Sabtu, 8 Mac 2014

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Muar</b> Telah Ditemui <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 05:20 AM PST

Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Muar Telah Ditemui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Berhubung dengan insiden yang memilukan tempoh hari dimana Lapan Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap di Sungai Muar Johor, petang tadi dilaporkan kesemua mayat mangsa ditemui. Ikuti laporan penuh.

Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14, ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16, ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.

"Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi,16, dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16, yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

kasut mangsa lemas sunagi buloh kasap Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Muar Telah Ditemui

Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai.

Kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut.

Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat.

"Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata," katanya.lemas sunga buluh kasap Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Muar Telah Ditemui

Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3 petang tadi.

Setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit.

Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap Norshida Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu.

sungai buluh kasap Kesemua 8 Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Muar Telah Ditemui

Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan.

Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta.

Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa. – Bernama

Kredit Gambar – KataNajeeb

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads