Ahad, 2 Mac 2014

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Pengagihan air berjadual <b>di Kluang</b> dilanjutkan kepada 36 jam | The <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 06:25 PM PST

JOHOR BAHARU, 26 Feb: Pengagihan air berjadual di sembilan zon di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam sekali berbanding 24 jam sebelum ini berikutan keupayaan Loji Rawatan Air Sembrong Timur membekalkan air semakin berkurangan.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Jamaluddin Jamal berkata paras air di Sungai Sembrong Kiri sekarang pada tahap 0.1 meter, iaitu jauh di bawah paras kritikal 0.5 meter.

"Ini menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Timur tidak mendapat bekalan air mentah secukupnya daripada sungai tersebut dan hanya mampu membekalkan 12 juta liter air sehari berbanding keadaan biasa 30 juta liter sehari," katanya kepada pemberita semasa Majlis Makan Malam SAJ bersama media, di sini malam tadi.

Loji itu yang diuruskan oleh Southern Water Corporation (SWC) beroperasi pada kapasiti minimum sejak 18 Feb lalu berikutan paras air yang turun kepada 0.2 meter.

Bagaimanapun kata Jamaluddin, keadaan itu tidak menjejaskan seluruh negeri sebaliknya hanya sesetengah kawasan di Kluang.

Katanya pengagihah menerusi lori tangki juga hanya akan dilakukan di kawasan menghadapi tekanan air rendah serta premis yang memerlukan bekalan air sepanjang masa seperti hospital dan pusat dialisis.

Di lokasi lain bekalan air akan terus diagih menerusi paip seperti biasa, katanya.

Menurut Jamaluddin, pengagihan air berjadual itu dijangka berlangsung sehingga 18 Mac.

Orang ramai boleh merujuk jadual pengagihan air di http://saj.com.my atau menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads