Sabtu, 5 April 2014

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Asrama Belia Malaysia (Ragula Hotel) <b>di Skudai</b>, Johor Bahru <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 04:15 AM PST


RAGULA HOTEL adalah sebuah hotel bajet yang terletak Skudai, Johor Bahru. Mula beroperasi pada tahun 2009, hotel bajet yang dikenali di sekitar bandaraya Johor Bahru. Pemilik asal hotel bajet ini berbangsa cina. Hasil semangat setiakawan Tokoh Belia Negara 2011 iaitu saudara Rizan Hassan bersama seorang sahabat beliau, akhirnya mereka berjaya mencapai kata sepakat untuk mengambilalih pengurusan hotel bajet tersebut.

Operasi hotel bajet ini diletakkan di bawah sebuah persatuan belia iaitu MALAYSIAN YOUTH HOSTELS ASSOCIATION (MYHA). Perubahan juga berlaku kepada nama hotel ini iaitu akan dikenali dengan nama ASRAMA BELIA MALAYSIA / MALAYSIAN YOUTH HOSTELS.

Dengan adanya hotel ini, golongan belia yang ingin ke Legoland Johor Bahru (20km) dan Universal Studio Singapore (50km) bolehlah menginap disini dengan harga yang mesra belia. Orang awam juga boleh menyewa kemudahan yang disediakan. Pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin melancong ke Johor Bahru juga boleh mendapatkan kadar sewa yang menarik jika menginap di hotel bajet ini. Insya-Allah, pihak hotel juga sedang mengusahakan sebuah van bagi memudahkan urusan pengangkutan pelanggan hotel ini nanti.

Hotel ini juga bakal dijadikan sebagai sebuah pusat latihan kemahiran dalam bidang Front Office, Housekeeping, Tourist Guide dan Ticketing untuk golongan belia yang kurang kemampuan melalui program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

FASILITI:

Bilik berhawa dingin
Tandas persendirian berserta air panas dan sejuk
Telefon
Perkhidmatan pelanggan dan kawalan keselamatan 24 jam
Tempat meletak kenderaan mencukupi dipantau pengawal keselamatan dan CCTV
Kemudahan internet
Televisyen

KADAR SEWA:

HARI BIASA
1. Standard Double - RM 68.00
2. Standard Twin - RM 68.00
3. Superior - RM 78.00
4. Family - RM 98.00

HARI CUTI
1. Standard Double - RM 78.00
2. Standard Twin - RM 78.00
3. Superior - RM 88.00
4. Family - RM 108.00

NOTA: Kadar adalah tertakluk kepada 5% cukai kerajaan dan caj perkhidmatan 5%. Kadar Caj tambahan akan dikenakan ke atas Cuti Umum

ALAMAT:
28, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Johor Bahru.
Tel : 07-5577588 / 07-5542488
Faceboo: www.facebook.com/myhahostel
PERSON IN-CHARE: EN. RIZAN HASSAN (013-773 3676)

GAMBAR BILIK:


Standard Double - RM 68.00 (Hari Cuti - RM 78.00)
Superior Room - RM 78.00 (Hari Cuti - RM 88.00)
Standard Twin - RM 68.00 (Hari Cuti - 78.00)
Family Room - RM 98.00 (Hari Cuti - RM 108.00)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads