Jumaat, 28 Mac 2014

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Ada agenda tertentu bertanding <b>di Gelang Patah</b> | Portal Islam dan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 09:15 PM PDT

BANGI 20 Mac - Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman menyifatkan hasrat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor adalah untuk menjayakan agenda tertentu dan bukanlah suatu perkara yang mengejutkan.

Katanya, langkah yang diambil oleh Lim Kit Siang ini adalah satu langkah yang sudah dijangka sebenarnya. Itu merupakan strategi DAP untuk menambah kerusi Parlimen bagi pihak mereka.

Beliau berkata demikian kerana pernah mendapat maklumat daripada sumber yang dipercayai yang mengatakan orang-orang Cina telah mengatur dan memindahkan pengundi mereka dari kawasan yang sedia sudah kuat seperti Ipoh Timur, Siputeh dan beberapa kawasan lain  ke kawasan yang mereka sasarkan.

"Jadi antara kawasan yang mereka sasarkan seperti yang diberitahu sumber ialah di Johor iaitu Gelang Patah dan juga Pontian.

"Maka oleh sebab itu, tindakan mereka perlu diberi perhatian terutamanya oleh orang Melayu dalam menjaga kepentingan dan hak orang Melayu sendiri dari sudut bilangan kerusi yang akan dimiliki kelak," ujarnya.

Jelas Ustaz Hazizi lagi, meskipun Gelang Patah sebelum ini dikuasai oleh MCA, tapi mereka telah mengatur langkah bagaimana untuk menang di situ sebaliknya orang Melayu masih lagi dengan politik menang sorak kampong tergadai iaitu tiada langkah strategik yang diambil seperti mana kaum Cina.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai Lim Kit Siang yang diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam sambutan ulangtahun parti  DAP ke-47 di Skudai baru-baru ini.

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:48 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2014 09:55 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pemuda <b>Gelang Patah</b> Sedia Bantu YB – Fakrul Zafran | JTimes

Posted: 24 Dec 2013 06:48 AM PST

Gelang Patah : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah melaluai Naib Ketua Sdr Fakrul Zafran memberi jaminan akan menyokong dan membantu setiap program YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya yang mewakili Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan program sehari bersama YB Nusajaya yang di buat oleh YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya adalah program yang akan memberi manafaat kepada rakyat dan parti khasnya kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas kembali Parlimen Gelang patah dan mengambil Dun Skudai yang di menangi oleh calon parti DAP pada PRU13 yang lepas.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO program turun padang dan program yang tidak formal menjadi agenda utama untuk merapatkan diri dengan golongan muda sejajar dengan apa yang di kehendaki oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia .

RM480 juta untuk SRJK(C) Kuo Kuang <b>Gelang Patah</b>?

Posted: 01 Nov 2013 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memperuntukkan RM480 juta kepada dua SRJK(C) Kuo Kuang1 dan 2 di Gelang Patah berasaskan janjinya dalam Pilihan raya Kecil Sungai Limau?

Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil 'selagi ada matahari dan bulan'.

Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.

Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.

SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).

SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).

Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.

Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.

Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan "gula-gula" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.

Kata beliau: "Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan."

Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.

Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads