Sabtu, 15 Mac 2014

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Dua tekong, lapan pendatang asing ditahan <b>di Pontian</b> Kecil ABN <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 02:02 AM PDT

JOHOR BAHRU – Polis Marin Wilayah Dua menahan dua tekong bot dan lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Indonesia di kawasan pantai Pontian Kecil, dekat Pontian, ketika cuba keluar dari negara ini secara haram, semalam.

Komandernya Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, tekong warga tempatan, pembantu tekong bertaraf penduduk tetap negara ini serta lapan PATI itu ditahan pada kira-kira pukul 2 pagi, oleh anggota polis Marin yang bertindak atas maklumat.

"Bot pancung yang dinaiki kesemua mereka bergerak laju melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, bagaimanapun, mereka berjaya ditahan 20 minit kemudian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati enam lelaki dan dua wanita berumur antara 20 dan 50 tahun itu mengaku dalam perjalanan pulang ke Indonesia dan mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk siasatan lanjut.

Zainul Abidin berkata, tekong dan pembantunya itu akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) 2007 manakala kesemua PATI itu akan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan 2002. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads