Jumaat, 4 April 2014

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Sukarelawan Impian Malaysia adakan program tanam bakau <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2014 11:53 PM PDT

PONTIAN, 1 APR: Sekumpulan sukarelawan Impian Malaysia akan mengadakan program menanam pokok bakau di pantai Pontian, pada 5 April ini mulai jam 8 pagi.

Program anjuran NGO Jaring dengan kerjasama Impian Malaysia itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan paya bakau (wetland) kepada alam sekitar dan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Rinting, Cheo Yee How, dalam kenyataan medianya berkata, selain itu, kawasan paya bakau juga adalah pusat habitat semula jadi yang menjadi ekosistem terpenting dan produktif untuk sumber semula jadi.

"Malah, paya bakau menjadi benteng menghalang hakisan pantai dan sungai. Kawasan paya bakau menjadi sumber marin yang secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi tempatan," ujar beliau yang juga jurucakap Biro Alam Sekitar DAP Johor.

Yee How berkata, jawapan kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini menyatakan jumlah keluasan hutan paya bakau seluruh negeri Johor kini berkurangan iaitu daripada 20,418.45 hektar pada 2003 kepada 18,372.60 hektar tahun lalu iaitu berkurangan sebanyak 2,045.85 hektar dalam 10 tahun, antaranya hutan paya bakau di Bahan/Kemudi dan di Pendas yang sudah musnah.

Beliau juga bimbang dengan laporan The Star bertarikh 19 March lalu bahawa kerjasama antara syarikat dari China's Country Garden Holdings Co Ltd dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan membangunkan satu projek yang dinamakan sebagai Forest City membabitkan penambakan laut beberapa ribu ekar di Pendas berdekatan dengan Second link, samada projek ini akan menjejaskan hutan paya bakau di Sungai Pulai?

"Kami tidak tolak pembangunan, tetapi adakah kajian terperinci dan plan yang betul sudah dibuat?," tambah beliau lagi.

Dalam program yang akan dilancarkan Sabtu ini, Yee How juga turut menjemput mana-mana sukarelawan untuk menyertai usaha menanam pokok bakau itu. Ia akan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk sama-sama menghargai alam sekitar serta memahami perit jerih kehidupan golongan nelayan.

"Golongan nelayan amat bergantung dengan hidupan laut, manakala hidupan laut di kawasan perairan selat Johor pula amat bergantung dengan kelestarian hutan paya bakau, jika hutan ini terjejas, bermakna kehidupan nelayan dan masyarakat turut terjejas kerana hidupan laut akan berkurangan dan akan memberi kesan harga di pasaran.

"Nelayan membekalkan sumber protein terpenting buat kita, maka sewajarnya kawasan tempat mereka mencari makan dipelihara dan dipulihara," ujar Yee How lagi.

Sukarelawan yang berminat menyertai program itu, diminta mengirim nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke [email protected] atau terus mendaftar di https://docs.google.com/forms/d/17wmh69YD5bOoAtnLaqjR5TnwpTkGbuLkfcCRXSEaJow/viewform -roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads