Khamis, 6 Mac 2014

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Asyraf Wajdi: Bercuti <b>di Mersing</b> 2014

Posted: 04 Feb 2014 12:58 AM PST

Panjang betul cuti Tahun Baru Cina kali ni. Campurkan semua sekali, 6 hari cuti. Abah cakap, 2 hari kami bercuti kat kampung abah, 2 hari kat rumah dan 2 hari lagi kat Mersing. Yeay! Boleh pergi jalan-jalan kat pantai.

So, hari kelima cuti kami pun bertolak dari rumah ke Mersing. Bajet nak tidur semalam je kat sana.

Sebelum bertolak..hisap jari maknanya dah lapar la tu..hehe

 Kami bertolak jam 10.30 pagi..dalam jam 12 tengahari dah sampai Mersing. Sebenarnya, kami tiga beradik tidur je dalam kereta. Sedar2 dah sampai. Tempat pertama dituju, cari makan dulu kat Mersing Kanan. Ada banyak kedai makan kat tepi laut ni tapi hari ni banyak pulak yang tutup. Ni kat kedai Lalang Corner.

 Lepas makan, kami pergi ke Masjid Jamek Mersing yang tersergam kat atas bukit. Solat Zuhur dulu sebelum check in kat hotel sambil menikmati pemandangan dari aas bukit.

 Yeay! dah sampai kat Hotel Seri Malaysia. Tunggu abah settlekan kat kaunter.

 Masuk bilik...landing atas katil...

 Bosan melanding..kul 3 dah turun ke swimmimg pool..ni la yang ditunggu2 sebenarnya...seronok la dapat berendam dalam kolam ni...

 Lepas Asar, kami pergi main pasir kat pantai pulak..nak pergi pantai yang kat belakang hotel macam tak best, jadi kami pergi ke Pantai Air Papan. Lebih kurang 11 km dari bandar Mersing. Bila dah kat pantai, aktiviti utama buat sandcastle, sambil main pasir. 

Main kat pantai sampai kul 6.30 petang. Lepas tu pergi makan malam dan balik ke hotel. Malam tu duduk dalam bilik je..lagipun dah penat main air ni..esok pagi nak main air lagi...

Esoknya, lepas sarapan kat cafe hotel, kami pun terjun balik ke dalam kolam. Dari jam 8.30 sampai la jam 11 pagi dok dalam kolam tu. Best sangat2...lain kali harap2 boleh datang lagi kat sini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads