Selasa, 27 Mei 2014

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Program <b>Di Batu Pahat</b> Johor Ditangguh | Inspired by Yanie

Posted: 23 May 2014 09:21 PM PDT

Apa nak jadi ni.. Ini dah masuk kali kedua program di Batu Pahat Johor ditangguh. Oh, bagi yang tak tahu, hari ini sepatutnya aku berada di Batu Pahat, Johor untuk mengendalikan satu program yang melibatkan pengurusan tertinggi tempat aku bekerja. Walau bagaimanapun, kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, program itu ditangguhkan..

Sebetulnya, persiapan untuk pelaksanaan program dah 70% dibuat. Macamanapun, aku bersyukur sangat-sangat sebab ia masih tak melibatkan komitmen kewangan. Kalau dah commit, kan ke susah..

Lagi satu, aku juga bersyukur sangat-sangat sebab dengan pembatalan program tu pada hari ni, dapatlah aku meluangkan masa dengan keluarga aku, especially si kecik Hani.. :)

Dalam masa korang membaca entri ini, aku dan keluarga sedang berada di Kajang untuk membuat persiapan awal Hari Raya! Awal sangat..hihi. Persiapan apa tu? Nak pergi cari baju raya..wink..wink!

Biar bersiap awal, jadi nanti tak lah kelam kabut.. Lagipun, aku nak hadkan pergerakan pada bulan Ramadhan nanti..kecuali pergerakan untuk ibadah, yang insyaAllah digandakan..

Oklah, jumpa lagi.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads