaku sekitar 1 petang tadi di kilometer 147.2 di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Pagoh. Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas dari kedua-dua arah sejauh dua kilometer.

Kereta Lotus hancur teruk tetapi pemandu terselamat <b>di Pagoh</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:11 AM PST


(Gambar) Kereta Lotus hancur teruk tetapi pemandu terselamat di Pagoh


Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.
Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Senarai kereta paling laris dijual di Malaysia
Tahun 2003

Maharaja Lawak Mega 2013 Full
Tonton Lawak Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads