Rabu, 16 April 2014

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Lawatan ke Kediaman Pelapor Isu Tarhim & Azan Kuat <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 01:10 PM PDT

ohmedia-laporan-polis-azan-kuat-pasir-gudang

Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia.

Ada yang menyifatkan ianya sungguh memalukan kerana laporan tersebut agak luar biasa kerana dilaporkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam sendiri dan bukannya datang dari penganut agama lain yang dikategorikan bukanlah luar biasa. Berikut adalah laporan polis yang dibuat.

ohmedia laporan polis azan kuat 1

Laporan ini ada dipaparkan di laman Facebook kami dan menerima ribuan maklumbalas dari orang ramai.

Noorhasbira Kamaruddin menulis, "Tu Allah nak bagi kesedaran pada dia.. dilaungnya Azan kuat kuat supaya bergegar kepala otak dia tu yg tak berapa nak betul dah tu..tapi tulah…hati dah beku..siap boleh gi report lagi.."

Ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut;

Haishh Ckpmndewgitu pula menulis, "Dah kalu pak cik nyatekan 'Terlalu Kuat'. mmg x boleh la .. mne boleh bleh wt sesuatu ibadat itu menganngu org lain .. mcm kitesolat tahajjud tgh mlm.duk satu pondok.. shinngaa mnggngu kwn kite tgh tidoo .. dye x nk thjud dye punye psl laa.. x boleh laa.. myb pakcik tu x boleh mndgr bnde kuat2 … walaupun kite tahu org tu haty busuk sekalipon kite x boleh nk pegi azan kuat2 n nyaring kt telinhe dyee …"

Ada yang menyifatkan agak memalukan juga apabila ada non-muslim yang begitu menyenangi laungan azan lebih daripada segelintir orang Islam itu sendiri.

ohmedia-azan-non-muslim

dan pelbagai lagi pandangan diterima dari orang ramai. Satu respon dari Violet Virgo lebih menarik;

Menemui Pak Leman,

Dengar cite, Pak Leman famous betul di facebook sekarang? Kes report polis, azan kat surau kita tu bunyi bising sangat katanya.

Saya sebagai jiran rasa terpanggil untuk menulis surat kepada Pak Leman. Saya percaya Pak Leman orangnya baguih dan berwibawa serta bertoleransi.

Ada beberapa perkara lah nak sentuh.

1. Dalam report Pak Leman, tercatat rasa tidak puas hati tentang bacaan Tahrim yang dipasang melalui corong speaker surau perumahan kita. Bukan Tahrim ya Pak Leman. Tarhim. Tahrim tu Surah al-Tahrim kot. Bacaan Tarhim sebelum azan Subuh. Sangka baik saya pada Pak Leman, mungkin Pak Leman tak setuju sebab Pak Leman dah kaji tentang bacaan Tarhim ni. Ada kata bida'ah. Ada kata bida'ah hasanah. Ada kata tak boleh. Tak ada dibuat sejak zaman Nabi. Tak ada dibuat di Mekah dan Madinah. Benda baru je ada. Tak apa, boleh diterima kalau Pak Leman tak suka tarhim. Mungkin Pak Leman lebih setuju dengan azan pertama dilaksanakan.

Pendapat peribadi saya sebagai orang di perumahan ni, saya suka dengar bacaan Tarhim ni. Tak lama pun dipasang. Start imsak sampailah waktu azan. Dalam 10 minit lebih kurang. Ada juga yang mula setengah atau sejam awal (pasang al-Quran). Dalam bacaan itu, terkandung makna selawat pada Nabi s.a.w. dan membesarkan Allah s.w.t. Bacaannya tenang saja. Bukan qasidah mahupun nasyid. Ada juga pasang bacaan al-Quran, lagi best. Orang dengar bacaan al-Quran pun dapat pahala. Kalau bulan puasa, bila dengar rakaman tarhim ini dipasang, senang nak cam waktu dah Imsak. Sahur dah nak habis. Fungsi lain, senang nak tahu dah ada orang dekat surau. JKKK dah sampai surau. Surau dah buka. Bolehlah berkunjung ke surau tunggu masuk Subuh sambil solat sunat atau baca Quran.

Baguihlah sebab secara tidak langsung, kejutkan orang-orang kawasan ni bangun tidur. Ramai-ramai boleh turun surau solat Subuh. Makin ramai berjemaah Subuh, tandanya agama Islam kita makin kuat kan? Takkanlah nak tunggu azan Subuh berkumandang baru nak menggeliat bangun. Lewatlah nanti ke surau atau masjid. Betul tak?

2. Dalam report tu, Pak Leman komplen pasal azan. Pak Leman, zaman Nabi dulu naik bukit, naik tempat tinggi semata-mata nak laungkan azan supaya satu daerah tu dengar tau tak? Bilal bin Rabah punyalah lantang lagi merdu suara beliau. Fungsi azan Subuh bukan nak kejutkan orang tidur semata-mata. Tapi nak habaq pada semua orang yang ada telinga, tunaikan solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkit dari tempat tidur, siap-siap, pergi surau berjemaah bagi lelaki.

Cadangan peribadi saya pada Pak Leman, lain kali kita pergi balai sama-sama. Ajak saya sekali. Nak report polis, majlis-majlis kenduri kahwin dekat perumahan kita ni kuat sangat pasang karaoke dan lagu. Sampai masa solat pun tak tutup.

Atau kita report polis, lelaki-lelaki dalam kawasan kita ni ada 400 orang. Yang turun solat jemaah ada la 10 orang tua kerepot. Tak boleh tu. Report malas turun berjemaah.

Amacam?

Esok pagi, jangan lupa turun jemaah sama-sama. JKKK dan ahli jemaah nak belanja Pak Leman makan pagi. Nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Sebab Pak Leman tak kenal kami, sebab tu Pak Leman tak cinta kami.

Akhir kata,

"Assolaatu Khairun Minannaum."

p/s: Bersama surat ini disertakan sekali dua gabus getah special edition untuk telinga Pak Leman andai azan esok pagi mengusik kalbu Pak Leman sekali lagi. Lupa nak habaq, speaker surau dah tambah yang lagi power tau. Report Pak Leman telah menyebabkan ramai orang bersimpati lalu bersedekah pada tabung surau kita.

Tulusly dari jiranmu yang hulur surat ikut celah bawah pintu rumahmu,
— Manap.

dan satu lagi ini juga perlu anda fikir-fikirkan.

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaanTarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. – Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Isu ini tidak berkesudahan menjadi buah mulut orang. Petang semalam kami menerima email beserta beberapa keping gambar dari seorang pengirim rahsia yang menyatakan UMNO bahagian telah menziarahi pakcik tersebut dan berikut adalah gambar-gambarnya.

isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang
isu-azan-pasir-gudang

Jadi di sini terpulang kepada penerimaan anda. Pada kami, Pakcik tersebut mungkin ada alasannya yang tersendiri kenapa dia sanggup bertindak sampai begitu sekali. Mohon usahlah diserang lelaki ini tetapi ada baiknya jika datang mendekatinya dan bawalah berbincang. Ikut jalan penyelesaian yang dianjurkan Islam.

Apa komen anda berhubung dengan perkara ini?

<b>Pasir Gudang</b>: Kilang Plastik Misteri <b>di</b> tutup.??? Pekerja termanggu <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 05:05 AM PDT

Pasir Gudang: pekerja kilang Plastik terpaksa menanggung kesulitan setiap bulan bila gaji tidak di bayar mengikut janji yang di tetapkan. Kebanyakkan mereka menjangkau umur 40an. Mereka risau tentang peluang untuk mendapat pekerjaan lain.

Majikan membuat potongan KWSP dan SOSCO??? Adakah di carumkan ke dalam akaun pekerja sebgaimana tanggungjawab majikan yang di peruntukkan mengikut perundangan yang telah di tetapkan olih kerajaan Malaysia?
Berbagai persoalan dan keraguan yang di alami olih pekerja-pekerja tersebut. MTMR berharap majikan dapat bertanggungjawab kepada pekerjanya.
Apa yang Malaysia Transformasi Minda Rakyat (MTMR) di fahamkan, bermula awal bulan Mac 2014 syarikat tidak membayar gaji. Mereka selaku pekerja menanyakan status pembayaran gaji bulan Mac 2014 kepada pihak majikan dan pihak majikan telah berjanji untuk membayar sebelum 07.03.2014.
Walaubagaimanapun, tiada apa-apa pembayaran di buat kepada mereka. Sehingga ke tarikh 21.03.2014, majikan sudah menghentikan operasi syarikat dan mesin-mesin tidak beroperasi lagi. Tambahan lagi, semasa tempoh tersebut peralatan atau "tooling" yang digunakan juga telah diambil oleh klien syarikat kerana mereka menyatakan syarikat akan ditutup.
Majikan tidak memberikan sebarang memo atau notis kepada pekerja berkenaan penutupan operasi syarikat. Pada 24.03.2014 mereka ada datang bekerja namun syarikat sudah tutup. Mereka cuba hubungi pihak majikan untuk bertanyakan berkenaan pembayaraan baki gaji mereka serta apa-apa bayaran mengikut kelayakan  mereka namun gagal.
Oleh yang demikian, mereka tidak berpuas hati dengan tindakkan majikan tersebut serta ingin menuntut hak mereka yang sewajarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads