Ahad, 30 Mac 2014

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


gara-gara dipersenda guru, murid darjah lima terjun tingkat tiga <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 04:20 AM PST

Alamak, apa sudah jadi? Seorang murid lelaki darjah lima dipercayai bertindak nekad terjun dari tingkat tiga sekolahnya gara-gara tertekan ekoran hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Menurut sumber berita, guru berkenaan mengarahkan supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas. Murid lelaki itu mungkin tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.

Murid Tahun 5 Terjun Dari Tingkat 3 Akibat Tertekan Dipersenda Guru Di Skudai

Laporan Harian Metro menyebut, dalam kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima dikenali sebagai Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran. Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya.

Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa selepas kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu. Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa Aziz kerana difahamkan dia terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas didenda guru kelasnya.

"Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebakannya malu serta tertekan," katanya.

Mohamad berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang. Bagaimanapun, menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Saya sudah bertemu pengurusan sekolah, namun tidak mendapat maklum balas memuaskan. Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua bahagian," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum dengan kejadian berkenaan dan berharap pengurusan sekolah melakukan siasatan serta memberi penjelasan penuh kepada keluarga murid itu.

Tags: , , , , ,

Category: ADMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads