Selasa, 11 Mac 2014

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


PEREMPUAN MUDA BUNUH DIRI <b>DI KAHANG</b> - Gubuk Kecil <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 12:40 AM PST



5 Mac 2014 - Sekumpulan pelajar lelaki baru pulang dari Sekolah Menengah Kahang sedang melalui sebuah jambatan di Batu 26 dengan bermotorsikal. Lalu mereka terlihatkan seorang perempuan muda sedang berdiri di bibir jambatan. Lagaknya mahu terjun ke dalam sungai yang sedang toho akibat musim kemarau.
Salah seorang ketua kumpulan pelajar tersebut cuba menghampiri wanita jelita itu dan bertanyakan apa yang dia cuba lakukan. 
Jawab perempuan itu dengan nada penuh kecewa, "saya mahu membunuh diri."
Jika diperhatikan ketinggian jambatan tersebut dengan Sungai Kahang yang mengalir di bawahnya cukup jauh ke bawah. Kalau wanita itu jatuh atau terjun, sudah tentu boleh membunuhnya. Apatah lagi kalau terhentak di atas timbunan batu-batu yang ada di dasar sungai itu. 
Mendengarkan jawapan perempuan tersebut, kesemua remaja di situ menjadi kaget. Orang ramai mulai berkumpul. Kenderaan yang lalu lalang mula memberhentikan diri. Masing-masing menyaksikan pengakhiran episod drama tragis ini. 
Ketua kumpulan pelajar tadi ligat mencari akal. Dia mahu memujuk wanita tersebut.
"Jika awak benar-benar awak hendak bunuh diri, saya tidak dapat menghalangnya lagi. Sebelum awak nekad terjun ke bawah, apa kata awak berikan ciuman selamat tinggal kepada saya!" pelajar lelaki tadi menjalankan 'jarumnya'.
Helah ketua kumpulan pelajar itu menjadi. Perempuan seksi tersebut mula termakan pujukan. Dia menyuruh pelajar lelaki tadi menghampirinya. 
Mereka pun bercium di atas jambatan disaksikan orang ramai.
Pelajar lelaki mencium mulut wanita tersebut bersungguh-sungguh sambil memaut pinggangnya. Sekali imbas seperti sepasang kekasih yang sudah lama kangan (kerinduan). 
Perempuan muda itu turut sama menikmati detik-detik akhir yang berlalu. Dia memejamkan mata dan membiarkan bibir dipagut lelaki muda untuk melumatinya. Perlahan-lahan perempuan jelita melonggarkan pegangan pada pengadang sisi jambatan. 
Setelah puas mereka bercium, pelajar lelaki tadi bertanya lagi, "awak memang pandai bercium. Awak hebat dan menawan. Tetapi kenapa awak mahu mensia-siakan hidup ini dengan membunuh diri?"
"Sebenarnya saya kecewa dengan sikap ibu dan ayah saya. Mereka tidak pernah memahami kehendak rohani saya. Mereka tidak menyukai saya berpakaian seperti wanita. Benci! Benci! Benci tau! Tak kwasa!"

Lemah lutut pelajar lelaki itu. Dia tergamam. Tiba-tiba dia terjelepuk dan jatuh ke dalam sungai.

"Auuuwww, awak!" jerit lelaki palsu yang disangkakan seorang wanita seksi. 

Mujur juga penyelamat sudah awal-awal lagi bersiap sedia di bawah jabatan. Pelajar yang menjadi hero cuma mengalami demam, seminggu tidak datang ke sekolah. Dan bertahun-tahun juga dia menanggung beban. Beban malu.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Feb 2014 01:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 09:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM480 juta untuk SRJK(C) Kuo Kuang <b>Gelang Patah</b>?

Posted: 01 Nov 2013 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memperuntukkan RM480 juta kepada dua SRJK(C) Kuo Kuang1 dan 2 di Gelang Patah berasaskan janjinya dalam Pilihan raya Kecil Sungai Limau?

Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil 'selagi ada matahari dan bulan'.

Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.

Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.

SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).

SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).

Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.

Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.

Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan "gula-gula" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.

Kata beliau: "Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan."

Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.

Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 01:41 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 09:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pemuda <b>Gelang Patah</b> Sedia Bantu YB – Fakrul Zafran | JTimes

Posted: 24 Dec 2013 06:48 AM PST

Gelang Patah : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah melaluai Naib Ketua Sdr Fakrul Zafran memberi jaminan akan menyokong dan membantu setiap program YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya yang mewakili Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan program sehari bersama YB Nusajaya yang di buat oleh YB Dr Hj Zaini Hj Abu Bakar selaku wakil rakyat DUN Nusajaya adalah program yang akan memberi manafaat kepada rakyat dan parti khasnya kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas kembali Parlimen Gelang patah dan mengambil Dun Skudai yang di menangi oleh calon parti DAP pada PRU13 yang lepas.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO program turun padang dan program yang tidak formal menjadi agenda utama untuk merapatkan diri dengan golongan muda sejajar dengan apa yang di kehendaki oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads