Selasa, 8 Mac 2011

Edisi Semasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 08 Mar 2011 09:20 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Jadi warga bijak

Posted: 07 Mar 2011 01:57 PM PST

MukaDepan

TUANKU Mizan berangkat pulang selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-12, di Dewan Rakyat, semalam. Turut kelihatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Effendy Rashid

TUANKU Mizan berangkat pulang selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-12, di Dewan Rakyat, semalam. Turut kelihatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Effendy Rashid

Seri Paduka ingatkan rakyat jangan bangkit isu sensitif, berbaur perkauman serta politikkan perkara tidak wajar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat tidak membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak wajar, sebaliknya mahu semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

Baginda juga mahu kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak dipersoalkan bagi mengelakkan perpecahan.

"Walaupun Islam agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Malah, hari perayaan agama yang ada penganut teramai dijadikan hari cuti umum. "Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam sudah diamalkan dengan subur di negara ini," titah baginda yang memandang serius kecenderungan pihak tertentu memainkan isu sensitif dan berbaur perkauman.

Baginda bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-12, di Dewan Rakyat, semalam yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Dewan Rakyat akan mula bersidang esok sehingga 7 April depan.

Terdahulu, Seri Paduka memeriksa barisan Kawalan Kehormatan di Dataran Parlimen, manakala Bendera Diraja dikibarkan dengan disertai tembakan meriam sebanyak 21 das.
Dalam konteks berkaitan, Tuanku Mizan juga meminta badan bukan kerajaan (NGO) mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat serta menggugat imej negara dalam program dan aktiviti masing-masing.

Selain itu, Tuanku Mizan menyeru semua pihak sentiasa mengekalkan keharmonian dan maruah negara dengan menjadi warga yang bijak, bertanggungjawab serta tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan.

Sambil menekankan perbuatan memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan perbuatan amat tercela serta dilarang oleh semua agama, baginda mahu rakyat mengambil iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah.

Seri Paduka juga mengingatkan tingkah laku Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat.

"Justeru, pamerkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, sumbang pemikiran bernas, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dan utamakan kepentingan rakyat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan terbaik daripada setiap pemimpin yang mereka pilih," titah baginda.

Mengenai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa, Tuanku Mizan bertitah, Malaysia akan terus memberi sumbangan untuk mencapai keamanan sejagat dan baginda gembira dengan sambutan menggalakkan daripada negara utama dunia terhadap pendekatan Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan yang diketengahkan Perdana Menteri.

Baginda juga tertarik dengan kerjasama strategik polis serta tentera dalam menangani jenayah dan menyifatkannya sebagai petanda positif yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negara.

Mengenai krisis makanan global yang menyebabkan Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang yang di luar kawalan kerajaan, baginda menasihati rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena itu.

"Jadilah pengguna bijak, amalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan. Namun, kerajaan amat prihatin terhadap keresahan dan kesusahan rakyat dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM10.3 bilion dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperoleh barang keperluan asasi seharian pada harga berpatutan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yangretibase

Ampun Tuanku, Tuankulah PAYUNG negara. Tolonglah rakyat Tuanku. Ampun Tuanku.

nazzman

Betul apa yang dititahkan Baginda ahli parlimen kita bila bersidang seperti budak tadika,menjerit sana menjerit sini.Bila melihat sikap ahli parlimen begitu tertanya dalam diri'inikah wakil yang dipilih oleh rakyat?'
semasa parlimen bersidang gunalah kesempatan itu untuk berbahas dan mencari pendekatan yang bagaimana untuk memajukan lagi nagara ini bukan memperjuangkan kepentingan sesiapa.

tiada nama

btul3...kerana fahaman politik semua sanggup melakukan fitnah dan mengeruhkan keamanan negara..

ziz

Betul dan tepat masa titah Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia ditujukan kpd orang-orang politik yg 'banyak dan hebat bercakap', yg tidak semestinya tepat, benar. Mereka dalam badan-badan NGO tertentu juga yg nak jadi jaguh, pada hakikatnya lebih mengeruhkan keharmonian. Disaran mereka ini bila bercakap hendaklah dgn ilmu dan teliti, perbuatan betul, tidak langgar lunas-lunas agama seperti rasuah, salah guna kuasa, fitnah, pengikut pula kasar cakap kasar perbuatan. Malu orang-orang melayu 'islam' tidak dapat menjadi contoh teladan. di luar sana Yg menilai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 08 Mar 2011 07:24 AM PST

Kosmo Online


15 pasukan hoki bawah-16 buru Piala MSN

Posted:

15 pasukan hoki bawah-16 buru Piala MSN

15 pasukan hoki bawah-16 buru Piala MSN

08/03/2011 8:37pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 pasukan akan berentap untuk merebut piala Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kejohanan hoki bawah-16 tahun yang akan diadakan di dua venue di Lembah Klang dari Jumaat ini hingga 20 Mac.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF), Nur Azmi Ahmad berkata, pertandingan itu akan berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur di Lembah Pantai dan Stadium Kementerian Pelajaran di Jalan Duta.

"Sebanyak 13 pasukan negeri kecuali Sarawak akan menyertai kejohanan ini bersama-sama Polis Diraja Malaysia. Turut serta ialah Singapura, manakala Angkatan Tentera Malaysia tidak bertanding kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nur Azmi berkata, pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan pada akhir pusingan awal, dua pasukan teratas setiap pasukan akan bermain dalam perlawanan separuh akhir secara bersilang.

Kumpulan A terdiri juara bertahan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah.

"Sementara Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Singapura dalam Kumpulan B," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda ditemui mati dipercayai terjatuh

Posted:

Pemuda ditemui mati dipercayai terjatuh

Pemuda ditemui mati dipercayai terjatuh

08/03/2011 6:19pm

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditemui mati di kawasan tempat letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di sini hari ini dipercayai akibat terjatuh dari tingkat enam bangunan tersebut.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.15 petang tadi menggemparkan orang ramai yang datang berurusan di bangunan kerajaan itu setelah terdengar bunyi kuat dari tempat kejadian.

Seorang saksi, Mohd Azrul Aliff Mohamad 28, berkata, beliau dan rakannya ketika itu berada di kawasan tempat letak motosikal apabila ternampak mangsa seolah-olah terbang sebelum terjatuh di kawasan tempat letak kereta di situ.

"Semasa saya hampiri, mangsa telahpun meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai Padrul Mohamad 28, berasal dari Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.

Katanya, jenazah lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes mati mengejut. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes bunuh pekerja: Tujuh lelaki ditahan

Posted:

Kes bunuh pekerja: Tujuh lelaki ditahan

Kes bunuh pekerja: Tujuh lelaki ditahan

08/03/2011 6:12pm

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja stor besi buruk ditikam dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ditahan di pelbagai lokasi di bandar raya ini termasuk di hotel murah.

"Kesemua mereka ditahan secara berperingkat-peringkat sejak kes itu dilaporkan sehingga semalam.

"Saya berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan dan kami percaya dengan tangkapan ini kes ini dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Shariff Akbar Shah, 25, yang bekerja dengan abang iparnya di sebuah stor besi buruk di Ampang ditikam dan dipukul hingga mati oleh sekumpulan lelaki.

Teman wanitanya pula, bekas guru tuisyen, 30, cedera di lengan kiri akibat dikelar dan kini dilapor kritikal. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 08 Mar 2011 07:08 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki warga asing ditemui mati

Posted: 08 Mar 2011 01:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Bangladesh ditemui mati dengan kira-kira lima kesan tetakan dalam sebuah setor kilang barangan logam dan kayu di Jalan Aman Puri, Kepong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata mayat pekerja kilang yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang ramai pada jam 8 pagi.

"Terdapat kesan tetakan di kepala dan leher lelaki itu. Dia bekerja di
kilang itu hampir 12 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini mengumpul butiran lanjut mengenai kejadian itu
menerusi rakaman CCTV dan mendapatkan keterangan daripada majikan dan rakan

sekerjanya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,
katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bas terbalik: 5 cedera termasuk pemandu

Posted: 08 Mar 2011 01:51 AM PST

KUALA TERENGGANU: Lima orang termasuk seorang rakyat Thailand cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik dalam parit besar sedalam dua meter di KM 38, Pagoh Jaya, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu berhampiran Felda Belara hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Che Khazahari Amat berkata kejadian pada jam 11.05 pagi itu membabitkan bas yang membawa 12 penumpang termasuk lima rakyat Thailand yang dalam perjalanan ke Setiu.

"Sampai di satu selekoh di kawasan kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan kerana keadaan jalan yang licin ekoran hujan renyai-renyai. Bas itu kemudian bergesel dengan sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit besar itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat Thailand yang cedera dikenali sebagai Arifah Wan Muda, 20, manakala empat rakyat tempatan yang cedera dalam kemalangan itu ialah Nor Wahidah Mat Ti, 21, Mohd Lim Abdullah, 60, Mohd Zulkifli Zohor, 20, dan pemandu bas Md Amin Mohd, 40.


Kesemua mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh orang awam dan ambulans Jabatan Pertahanan Awam negeri.


Mohd Lim yang merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut akibat terkena serangan jantung dipercayai terkejut dengan kejadian itu, manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.

Che Khazahari berkata dua penumpang dan pemandu kereta Perodua Kancil itu tidak cedera.

Sementara itu seorang penumpang rakyat Thailand yang ditemui berkata beliau
terdengar bunyi yang kuat sebelum bas tiba-tiba terbalik menyebabkan kepalanya
terhantuk ke dinding bas.

"Semasa kejadian saya terlelap dan apabila sedar sahaja bas terbalik
dan penumpang terutama wanita ada yang menjerit dan menangis ketakutan.

"Kami terpaksa memanjat tingkap untuk keluar dan penumpang yang tidak cedera
saling membantu mengeluarkan penumpang lain yang cedera sebelum bantuan tiba 15
minit kemudian," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 08 Mar 2011 04:00 AM PST

Utusan Online - Selatan


Tarian kuda kepang di rantau NS

Posted:

Tarian kuda kepang di rantau NS

Tarian kuda kepang di rantau NS

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


ANTARA ahli kumpulan Seri Kelembak yang mengikuti latihan kuda kepang di Lui Barat, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 7 Mac. - Kuda kepang adalah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia.

Tarian tersebut adalah permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia khususnya di Johor dan ia kebiasaannya dipersembahkan pada majlis perkahwinan dan keramaian.

Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada angklung, gendang, gong, kuda, sebatang pecut dan tali sepanjang 30 meter.

Angklung berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh serta rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan buluh tersebut.

Gabungan bunyi nyaring buluh kecil serta bunyi bergema daripada buluh besar menghasilkan irama indah dan menarik.

Gendang yang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu pula akan dipalu mengikut irama tertentu membantu menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.

Pecut diperbuat daripada buluh dan tali dipintal menjadi satu berfungsi mengarah dan mengawal permainan penari-penari kuda kepang.

Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan diwarnakan merah, putih serta kelabu.

Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengawal penari-penari yang 'mabuk' daripada berkeliaran serta memudahkan ketua mengawal tarian.

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar dan sebelum tarian bermula ketua akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.

Biasanya mereka turut menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk persembahan.

Ketika persembahan dilakukan, seorang peserta ditugaskan melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian dan apabila muzik mula bergema, penari-penari akan masuk ke dalam gelanggang.

Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan dan setiap penari akan menunggang dan mengawal kuda mengikut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan bergerak dengan lebih laju, ketika itu para penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat dan melompat-lompat setinggi 1.8 meter.

Semasa penari dalam keadaan itu, muzik yang mengiringi tarian akan bertambah rancak kerana dipercayai jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari akan menari selama dua jam sehingga terpukau dengan kehebatan pergerakan mereka dan keadaan itu mengakibatkan mereka lalai dan bermimpi seakan menunggang kuda yang sebenar sambil menari dengan iringan muzik.

Disebabkan itu, mereka cuba menyaingi muzik itu dan ia dipanggil 'naik syeh'.

Jika keadaan bertambah teruk dan tidak dapat dikawal, ketua akan mengarahkan pembantunya yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah sebelum dibacakan jampi untuk memulihkan mereka kepada keadaan asal.

Terdapat pantang larang dalam permainan kuda kepang iaitu pemain tidak boleh diganggu semasa dalam persembahan atau ketika sedang 'mabuk' dengan tarian.

Pemain juga dikatakan tidak boleh melihat kain merah kerana ia merupakan pantang larang semulajadi selain mereka juga tidak boleh melihat kaca kerana bimbang akan memakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usaha gerak semula tarian kuda kepang

Posted:

Usaha gerak semula tarian kuda kepang

Usaha gerak semula tarian kuda kepang


PENARI kuda kepang sedang membuat tarian mengikut alunan muzik yang dimainkan.


JEMPOL 7 Mac. - Tarian kuda kepang adalah seni budaya yang pernah berkembang pesat dan terkenal di Johor, namun ia kini hampir tenggelam berikutan peredaran masa.

Menyedari hakikat itu, seorang aktivis tempatan, Ramlee Zaiton, 57, dari Felda Lui Barat dekat sini berusaha menggerakkan semula tarian kuda kepang dengan menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Seri Kelembak.

"Kumpulan ini ditubuhkan pada 2006 dan kini dianggotai oleh 25 orang ahli terdiri daripada anak peneroka dan golongan belia di sekitar kawasan ini.

"Saya berhasrat memperkenalkan dan memastikan seni budaya ini diketahui dan dihayati oleh orang ramai khususnya di kalangan generasi muda hari ini.

"Menerusi persatuan ini peserta bukan sahaja dapat mempelajari tarian kuda kepang malah dapat mengelakkan belia daripada terlibat dengan gejala sosial yang tidak berfaedah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, dia tidak menyangka sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai menyatakan minat untuk mempelajari tarian kuda kepang.

Tambahnya, latihan diadakan setiap malam Sabtu bagi mendedahkan anggota kumpulan dengan ilmu tarian kuda kepang.

Sementara itu Mohd. Alif Yahya, 24, berjaya menguasai ilmu tarian kuda kepang setelah mempelajarinya selama hampir setahun.

Walaupun berasal dari Johor katanya, dia tidak mengetahui mengenai tarian kuda kepang dan minat yang mendalam mengenainya timbul selepas mempelajarinya.

"Saya mengikuti latihan ini hanya kerana ingin mengisi masa lapang. Ternyata tarian kuda kepang tidak mudah.

''Ia memerlukan kesabaran dan apa yang penting minat untuk belajar. Setiap pemain perlu belajar teknik menari dan bermain muzik," katanya.

Halim Mahat, 11, berkata, minat yang mendalam untuk mempelajari tarian kuda kepang membuatkan dia sanggup 'mencuri masa' untuk mengikuti latihan.

"Sebagai pelajar saya mempunyai pelbagai tanggung jawab yang harus dilaksanakan. Saya sentiasa membahagikan masa dengan bijak agar pelajaran tidak terabai.

"Walaupun terpaksa mengikuti latihan kuda kepang pada waktu malam, namun saya tidak pernah ponteng sekolah," katanya.

Menurutnya, masa lapangnya kini lebih tersusun apabila dia mengikuti kelas tarian kuda kepang.

"Saya tidak lagi membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Keluarga juga menyokong minat saya dan pastinya saya mahu menjadi penari kuda kepang yang disegani," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran membersihkan Sungai Temiang

Posted:

Cabaran membersihkan Sungai Temiang

Cabaran membersihkan Sungai Temiang

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


V. S. Mogan (dua dari kiri) bersama Pengarah JPS negeri, Hashim Osman (dua dari kanan) merasmikan Pusat Informasi Sungai Temiang di Seremban, semalam.


SEREMBAN 7 Mac - Perangai buruk manusia menyaksikan tilam usang pernah dicampakkan ke dalam Sungai Temiang, di sini sebagai jalan mudah membuang sampah sehingga ia tercemar teruk dan diletakkan di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai pada 2005.

Hari ini, sudah nampak kemajuan dalam usaha itu meskipun masih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan sebelum program itu benar-benar membuahkan hasil seperti yang diinginkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V. S. Morgan berkata, bagi mempercepatkan usaha-usaha itu, kerajaan negeri telah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pada awal tahun lalu bagi menjadikan Sungai Temiang benar-benar bersih.

Beliau berkata, menjelang 2015, kerajaan negeri berharap sungai sepanjang sembilan kilometer itu akan mencapai kelas IIB berdasarkan piawaian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berbanding kelas III dan IV yang dicatatkan pada masa ini.

Secara kasarnya, Kelas IIB membolehkan orang ramai turun untuk mandi manda di dalam sungai.

"Dahulu, sungai ini berada pada tahap kelas IV iaitu tercemar teruk sepanjang masa tetapi kini ada masa-masa tertentu kita capai tahap kelas III.

"Kita tidak mengharapkan peningkatan yang drastik. Memadailah perubahan yang biasa kerana banyak cabaran yang terpaksa kita tempuhi memandangkan sungai ini melalui kawasan bandar yang padat dengan penduduk dan kegiatan ekonomi.

"Namun secara umumnya, sampah sudah berkurangan dan tidak seperti dulu yang mana tilam pun dibuang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Pusat Informasi Sungai Temiang di Jalan Tun Dr. Ismail, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Lembangan Sungai dan Pantai JPS, Datuk Ong Siew Heng dan Pengarah JPS negeri, Hashim Osman.

Morgan memberitahu, pelbagai program telah dirancang pada tahun ini bagi mencapai sasaran menjadikan Sungai Temiang bersih daripada pencemaran seperti memasang perangkap sampah di tempat strategik.

Selain itu, tambahnya, pusat penyembelihan ayam di Pasar Besar Seremban juga akan dipindahkan kerana bahan buangan dari pusat itu dikenal pasti menyumbang kepada pencemaran sungai tersebut.

"Kita juga menggalakkan para peniaga di pasar itu menghantar bahan buangan daripada perniagaan mereka seperti sisa sayur ke Pusat Informasi Sungai Temiang yang mempunyai mesin bagi menghasilkan baja kompos secara percuma," ujarnya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, usaha membersihkan Sungai Temiang memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat setempat, pelajar dan penjaja di pasar besar berganding bahu menjaga kebersihan dan kualiti air sungai itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 08 Mar 2011 03:38 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Ahli Parlimen BN selar tindakan pembangkang samakan pergolakan di Arab

Posted: 08 Mar 2011 03:10 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang yang cuba menyamakan pergolakan politik di negara Timur Tengah dan Afrika Utara dengan Malaysia diselar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai tidak rasional dan tidak waras, berkata pergolakan di negara berkenaan berlaku disebabkan pemimpin yang bersifat autokratik dan kuku besi.

"Kita tak boleh nak samakan keadaan mereka dengan Malaysia kerana kita di sini mempunyai empat negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang melalui pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. "Oleh itu, tindakan cuba menyamakan situasi di negara-negara terbabit dengan Malaysia adalah tidak rasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini.

Bung Mokhtar berkata, hakikatnya, kerajaan sentiasa memantau permasalahan rakyat tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

Apa yang dilakukan pembangkang, katanya hanya memikirkan kuasa semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang turut menyelar tindakan itu pula berkata, pembangkang hanya tahu menghasut rakyat terutama golongan muda supaya membenci kerajaan walaupun pada masa sama mereka menikmati segala kemudahan disediakan.

"Pembangkang juga pada pilihan raya kecil yang lalu menghasut anak-anak kecil dan pemuda untuk mengutuk kerajaan, memburukkan kerajaan dan menafikan sumbangan kerajaan.

"Mereka cuba mengambil pendekatan seperti mana berlaku di negara-negara luar sedangkan negara kita aman makmur, ini yang menyedihkan," katanya.

Menurutnya, pergolakan di negara Timur Tengah dan Afrika Utara adalah disebabkan faktor politik dan ekonomi.

"Dari segi politik, Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara serta mengamalkan pemilihan pemimpin yang telus (menerusi pilihan raya) manakala dari segi ekonomi pencapaian kita jauh lebih tinggi daripada negara-negara terbabit," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hujan sekejap-sekejap di pantai timur hingga Khamis

Posted: 08 Mar 2011 02:59 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana yang berlaku di beberapa daerah di pantai timur Semenanjung mulai hari ini dijangka berterusan sehingga Khamis.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, daerah yang terbabit adalah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan manakala di Terengganu melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.

"Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan. Ia juga meramalkan angin kencang Timur Laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang mulai esok hingga Ahad.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Johor Timur dan Pahang), Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan, Reef South, Bunguran dan Palawan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 08 Mar 2011 03:27 AM PST

Harian Metro: Setempat


2 beradik terbakar

Posted: 07 Mar 2011 11:20 AM PST

TANJUNG KARANG: Cita-cita seorang mangsa kemalangan untuk bergelar anggota polis tidak kesampaian apabila rentung bersama abangnya, sejurus kereta dinaiki terbakar sebaik bertembung sebuah pacuan empat roda di Kampung Sungai Gulang-Gulang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Mohd Fauzan Mohd Ayob, 20, dan abangnya, Khairul Amri, 26, yang memandu Proton Wira mati di tempat kejadian selepas tersepit dan gagal keluar dari kereta yang terbakar.


Jurucakap polis berkata, nahas berlaku di Kilometer 57.5 Jalan Klang-Teluk Intan apabila kereta dipandu Khairul ke arah Tanjung Karang dari Kuala Selangor gagal dikawal lalu terbabas di laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Toyota Fortuner menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

"Pemandu pacuan empat roda berkenaan sempat keluar ketika api mula marak. Bagaimanapun, dua beradik berkenaan gagal menyelamatkan diri," katanya.


Sementara itu, rakan arwah Mohd Fauzan yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, sahabat karibnya itu pernah menyatakan hasrat menjadi anggota polis dan beria-ria menghadiri temuduga di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.


"Kebetulan pada hari ini (semalam) ada temuduga untuk jawatan anggota polis di Kuala Selangor. Abangnya (Khairul Amri) yang bekerja di Perak mengambil cuti untuk menemankan adiknya ke tempat temuduga itu.

"Arwah baru saja menamatkan pelajaran di Pusat Giat Mara dan apabila mendapat tahu ada temuduga polis, dia ingin mencuba. Namun takdir Allah menentukan segalanya...impian arwah tidak tercapai,"katanya.


Difahamkan, mangsa hanya dua beradik saja dan tinggal di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, dekat sini.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Anuar berkata, dia yang bekerja di kedai jualan kereta berhampiran tempat kemalangan terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi brek yang sangat kuat.

"Saya lihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor ingin mengelak sebuah van dari arah sama sebelum gagal mengawal kenderaannya dan bertembung dengan sebuah Toyota Fortuner.


"Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan itu terbakar. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat. Saya lihat pemandu Toyota Fortuner sempat keluar dari kenderaannya untuk menyelamatkan diri," katanya.


Sementara itu, Pemangku Pegawai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang, Zolkifli Ahmad, berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Tanjung Karang dan Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.49 pagi.


"Pihak kami terpaksa menggunakan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga dikhuatiri lemas

Posted: 07 Mar 2011 11:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja kontrak warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras longkang besar sebelum dihanyutkan ke Sungai Segambut berhampiran Kondominium Tiara, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku apabila mereka bersama seorang lagi rakan wanita cuba menyeberangi longkang besar berdekatan sungai berkenaan untuk membeli minuman dari sebuah gerai berhampiran.


Usaha mereka tidak berjaya apabila arus sungai tiba-tiba menjadi deras berikutan hujan lebat menyebabkan tiga mangsa hanyut.

Manakala rakan wanita mereka dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing konkrit.


Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Rohaya Alias, berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.29 petang daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu sebelum anggota bomba turun ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa.


"Kita mendapat maklumat orang awam yang melihat mangsa terkapai-kapai sebelum dihanyutkan arus sungai yang deras. "Lapan jentera bomba bersama 45 anggota, termasuk Unit Skuba dan Anjing Pengesan (K9) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sentul dan Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, semalam.

Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi, nasib ketiga-tiga mangsa berusia antara 25 hingga 30 tahun tidak diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat dihentikan ekoran cuaca gelap.


Rohaya berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan disambung pagi esok (hari ini).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 08 Mar 2011 03:19 AM PST

Utusan Online - Utara


Bantah projek burung walet

Posted:

Bantah projek burung walet

Bantah projek burung walet

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


ISMAIL Jusoh (kiri) menyerahkan memorandum bantahan projek rumah burung walet kepada Mohd. Bakri Hashim sambil diperhatikan penduduk di Kampung Gajah Merangkak, Padang Serai, Kedah kelmarin.


PADANG SERAI 7 Mac -- Lebih 200 penduduk di Kampung Gajah Merangkak, dekat sini, mendakwa diancam pelbagai masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran projek pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut.

Malah, kewujudan rumah burung walet yang semakin banyak di kampung itu dikhuatiri mengundang ancaman penyakit kerana ia dibina hampir dengan penempatan penduduk.

Kehadiran lori-lori besar yang berulang-alik membawa muatan tanah dan bahan binaan projek turut merosakkan jalan mini tar di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Ismail Jusoh, 52, memberitahu, kegiatan tersebut terus berleluasa sejak pertengahan tahun lalu meskipun mendapat bantahan daripada penduduk.

Katanya, keadaan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang khususnya kepada penduduk yang mempunyai anak kecil serta mengganggu para pelajar mengulang kaji pelajaran.

"Pengusaha rumah itu telah membuka pembesar suara rakaman bunyi bagi memanggil burung walet daripada awal pagi sampai lewat malam.

"Suara-suara ini cukup mengganggu kehidupan penduduk," katanya ketika mengetuai perhimpunan secara aman mendesak pihak berkuasa campur tangan menangani masalah tersebut di sini semalam.

Menurut Ismail, sebelum ini, pihaknya pernah mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) tetapi tidak mendapat maklum balas positif.

"Pada Disember tahun lalu, kami juga telah pergi ke Pejabat Menteri Besar Kedah di Alor Setar dan dapat berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

"Beliau janji teliti masalah, namun sampai sekarang kegiatan ini masih berterusan," katanya.

Seorang penduduk, Jamaliah Ismail, 44, berkata, kebanyakan rumah burung tersebut dibina terlalu hampir dengan kawasan penempatan.

"Tempat pelihara burung ini terletak kira-kira 100 meter dari rumah penduduk. Setiap hari, kita terpaksa hidu bau kurang menyenangkan di samping bunyi bising," katanya.

Dalam pada itu, wanita terbabit mendakwa, harga tanah terutamanya sawah di kawasan berkenaan dikesan meningkat sejak kebelakangan ini ekoran ada kumpulan peniaga mahu mendirikan rumah burung walet.

"Banyak tanah sawah bumiputera bertukar tangan gara-gara mahu keuntungan dalam masa singkat," katanya.

Beliau berkata, jika keadaan tersebut dibiarkan berterusan, pihaknya khuatir kawasan tanah kebun atau sawah yang menjadi tempat bercucuk tanam penduduk akan menjadi semakin berkurangan.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Mohd. Bakri Hashim berkata, pihaknya akan memanjangkan kes tersebut untuk diteliti agensi berkaitan dalam tempoh terdekat.

"Selain itu, UMNO Bahagian juga akan membawa masalah ini berbincang dengan kerajaan negeri menerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 Exco Kedah dilantik semula

Posted:

10 Exco Kedah dilantik semula

10 Exco Kedah dilantik semula


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bergambar dengan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilantik semula selepas majlis pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 7 Mac - Kerajaan Pas Kedah melantik semula kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (Exco) bagi tempoh selama setahun berkuat kuasa hari ini dengan melakukan perubahan kecil pada portfolio dua penyandangnya.

Istiadat melafaz ikrar menyimpan rahsia dan upacara menandatangani surat sumpah Exco terbabit berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Sultan Kedah kemudian berkenan mengurniakan tauliah pelantikan kepada semua anggota exco terlibat dengan didahului oleh Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi; Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib.

Ia diikuti oleh exco lain, Siti Aishah Ghazali, Dr. Ismail Salleh, S. Manikumar, Lim Soo Nee, Abd. Ghani Ahmad dan Tan Chow Kang.

Turut berangkat pada upacara itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun dan kerabat diraja yang lain. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pelantikan setiap penggal itu dilakukan mengikut Perkara 37(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Sementara itu pada majlis berasingan, Azizan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua anggota Exco sebelum ini tetapi berharap mereka akan terus meningkatkan lagi usaha supaya memperoleh pencapaian yang lebih baik.

"Saya harap menerusi pengalaman kita selama tiga tahun mentadbir Kedah dan menjadi exco selepas ini banyak lagi perkara yang mereka akan dapat tingkatkan prestasi dalam mentadbir serta menjalankan tugas bagi setiap portfolio," katanya.

Menteri Besar berkata demikian selepas melawat kumpulan kedua pelajar Kedah seramai 216 orang yang akan berlepas ke Mesir di Wisma Darul Aman di sini.

Beliau bersama kumpulan pelajar berkenaan sejurus selepas menghadiri majlis pelantikan Exco tersebut di Istana Anak Bukit.

Azizan yang kekal memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan berkata, semua anggota Exco akan mengekalkan portfolio masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, beliau melakukan pertukaran kecil portfolio melibatkan Phahrolrazi dan Amiruddin.

"Satu portfolio mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan yang sebelum ini disandang Phahrolrazi diserahkan kepada Amiruddin.

"Portfolio Amiruddin yang sebelum ini bertanggungjawab ke atas Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga diserahkan semula kepada Phahrolrazi," katanya.

Menurutnya, rasional perubahan kecil portfolio melibatkan dua penyandang tersebut kerana ia lebih dekat dengan mereka berdasarkan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Kedah bersiap sedia

Posted:

UMNO Kedah bersiap sedia

UMNO Kedah bersiap sedia

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 7 Mac - Semua jentera UMNO termasuk di peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di negeri ini kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diambil bagi memastikan semua pihak bersedia dan tidak mengambil mudah dengan cabaran yang bakal dihadapi.

"Semua jentera UMNO telah diarah membuat persediaan ke tahap sekuat mungkin. Kita kena kerja kuat dan berterusan memandangkan kita tidak dapat pasti bila tarikh sebenar pilihan raya dibuat.

"Namun begitu, mesti pastikan kerja kita berjalan dan semua keperluan rakyat ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kelompok Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Merbok, di Sekolah Menengah Teknik 2 di sini hari ini.

Hadir bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Menurut Ahmad Bashah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO mengarahkan semua peringkat supaya mengambil perhatian serius terhadap pilihan raya umum yang bakal diadakan kelak.

"Semua pihak termasuk Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kini diminta supaya jangan tunggu sehingga saat akhir sebelum membuat sesuatu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata, tempoh tiga tahun yang diberi kepada pihak pembangkang bagi mentadbir negeri ini membuktikan mereka tidak bersedia menjalankan tugas selaku kerajaan.

Sebaliknya pemimpin kerajaan campuran Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dilihat lupa menjalankan tugas sebagai parti pemerintah apabila banyak janji atau manifesto tidak ditunaikan.

"Sudah tentu rakyat Kedah kini boleh menjawabnya, apa yang mereka lakukan setelah tiga tahun memerintah. Yang pastinya, manifesto yang diumumkan sebelum pilihan raya dahulu tidak tertunai," katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini juga tidak menyaksikan sebarang pembangunan sepanjang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memerintah.

"Pembangunan sedia ada ini dibuat oleh BN dahulu, mereka hanya sambung. Yang selalu disebut mereka adalah Kampus Insaniah di Kuala Ketil sajalah.

"Projek lain seperti di Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) masih tidak jadi kenyataan. Kalaulah, BN memerintah dahulu, saya yakin ia sudah berlangsung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 08 Mar 2011 03:09 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


TPM jumpa Manmohan, Mukesh Ambani dalam lawatannya ke India

Posted:

TPM jumpa Manmohan, Mukesh Ambani dalam lawatannya ke India

TPM jumpa Manmohan, Mukesh Ambani dalam lawatannya ke India

MUMBAI 7 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai atur cara padat dalam lawatan rasmi lima harinya ke India mulai esok termasuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menterinya, Dr. Manmohan Singh dan salah seorang tokoh terkaya di dunia, Mukesh Ambani.

Mukesh memiliki kekayaan AS$43 bilion (RM129 bilion) dan menerajui korporat terbesar di India, Reliance Industries Limited iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam tekstil, produk petrokimia, penapisan minyak mentah, kerja-kerja cari gali minyak, gas dan lain-lain lagi.

Lawatan Muhyiddin ke India adalah yang pertama sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ia adalah atas jemputan Dr. Manmohan Singh dan Menteri Luar India, S.M. Krishna.

Rombongan Muhyiddin yang dijadual tiba di sini malam esok, turut disertai oleh Menteri Kerja Raya, Datul Shaziman Abu Mansor: Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli-ahli perniagaan.

Selain Mukesh, Muhyiddin pada hari kedua (Rabu) di Mumbai dijadual mengadakan perbincangan dengan tokoh perniagaan lain termasuk Pengerusi Kumpulan Tata, Ratan Tata.

Kumpulan Tata adalah syarikat pengeluar kenderaan terbesar di India yang antara lain mengeluarkan kereta, bas, lori, kenderaan pacuan empat roda (MPV) dengan menggunakan jenama Tata.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Timbalan Perdana Menteri pada hari yang sama akan turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Maharashtra, Shri Prithviraj Chawan dan ahli-ahli perniagaan Malaysia di Hotel Taj Mahal Palace serta melawat Pusat Urusan Visa Global Malaysia.

Beliau juga akan bersama peneraju-peneraju industri untuk jamuan makan tengah hari.

Pada sebelah malamnya pula, Muhyiddin akan menghadiri jamuan makan malam bersama rakyat Malaysia di Mumbai.

Keesokkan harinya, Timbalan Perdana Menteri akan berlepas ke New Delhi dan dijadual menemui Menteri Pengangkutan, Jalan dan Lebuhraya India, C.P Joshi. Beliau kemudian akan merasmikan pejabat baru Construction Industry Development Board (CIDB) di Gurgaon, Delhi.

Di New Delhi, beliau akan meninjau projek usaha sama antara pihak swasta kedua-dua negara melibatkan pembinaan infrastruktur dan lebuh raya.

Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Parti United Progressive Alliance (UPA) yang juga Presiden Parti Kongres, Sonia Gandhi di kediaman anak pejuang kemerdekaan India itu.

Beliau kemudian akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Pembangunan Bandar India, Kamal Nath.

Pada Jumaat, Muhyiddin akan menemui Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Komunikasi dan Teknologi Maklumat India, Shri Kapil Sibal.

Menurut Wisma Putra, Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan pelbagai perkara dan isu melibatkan kepentingan bersama.

Di sebelah petangnya, Muhyiddin akan menyampaikan ucapan kepada para diplomat asing dalam program anjuran bersama Asian African Legal Consultative Organization (AALCO) dan Kementerian Luar India di bawah tajuk, 'Kawalan Global Abad Ke-21: Isu-isu Mendatang dan Cabaran' di Hotel Taj Mansingh.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan berlepas ke Chennai dan dijadual menghadiri majlis dialog dan makan malam bersama pelajar Malaysia.

Keesokkan harinya, Muhyiddin menemui pasukan Malaysia yang terlibat dalam Kejohanan Skuashi Dunia sebelum mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Dr. Kalaignar M. Karunanidhi.

Di sebelah malam pada hari terakhir lawatannya ke negara ini, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri program Malam Kebudayaan Malaysia anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjuran malam kebudayaan itu sebagai meraikan kejayaan Kuala Lumpur dan Chennai menjadi Bandaraya Berkembar.

Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu dan dijangka tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, keesokkan paginya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program baru perubatan dibeku?

Posted:

Program baru perubatan dibeku?

Program baru perubatan dibeku?

Oleh SHARAIMEI
SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Mohamed Khaled Nordin menyerahkan watikah kepada Zainuddin Md. Wazir sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Institut Pengajian Tinggi Swasta) Jabatan Pengajian Tinggi, Datin Profesor Dr. Ir Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor AUCMS, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd Razak (kanan) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 7 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mungkin membekukan semua program baru bidang perubatan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Keputusan itu dibuat ekoran penawaran dalam program perubatan melebihi permintaan dan kerajaan perlu menjaga kualiti program.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kebanyakan IPT ketika ini tidak mempunyai kelengkapan dan tenaga pengajar yang mencukupi.

"KPT sememangnya sedang menimbangkan untuk melakukan moratorium (penangguhan) terhadap program-program perubatan.

"Kita berasakan masalah seperti tidak cukup tenaga akademik, hospital pengajar dan kalau ada pun hospital yang ditumpangi itu memang tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyerahan sijil menaik taraf Allianze Universiti College of Medical Sciences (AUCMS).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir. Pada majlis itu, AUCMS menerima watikah naik taraf kepada kolej universiti.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled berkata, kementerian akan mengumpul maklumat membekukan program tersebut untuk diserahkan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohamed Khaled menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan membenarkan program perubatan yang ditawarkan di IPT tempatan beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Semua program perubatan hanya akan dipertimbangkan oleh kementerian setelah pihak yang memohon itu mempunyai kelulusan daripada MMC," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kementerian dalam proses akhir untuk mendaftarkan dua universiti baru di Malaysia.

Dua universiti itu akan beroperasi di Iskandar Malaysia, Johor Bahru iaitu Southampton Universiti Malaysia dan Raffles Universiti Iskandar.

Jelas beliau, sehingga akhir Februari lalu, kementerian telah meluluskan pendaftaran 25 buah IPT bertaraf universiti, 22 kolej universiti dan lima kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Martabatkan bahasa Melayu peringkat global

Posted:

Martabatkan bahasa Melayu peringkat global

Martabatkan bahasa Melayu peringkat global

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


mohamed Khaled Nordin bermesra dengan peserta luar pada Majlis Malam Resepsi di Hotel Equotarial, Bangi, dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


KUALA LUMPUR 7 Mac - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 merupakan landasan terbaik untuk memartabatkan bahasa rasmi negara ke peringkat antarabangsa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran PABM 2011 membolehkan negara di luar nusantara mengenali dan menguasai bahasa Melayu yang dituturkan di kebanyakan negara Asia Tenggara.

Beliau berkata, pendedahan melalui pertandingan pidato itu dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu serta budaya yang diamalkan penuturnya.

"Pertandingan kali ini juga sebagai satu bentuk kesedaran dan perang psikologi kepada rakyat Malaysia yang menganggap kerajaan meminggirkan bahasa Melayu.

"Penganjuran PABM 2011 mampu menutup mulut para pengkritik dasar kerajaan mengenai bahasa kebangsaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Malam Resepsi PABM 2011, di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian akan terus memperkasakan pelbagai program untuk membantu penuntut antarabangsa di institusi pengajian tinggi tempatan untuk menguasai bahasa Melayu.

"Kita akan memperbanyakkan program seumpama ini selain mewujudkan program baru termasuk mewajibkan mereka mengambil subjek Bahasa Melayu, namun segala keputusan yang diperoleh tidak akan direkodkan.

"Ia hanya bertujuan membantu mereka menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan mereka berurusan di negara ini," katanya.

Selain itu jelasnya, kementerian juga akan memperbanyakkan program pertukaran pelajar bagi membolehkan proses penguasaan bahasa Melayu dilakukan.

Pusingan saringan PABM 2011 akan bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan peringkat akhir pertandingan akan diadakan pada 11 Mac ini.

Seramai 59 peserta dari 56 negara akan berentap bagi merebut Piala Perdana Menteri itu.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori nusantara dan antarabangsa untuk memberikan keadilan dalam pemilihan peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 08 Mar 2011 01:34 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Jangan bangkit isu perkauman

Posted:

Jangan bangkit isu perkauman

Jangan bangkit isu perkauman

KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Seri Paduka memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Seri Paduka sehubungan itu menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Titah Seri Paduka, kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, malah hari hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.

"Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam telah diamalkan dengan subur di negara ini," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Tuanku Mizan bertitah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diiktiraf sebagai antara elemen penting dalam pembangunan masyarakat sivil dan Seri Paduka berharap dalam melaksanakan program-program dan aktiviti, NGO hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Berbanding dengan negara-negara tertentu, Seri Paduka bertitah, ketenteraman dan keharmonian di negara ini adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara.

"Komitmen kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat melampaui sempadan negara terserlah melalui usaha membawa pulang pelajar-pelajar yang terhimpit dalam pergolakan di Mesir melalui Ops Piramid bulan lalu.

"Sehubungan itu, beta merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut serta negara-negara sahabat terutamanya kepada kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu mempermudahkan Ops Piramid," titah Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan dalam pada itu menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian dan maruah negara serta menjadi warga yang baik, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan setiap ahli Parlimen supaya memperlihatkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, menyumbang pemikiran yang bernas, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini (Dewan Rakyat) sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah Tuanku Mizan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Mizan rasmi persidangan Dewan Rakyat

Posted:

Tuanku Mizan rasmi persidangan Dewan Rakyat

Tuanku Mizan rasmi persidangan Dewan Rakyat


Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima watikah ucapan pembukaan daripada Najib Tun Razak pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Yang Ke-12 di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan pembukaan penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas untuk tahun ini.

Seri Paduka yang hadir bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di bangunan Parlimen kira-kira pukul 10 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Atur cara pentadbiran istiadat pembukaan yang diadakan di Dataran Parlimen itu bermula dengan pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyembahkan Hormat Diraja.

Sejurus selepas itu, lagu Negaraku dimainkan dan sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Acara diteruskan dengan Tuanku Mizan memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali, Hormat Diraja kedua dilakukan dan selepas itu lagu Negaraku dimainkan buat kali kedua.

Selepas acara di Dataran Parlimen selesai, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah berangkat ke dalam Bangunan Parlimen untuk memasuki Dewan Rakyat seterusnya Tuanku Mizan menyampaikan Titah Ucapan Diraja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seri Paduka minta rakyat jadi pengguna bijak

Posted:

Seri Paduka minta rakyat jadi pengguna bijak

Seri Paduka minta rakyat jadi pengguna bijak

KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak, mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan.

Titah Seri Paduka, sejak akhir-akhir ini telah berlaku situasi kenaikan harga bahan-bahan makanan di seluruh dunia yang disebabkan oleh pemanasan global, bencana alam, perubahan polisi negara pengeluar dan peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun berbanding pengeluaran makanan dunia sebanyak satu hingga dua peratus.

Tuanku Mizan sehubungan itu bertitah apa yang berlaku adalah krisis makanan global dan sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ia sememangnya di luar kawalan kerajaan.

"Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia untuk menghadapi fenomena ini, jadilah pengguna yang bijak, amalkan perbelanjaan secara berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas untuk tahun ini di sini hari ini.

Tuanku Mizan bertitah, kerajaan begitu prihatin terhadap keresahan dan kesusahan yang dialami rakyat di mana telah menyediakan peruntukan berjumlah RM10.3 bilion dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperoleh barang keperluan asasi harian pada harga yang berpatutan.

Seri Paduka juga bertitah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia perlu peka terhadap faktor luaran seperti ekonomi global tidak menentu yang menjadi cabaran kepada usaha mengukuhkan ekonomi negara dan seterusnya usaha untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 08 Mar 2011 01:22 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


'Bom' gegar sekolah

Posted: 07 Mar 2011 11:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan 'bom' buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala 'MacGyver' itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.
"Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka," katanya.

Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.

"Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan," katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

"Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan," katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

"Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

"Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajal lepas bertunang

Posted: 07 Mar 2011 10:50 AM PST

KUALA PILAH: Sungguh menyayat hati apabila seorang gadis yang baru mengikat tali pertunangan kelmarin, menemui ajal bersama dua ahli keluarga lain selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Batu Kikir di sini, semalam.

Sebelum kejadian, Sharifah Saodah Mohd Nazir, 22, yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felcra Lakai, Simpang Durian, Jelebu, dekat sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

Turut bersama mangsa kakaknya, Norhashikin Mohd Nazir, 27, dan anak saudaranya, Natasha Amirah Isa, 6, dan Mohd Iskandar Fahmi, 3.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas sekolah dari arah bertentangan.


Rempuhan kuat itu menyebabkan Sharifah Saodah mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Norhashikin dan Natasha yang cedera parah turut menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Juaseh, dekat sini.

Mohd Iskandar pula hanya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban, untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, tiga bersaudara itu baru pulang selepas mengambil motosikal Suzuki Panther milik suami Norhashikin, Isa Rahmat, 32, yang sudah dibaiki, berhampiran bandar itu.

Malah, lebih memilukan apabila Isa yang menunggang motosikal itu berada beberapa kilometer dari kereta yang turut membawa isterinya.

Isa berkata, hanya Allah tahu isi hatinya apabila diberitahu kejadian yang menimpa isteri dan saudaranya yang lain kira-kira jam 3 petang.

"Panggilan dibuat seorang ahli keluarga itu memaklumkan isteri, kakak dan anak saudara sudah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan," katanya ketika ditemui Bilik Mayat Hospital Kuala Pilah di sini, semalam.

Sementara itu, kakak ipar Norhashikin, Aslinda Muhamad, 33, berkata, dia terkejut apabila menerima khabar sedih yang meragut tiga nyawa insan kesayangannya itu.

Menurutnya, semua mangsa datang ke rumahnya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, kira-kira jam 10 pagi semalam, namun mereka tidak sempat berbual panjang.

"Ketika itu, ibu mentua saya, Nurhidayah Awang, 50, baru saja tiba di rumah selepas mengetahui menantu serta dua cucunya itu datang dari Simpang Durian.

"Saya melihat dia (Norashikin) beria-ria mencium kedua-dua pipi ibu mentua saya sambil ketawa.

"Dia kemudian memberitahu mahu segera pulang kerana ada benda mahu diselesaikan di kampung dan takut tidak dapat berjumpa lagi," katanya yang tidak menyangka ia petanda mangsa akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 08 Mar 2011 01:10 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ops Piramid: Malaysia belanja RM50 juta

Posted: 08 Mar 2011 12:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan penggunakan pesawat komersial.

"Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji," katanya (gambar) menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.

Anifah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam Ops Piramid itu termasuk kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Tabung Haji dan MAS serta syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang memaklumkan bersetuju menanggung segala kos operasinya sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam operasi berkenaan.

Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Mesir, Anifah berkata Malaysia akan terus menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu di dalam usaha memelihara kepentingan politik dan ekonomi negara serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Katanya Malaysia berpandangan bahawa pergolakan politik di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara antara lain disebabkan oleh masalah politik dan sosioekonomi dalaman akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan, kadar inflasi yang tinggi serta ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara.

Katanya pergolakan politik di negara-negara berkenaan sekiranya berlanjutan akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia dan dunia akibat kenaikan harga petroleum di pasaran global.

"Dalam hal ini, kerajaan akan terus memantau keadaan di rantau tersebut untuk memastikan kepentingan negara daripada segi politik dan ekonomi terjamin," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Impian Kuan Yew mahu jadi PM Malaysia, kata Mahathir

Posted: 07 Mar 2011 11:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya yang dipasarkan hari ini.

"Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi perdana menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya," tulis Dr Mahathir dalam biografinya.

Negarawan berusia 84 tahun ini berkata apabila Bapa Kemerdekaan Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, "Lee dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya".

Malaysia dibentuk pada 1963 tetapi Singapura keluar dua tahun kemudian.

Lee menjadi perdana menteri SIngapura kemudian.

"Malah beliau berharap untuk menjadi perdana menteri, sesuatu yang beliau tahu bahawa tidak mustahil kerana masyarakat Cina menjadi kaum terbesar di Persekutuan," kata Dr Mahathir.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu hanya lebih sedikit daripada separuh penduduk di Semenanjung manakala Cina pula 30 peratus, kaum India 10 peratus dan bakinya kaum-kaum lain.

Dr Mahathir menyalahkan penjajah Britih yang membenarkan penghijrahan kaum Cina dengan mudah ke pulau pelabuhan yang strategik itu bagi melindungi kepentingan perdagangan mereka di Timur Jauh.

Tulis Dr Mahathir, British telah mengubah Singapura menjadi sebuah penempatan Cina dan dalam lain perkataan, sebuah negara Cina selepas merdeka, di mana masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelas kedua.

Bekas presiden Umno itu juga berkata Lee tidak kisah untuk membetulkan jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, sebaliknya menyandarkan pada undi orang Cina di Singapura dan Semenanjung untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

"Beliau mengecam apa yang dipanggilnya rasisme Melayu tetapi dalam mengharapkan orang Cina akan menyokong beliau sebagai seorang (pemimpin) Cina yang akan mempertahankan kepentingan masyarakat Cina, beliau dengan sendiri mendedahka dirinya seorang rasis," kata Dr Mahathir.

Buku "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" diterbitkan oleh MPH Group Publishing pada harga RM100 senaskhah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 08 Mar 2011 01:10 AM PST

Utusan Online - Timur


Barangan lusuh jadi motosikal mini

Posted:

Barangan lusuh jadi motosikal mini

Barangan lusuh jadi motosikal mini

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Rohazman Affendi Abdul Rahim menunjukkan motosikal dan basikal yang diciptanya menggunakan barangan lusuh.


KOTA BHARU 7 Mac – Saban hari kita melihat ramai orang mengutip barangan lusuh dan terbiar seperti botol plastik, tin kosong dan besi untuk dijual sebagai pendapatan sampingan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita menemui individu yang sanggup menjelajah seluruh negeri ini semata-mata mencari besi buruk untuk dikitar semula bagi menghasilkan pelbagai rekaan kreatif dan dijual semula dengan harga lumayan sehingga ada mencecah RM1,000.

Bagi Rohazman Affendi Abdul Rahim, 46, besi buruk yang banyak ditemuinya di tepi-tepi jalan atau di mana sahaja bukanlah barangan sudah tidak berguna sebagaimana tanggapan banyak orang.

Sebaliknya, dengan sentuhan kepakarannya, barangan lusuh itu boleh diubah menjadi sebuah motosikal mini yang mendapat tempahan daripada beberapa pihak.

Sekiranya kita mengunjungi bengkelnya yang terletak di tepi jalan di Kampung Binjai di sini, pandangan mata pasti terarah ke beberapa buah motosikal kecil itu yang kesemuanya menggunakan enjin mesin pemotong rumput yang sebelum ini rosak dan telah dibaiki.

Kesemua motosikal itu tidak mempunyai rangka asal, sebaliknya ia dibentuk sendiri oleh Rohazman menggunakan besi pagar yang ditemuinya di merata tempat.

"Saya buat semua ini sebab memang minat saya mereka cipta pelbagai jenis barang menggunakan barangan terpakai dan kalau ada yang mahu beli saya jual.

"Setakat ini, saya sudah berjaya menjual tiga motosikal ini pada harga antara RM800 hingga RM1,000 dan kadang kala ada orang yang membuat tempahan terus," katanya ketika ditemui di bengkelnya, di sini baru-baru ini.


Rim motosikal yang terbuang dijadikan bangku.


Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia melakukan rekaan itu sejak lima tahun lalu berdasarkan pengalamannya sebagai seorang mekanik dan didorong oleh minat amat mendalam.

Salah sebuah motosikal yang dihasilkan Rohazman amat unik kerana rangkanya dibuat daripada besi pagar yang sudah dibuang dan menggunakan enjin mesin pemotong rumput untuk menggerakkannya, di samping beberapa botol plastik untuk melengkapkan keseluruhan ciri-ciri motosikal mini tersebut.

Katanya, motosikal mini itu dicipta untuk dinaiki sesiapa sahaja termasuk orang dewasa terutama ketika beriadah atau bersiar-siar pada masa lapang.

"Kadang-kadang ada orang datang untuk tempah motosikal mini ini dan jika kena pada harganya, saya akan siapkan. Saya memerlukan masa paling cepat satu minggu untuk siapkan sebuah motosikal ini.

"Hendak dapatkan barangannya tidak susah mana, saya hanya perlu mencari dan kadang kala, kalau ada yang mahu menjualnya seperti enjin mesin pemotong rumput yang sudah rosak, saya beli dan baiki," katanya.

Selain motosikal mini itu, Rohazman turut mereka cipta beberapa jenis basikal termasuk yang menggunakan roda tiga dan boleh digunakan untuk mengangkut barang.

Selain itu, dengan menggunakan tali terpakai dan rim tayar basikal sebagai kaki, anak jati Kelantan ini turut menghasilkan beberapa kerusi yang boleh digunakan untuk bersantai.

"Saya tengoklah kalau ada yang boleh dibuat, saya akan cuba menghasilkannya terutama meja dan kerusi.

"Macam rim tayar basikal ini, memang boleh digunakan sebagai kaki meja dan kerusi. Ia lebih baik daripada kita membuangnya begitu sahaja selepas sudah tidak digunakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,000 MyKad belum dituntut

Posted:

2,000 MyKad belum dituntut

2,000 MyKad belum dituntut

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 7 Mac - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Terengganu mengingatkan 2,000 pemohon di negeri ini agar menuntut MyKad mereka sebelum ia dilupuskan selepas tempoh 18 bulan permohonan dibuat.

Pengarahnya, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, pemilik MyKad yang gagal berbuat demikian juga bakal dikenakan denda RM40 sebagai penalti bagi kad pengenalan yang tidak dituntut mengikut Akta Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007.

Katanya, jumlah MyKad yang tidak dituntut tersebut merangkumi pemohon yang menukar alamat tempat tinggal, kad pengenalan baru serta yang hilang atau dokumen berkenaan musnah.

"Selain MyKad, MyKid yang dikeluarkan secara percuma kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun atau sebaik mendaftar kelahiran bayi juga ada yang tidak dituntut ibu bapa masing-masing.

"Kita berharap pemohon dapat menuntut kad pengenalan mereka dengan segera sebelum notis denda dikeluarkan.

"Mereka juga perlu ingat sekiranya ingin memohon semula kad pengenalan baru, turut dikenakan denda kerana sistem kita akan mengesan rekod mereka yang gagal menuntut kad terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, kebanyakan pemohon yang gagal menuntut MyKad itu disebabkan faktor usia tua, terlupa, sibuk bekerja dan mereka terdiri daripada golongan warga emas serta mereka dalam lingkungan umur 20 dan 35 tahun.

Katanya, mereka yang sengaja memandang remeh soal tuntutan kad pengenalan itu turut berhadapan denda dengan nilai yang lebih tinggi selain disoal siasat oleh JPN jika melibatkan kes berulang.

"Orang ramai yang hilang MyKad secara sengaja atau tidak sengaja juga akan dikenakan denda RM100 bagi kes pertama, kes kedua (RM200) dan kes ketiga (RM300).

"Namun, jika masih berulang, bayaran denda tetap RM300. Bagaimanapun, mereka tetap disoal siasat JPN bagi mengelakkan berlakunya unsur-unsur penipuan," katanya.

Setakat ini, jelas beliau, pihaknya mengambil pendekatan menghantar surat makluman dan menelefon pemohon untuk memaklumkan tentang perkembangan permohonan mereka.

Beliau turut mengingatkan pemohon perlu ke JPN untuk mengambil MyKad mereka.

"Sekiranya tidak mampu berbuat demikian atas alasan uzur mahupun masalah lain, pihak ketiga perlu membawa bersama surat kebenaran pemohon bagi mengelakkan perkara berbangkit," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang permohonan MyKad mereka boleh menghubungi JPN Cawangan Terengganu di talian 09-6301031.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 pelajar Imtiaz jayakan Program Tadarus al-Quran 13 Mac

Posted:

30 pelajar Imtiaz jayakan Program Tadarus al-Quran 13 Mac

30 pelajar Imtiaz jayakan Program Tadarus al-Quran 13 Mac


Khazan Che Mat (duduk lima dari kanan) bersama pihak penganjur dan peserta program Tadarus al-Quran anjuran Radio Malaysia Terengganu di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Mac - Sempena musim cuti sekolah pertengahan bulan ini, Radio Malaysia Terengganu (TFM) akan menganjurkan program Tadarus al-Quran yang bermula 13 Mac depan.

Pengarah Penyiaran negeri, Dr. Nawiyah Che Lah berkata, seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz akan memperdengarkan bacaan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI).

"Pelajar yang memperdengarkan bacaan mereka selama lima hari itu bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang dan rakaman tadarus 30 juzuk itu disiarkan sepanjang Ramadan tahun ini.

"Majlis khatam pula diadakan pada hari terakhir program berkenaan, " katanya ketika berucap pada majlis perasmian Tadarus al-Quran Bersama TFM di TTI, dekat sini hari ini.

Perasmian program dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Terengganu dan TTI Management Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Turut hadir, Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Shaikh Harun Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.

Tambah Dr. Nawiyah, program itu merupakan kesinambungan daripada program sama tahun lalu yang melibatkan 60 pelajar Institut al-Quran Terengganu (IQ).

"Program ini merupakan usaha pihak kami untuk menarik pendengar terutama golongan pelajar mendekati dan mencintai al-Quran seterusnya menghayati maksud yang terkandung di dalamnya," katanya.

Menurutnya, TFM sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada masyarakat dengan menganjurkan pelbagai program seperti Suara Kampus dan Terengganu Indah.

"Tidak ketinggalan, rancangan berbentuk keagamaan seperti Tadarus al-Quran, Suara Masjid dan Suara Azan turut diperkenalkan bagi memastikan semua peringkat masyarakat mendapat maklumat sebaik mungkin.

"TFM memperbanyakkan program seumpama ini yang bakal memaparkan aktiviti masyarakat serta lokasi menarik di negeri ini untuk diterokai dan diperkenalkan menjadi aset pelancongan yang berharga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 08 Mar 2011 01:06 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Jenazah tak muat dalam lif

Posted: 07 Mar 2011 02:47 PM PST

Wilayah

PENGHUNI blok A khuatir dinding bangunan retak akibat tangki air bocor di Flet Taman Medan Cahaya PJS2. - Foto Syed Putra Syed Abdul Rahman

PENGHUNI blok A khuatir dinding bangunan retak akibat tangki air bocor di Flet Taman Medan Cahaya PJS2. - Foto Syed Putra Syed Abdul Rahman

Penghuni flet meradang kediaman digenangi air

PETALING JAYA: Enam blok flet kos rendah Taman Medan Cahaya, di sini membabitkan 1152 unit rumah dan didiami kira-kira hampir 4,000 penduduk berdepan masalah tangki air bocor sejak tahun lalu.

Masalah itu mengakibatkan kediaman sebahagian penduduk digenangi air dan kerosakan lif yang menjadi kemudahan harian penduduk flet itu. Apa yang dikesali penduduk adalah sikap lepas tangan pemaju perumahan flet terbabit iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) walaupun aduan dibuat sejak tahun lalu.

Wakil penduduk blok B flet itu, Zainab Osman, 46, berkata enam blok fasa pertama, iaitu blok A, B, C, D, E dan F mengalami masalah yang sama dan sehingga kini belum ada tindakan daripada SPNB, manakala blok yang dibina dalam fasa kedua iaitu G dan H terselamat kerana baru dibina. "Kita dah banyak kali buat aduan... mereka hanya datang, ambil gambar dan balik. Apa guna bil penyelenggaraan yang kami bayar sebanyak RM45 sebulan?.

"Bukan blok saya saja yang ada masalah tangki bocor, enam blok lain pun turut mengalami nasib sama," katanya ketika ditemui Sentral di sini, semalam.

Difahamkan, semua enam blok itu turut mengalami masalah kerosakan lif akibat daripada kebocoran tangki air yang berlaku di tingkat 16 flet berkenaan, selain turut menyebabkan air meresap masuk ke dalam dinding rumah dan bertakung di kawasan kediaman serta berlaku keretakan di sekitar kawasan dinding yang bocor.

"Jika perkara ini berlarutan, struktur dinding dan konkrit mungkin retak," kata Zainab.
Penasihat Persatuan Badan Kebajikan Penduduk Blok A, Mustafa Abdullah, 48, berkata semua blok yang mengalami masalah tangki bocor itu hanya menggunakan satu lif untuk kemudahan harian penduduk.

"Sekarang satu lif saja yang berfungsi, tapi selalu rosak sebab kerap digunakan dan biasanya terpaksa membawa muatan yang berlebihan, lebih-lebih lagi pada waktu pagi, tengah hari dan petang," katanya.

Sementara itu, Zainab berkata, jika berlaku kecemasan dan kematian, mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan lif dan jika tiada pilihan lain, penduduk terpaksa menggunakan tangga.

"Pernah berlaku kematian, tapi lif yang berfungsi ini kecil saiznya berbanding lif yang rosak dan jenazah tidak dapat dimuatkan ke dalam lif untuk dibawa turun.

"Kita terpaksa mendapatkan khidmat penyelenggara untuk menggunakan lif yang rosak itu secara manual bagi mengangkat jenazah dari tingkat atas dan kadang kala terpaksa menaiki tangga," katanya.

Penduduk berharap agar tindakan segera diambil SPNB agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Kami harap kebajikan dan keselamatan penduduk flet diberi perhatian pihak pemaju dan segera membaiki segala kerosakan yang berlaku sebelum perkara ini menjadi lebih teruk," kata Mustafa.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sewa kolong rumah uzur

Posted: 07 Mar 2011 02:45 PM PST

Wilayah

Oleh Mahani Ishak
bhjb@bharian.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci bersama tiga anaknya mengharungi kehidupan harian penuh kesempitan dekat Kampung Tarom di pinggir bandar raya ini, apabila hanya mampu menyewa bahagian kolong sebuah rumah uzur berlantaikan simen sebagai tempat berlindung sejak lima tahun lalu. Kolong rumah seluas kira-kira 100 kaki persegi dengan hanya satu lampu itu disewa tukang cuci yang ditinggalkan suami secara gantung tak bertali, Wan Sharifah Hanam Wan Mohd Shariff, 44, pada kadar RM250 sebulan daripada seorang warga Indonesia. Meskipun sempit, namun kolong itulah yang menjadi ruang untuk tiga beranak itu, Intan Zaharah Mohd Jailani, 17, Mohd Amirul Izani, 14, dan Intan Norzubaidah, 13, tidur dan makan serta belajar setiap hari, sementara Wan Sharifah Hanam memasak menggunakan dapur yang diletak di belakang rumah itu bertemankan lilin.

Wan Sharifah Hanam berkata, beliau membawa anak-anaknya lari daripada suaminya sejak tujuh tahun lalu sebelum mencari pekerjaan sebagai tukang cuci untuk menyara kehidupan kerana tidak tahan dengan penderaan mental dan fizikal yang dialaminya.

"Suami bukan saja penagih dadah, tetapi kerap membawa rakan penagih lain ke rumah lama kami ketika tinggal di Batu 10, Skudai untuk menagih, selain bersikap panas baran termasuk pernah membalingkan ikan mentah ke muka saya berikutan lambat memasak untuk rakannya.

"Keperitan hidup saya dan anak-anak berterusan, apabila keluarga di Terengganu meminggirkan kami kerana malu dengan pekerjaan saya sebagai tukang cuci, berikutan enam adik beradik lain mempunyai pekerjaan baik termasuk seorang berkelulusan luar negara," katanya ketika ditemui media dekat rumahnya, semalam.
Terdahulu, keluarga malang itu menerima kunjungan rombongan kakitangan Maybank Cawangan Jalan Segget diketuai Pengurus Cawangannya, Ismail Ahmad, yang menyampaikan sumbangan tanda simpati menerusi Program Cahaya Kasih yang dianjurkan mereka.

Wan Sharifah Hanam yang menerima gaji RM500 sebulan sebagai tukang cuci dengan sebuah syarikat swasta, berkata meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kesempitan, setakat ini beliau hanya mendapat bantuan daripada Baitulmal.

Katanya, kekangan kewangan dengan kos sara hidup harian yang tinggi termasuk menampung keperluan persekolahan tiga anaknya yang sedang belajar di sekolah menengah, menyebabkan mereka terpaksa bertahan tinggal di bawah kolong terbabit.

"Selain sewa rumah RM250 sebulan, saya menanggung RM150 sebagai tambang bas anak-anak ke sekolah. Bagi yuran persekolahan, ada guru yang bersimpati membayar bagi pihak seorang daripada anak saya, manakala dua lagi mendapat simpati kakitangan Maybank.

"Meskipun Intan Zaharah berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, saya tidak mampu menghantarnya mengikuti sebarang kelas tambahan kerana tidak mampu membiayai yurannya, cuma berharap dia dapat beri tumpuan di sekolah sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, kedaifan hidup keluarga terbabit menarik perhatian kakitangannya yang berusaha mengumpul dana sebelum tampil menghulurkan sumbangan itu sebagai tanda simpati.

"Bagi pihak kakitangan Maybank Jalan Segget, kami sudah dua kali menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan asas bagi meringankan beban mereka iaitu pada November lalu dan hari ini.

"Kami berharap pemimpin tempatan yang prihatin terhadap kesempitan hidup keluarga ini dapat membantu mereka mendapatkan kemudahan rumah sebagai tempat tinggal lebih baik demi keselesaan dan keselamatan anak gadisnya yang sedang meningkat dewasa," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 07 Mar 2011 11:38 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Samun treler: Pemandu lori parah ditetak

Posted:

Samun treler: Pemandu lori parah ditetak

Samun treler: Pemandu lori parah ditetak

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kejadian pemandu lori diculik dan disamun semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Pada Jumaat lalu, dua pemandu lori dilaporkan menjadi mangsa samun dan culik sekumpulan lelaki di Bandar Baru Bangi dan di Pekan Batu Gajah, Perak.

Namun, kedua-dua mangsa bernasib baik apabila dibebaskan selain tidak mengalami kecederaan selepas disamun.

Semalam, seorang lagi pemandu lori mengalami nasib yang sama tetapi kali ini, mangsa cedera parah selepas ditikam di perut dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika mangsa, Lee Kuan Hee, 47, memandu treler jenis Scania membawa muatan besi dari Kuantan, Pahang menghala ke ibu negara.

Beliau berkata, setibanya di Kilometer 29.5, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur, dua lelaki bertopeng bertindak menghalang kenderaan mangsa dan menyamunnya.

"Selepas menikam mangsa, penjenayah itu bertindak melarikan diri bersama telefon bimbit dan treler berisi muatan besi sepanjang 12 meter bernilai RM200,000.

"Besi yang diikat dalam beberapa ikatan itu adalah milik projek Kuala Lumpur Sentral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, Kuan Hee yang dicampak di tepi lebuh raya bernasib baik apabila ditemui oleh pemandu lain yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak lama selepas itu.

Pengguna lebuh raya terbabit kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar oleh ambulans ke Hospital Selayang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu tunggal nyaris ditembak

Posted:

Ibu tunggal nyaris ditembak

Ibu tunggal nyaris ditembak

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 7 Mac – Seorang ibu tunggal melalui saat-saat mencemaskan apabila dia nyaris ditembak ketika melarikan diri daripada seorang penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Taman Sinaran, Kuala Kedah di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi, mangsa, Low Sew Kiow , 45, bertindak nekad melepaskan diri daripada penjenayah tersebut yang cuba menculiknya ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Sew Kiow berkata, penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pistol itu dikatakan tidak berpuas hati setelah gagal mendapat wang yang banyak ketika menyamun rumahnya.

"Saya dan keluarga diacu dengan pistol. Akibat takut, saya kemudian mengajak penyamun itu ke bank untuk mengeluarkan wang dan terus bergegas ke tingkat bawah.

"Saya kemudian menekan butang pintu pagar automatik sebelum berlari ke luar pagar dan menahan sebuah bas sekolah yang kebetulan melalui jalan di depan rumah. Penyamun yang panik melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, dia kemudian meminta pemandu bas memberhentikan kenderaannya kira-kira 100 meter dari rumah sebelum berpatah balik ke rumah.

Bercerita lanjut, kata Sew Kiow, dia sedang tidur di bilik utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu bersama seorang anak perempuan berusia 20 tahun serta seorang anak lelaki berumur 11 tahun ketika kejadian.

"Saya dikejutkan dengan bunyi bising. Tiba-tiba muncul seorang lelaki bertopeng, berbaju gelap dan berseluar jean mengacukan pistol," katanya.

Tambahnya, semasa kejadian seorang lagi anaknya berusia 16 tahun berada di ruang tamu mengulang kaji pelajaran manakala pembantu rumahnya mengelap lantai dengan pintu rumah terbuka sementara pintu pagar tertutup.

"Seorang lagi anak lelaki saya berusia 22 tahun tidur di bilik berasingan. Penyamun ini dipercayai memanjat pagar rumah sebelum memasuki rumah.

"Dia kemudian mengarahkan kami semua masuk ke bilik utama sebelum mengunci kami dari luar dan menyelongkar rumah," katanya.

Sew Kiow memberitahu, berikutan kejadian itu, dia kehilangan empat unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah ratusan ringgit dan kamera digital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzman Mohd. Jan berkata, polis sedang memburu penjenayah terbabit.

"Kesemua mangsa selamat tanpa sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 kerana melepaskan tembakan semasa melakukan samun," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bersikap lebih berhati-hati walaupun berada di rumah dan jangan memberi peluang kepada penjenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 07 Mar 2011 11:09 PM PST

Berita Harian: Nasional


Sokongan rakyat makin kukuh

Posted: 07 Mar 2011 02:57 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau kelmarin, menunjukkan aliran sokongan rakyat yang semakin kukuh serta meningkat terhadap BN, termasuk daripada pengundi bukan Melayu.

Kayu bakau bernilai RM16j lesap dari hutan simpan

Posted: 07 Mar 2011 02:55 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KLANG: Kegiatan mencuri kayu bakau di Sungai Dua dan Sungai Tiga, di Hutan Simpan Pulau Ketam, dekat sini, menyebabkan negara kerugian hampir RM16 juta sejak Julai tahun lalu, manakala setakat Mac tahun ini saja nilai kerugian dianggar melebihi RM6 juta.

Utusan Online - Politik

Posted: 07 Mar 2011 11:07 PM PST

Utusan Online - Politik


Pas dalam keadaan tertekan

Posted:

Pas dalam keadaan tertekan

Pas dalam keadaan tertekan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas kini berada dalam keadaan tertekan selepas parti itu kalah empat kali berturut-turut kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya kecil, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, tekanan tersebut makin terserlah apabila isu agama yang cuba dipolitikkan Pas tidak lagi diterima rakyat dan buktinya, BN menyapu bersih semua saluran pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

"Saya nampak Pas dalam keadaan tertekan sekarang ini. Pertamanya, apa jua isu agama yang hendak dibangkitkan oleh mereka tidak diterima oleh rakyat.

"Di samping itu, hubungan mereka dengan DAP yang terlalu selesa juga dipandang dengan rasa curiga terutama sekali, oleh orang Melayu," katanya kepada pemberita di Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas kemenangan bergaya BN di Merlimau dan Kerdau meskipun, Pas terutama melalui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terus memperalatkan isu agama bagi meraih sokongan pengundi Melayu.

Nik Abdul Aziz baru-baru ini menegaskan bahawa, Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana dakwanya, perbuatan itu sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Malah, Mursyidul Am Pas itu berkata, golongan mufti yang tidak bersetuju dengan amalan Pas tidak layak untuk mengeluarkan fatwa di Malaysia sebaliknya, hanya hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

Ia susulan kepada 'fatwa politiknya' sebelum ini, iaitu semasa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang bahawa, pengundi yang tidak menyokong perjuangan Pas merupakan golongan jahiliah.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Pas juga semakin tertekan kerana orang ramai sudah tidak lagi yakin kepada kerjasama rapuh di antara parti pembangkang, ekoran terdapat percanggahan pendirian antara mereka.

"Kerjasama antara parti pembangkang ini hanya bersifat luaran sahaja dan tidak berasaskan kepada pendirian hakiki yang boleh memberi keyakinan kepada pengundi.

"Ini menunjukkan bahawa hubungan dalam pakatan pembangkang bukan merupakan satu bentuk kerjasama yang kukuh tetapi rapuh, kerana wujud percanggahan pendirian parti masing-masing," katanya.

Sementara itu Najib percaya, kekalahan Pas di Merlimau dan Kerdau antara lain disebabkan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti kepada parti tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau sendiri mendapat maklumat bahawa jentera pilihan raya Pas memang tidak senang dengan kehadiran ketua pembangkang itu bagi membantu menjayakan kempen di Merlimau dan Kerdau.

Malah, kata beliau lagi, faktor Anwar yang dianggap sebagai liabiliti kepada Pas turut disokong dengan kewujudan mesej daripada pihak-pihak tertentu yang meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya jangan berkempen.

"Saya dengar Pas pun tidak berapa senang hati kalau dia timbul (berkempen) waktu pilihan raya kecil. Malah, ada juga pihak yang menyampaikan mesej supaya dia tidak datang waktu pilihan raya kecil sedang berlangsung.

"Itu nampaknya, sudah timbul rasa tidak yakin antara satu sama lain sesama komponen pembangkang," katanya.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pihak tertentu yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter meminta Anwar supaya jangan berkempen di Kerdau membuktikan Ketua Pembangkang itu liabiliti kepada Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Faktor calon antara ramuan kejayaan

Posted:

Faktor calon antara ramuan kejayaan

Faktor calon antara ramuan kejayaan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prinsip pemilihan calon yang boleh menang adalah antara ramuan kejayaan Barisan Nasional (BN) menewaskan pihak pembangkang di dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak kebekangan ini.

Justeru Perdana Menteri berkata, prinsip itu akan dijadikan kriteria utama bagi BN kerana pemilihan calon yang tepat merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan kemenangan pada setiap pilihan raya.

Selain itu beliau berkata, kemantapan jentera pilihan raya sama ada di peringkat parti komponen mahu pun sayap parti juga merupakan penyumbang kepada kejayaan BN dan yang terbaru di Merlimau dan Kerdau.

''Selain daripada jentera kita apa yang selalu saya tekankan ialah calon yang boleh menang. Kita memegang kuat kriteria ini.

''Oleh itu sebelum pemilihan calon dimuktamadkan saya akan berunding dengan (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar yang terlibat dan prinsip ini menjadi keutamaan kepada kita," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Yang Kedua Belas 2011 di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada faktor calon menjadi faktor utama kemenangan BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini.

Untuk rekod kejayaan BN di Merlimau dan Kerdau semalam adalah kemenangan lima kali berturut-turut selepas Parlimen Batu Sapi (November 2010), Galas (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Sebelum ini Najib semasa diadakan konvensyen BN di Wisma MCA Disember lalu memberi jaminan bahawa pemilihan calon-calon BN terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah berdasarkan pilihan serta kehendak rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 07 Mar 2011 11:04 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Kisah pencinta bahasa al-Quran

Posted:

Kisah pencinta bahasa al-Quran

Kisah pencinta bahasa al-Quran

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



ENAM tahun lalu, Muhammad Jais Mariapan Muniandy Abdullah, 31, pernah ditertawa dan diperlekeh oleh warga Yemen. Padahal kunjungannya ke negara tersebut membawa harapan yang tinggi iaitu mahu melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Pengajian Islam dan Adab di Universiti Sains dan Teknologi Sana'a, Yemen.

Boleh dikatakan saban hari ada saja kata-kata perlian yang singgah ke telinga anak kelapan daripada sembilan orang adik-beradik itu. Pada mulanya, dia menganggap gurauan kasar tersebut sebagai salam perkenalan daripada masyarakat tempatan. Sebaliknya, kata-kata perlian itu memang disengajakan semata-mata mahu mengenakan pemuda yang mesra disapa Jais itu.

"Sebabnya? Kerana saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Arab. Orang Yemen terlalu menyanjungi dan memartabatkan bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa ibunda.

"Jadi sebab itulah mereka mahu sesiapa saja yang mengunjungi negara mereka baik untuk melancong, bekerja atau belajar perlu tahu serba sedikit bahasa berkenaan," jelas Jais yang hanya fasih bertutur dalam bahasa Tamil, Melayu dan Inggeris.

Memeluk Islam secara rasminya pada 3 Julai 1998, Jais mengakui dia tidak pernah didedahkan apatah lagi mempunyai kecenderungan mempelajari bahasa Arab. Sewaktu menuntut di pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan, proses pembelajarannya lebih fokus pada kelas fardu ain, mengaji al-Quran dan belajar menulis serta membaca jawi.

Enggan membiarkan dirinya terus dipersenda, anak kelahiran Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor itu mengambil inisiatif menetap di Pusat Bahasa Arab berhampiran universitinya selama dua tahun.

Dalam tempoh tiga bulan Jais menumpukan sepenuh perhatian pada kelas bahasa Arab kendalian tenaga pengajar di pusat itu dan rakan-rakan yang fasih berbahasa Arab. Tidak hanya bergantung kepada kuliah, Jais turut menghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca buku bahasa Arab.

Berusaha menghafal


DARI kiri: Naimah Abd. Rahman, Soon Yen, ibu Soon Yen, Soo Ah Khem dan adik Soo Yen, Soo May.


"Saya berusaha menghafal bermacam-macam perkataan dalam bahasa Arab. Ini termasuklah melakukan latihan menulis ayat dan bertutur dalam bahasa Arab dengan rakan-rakan.

"Bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab saya, buat sementara waktu saya mengelakkan diri berkawan atau bertemu rakan-rakan dari Malaysia kerana tidak mahu terdedah pada bahasa Melayu," jelas Jais yang sehingga kini tidak dapat melupakan kaedah yang dilakukan rakan-rakannya supaya dia dapat menguasai bahasa Arab dengan baik.

Tambah mualaf yang baru mendirikan rumah tangga pada tahun lalu: "Hampir dua tahun rutin harian saya diisi dengan kuliah, proses mengulangkaji dan mendalami bahasa Arab. Jadi, suatu hari rakan-rakan membawa saya ke pasar, bukan untuk membeli barang tetapi untuk belajar bahasa Arab.

"Kata mereka pasar antara kelas yang paling ideal untuk saya berkomunikasi dengan struktur ayat yang betul. Menerusi proses jual dan beli kita dapat memperbaiki kelemahan ayat. Pada mulanya, memang kekok dan tunggang terbalik bahasa Arab saya, tetapi bersyukur kerana para penjual tidak lokek berkongsi ilmu dengan membetulkan susunan ayat saya.

Memahami al-Quran

Tahun ini genap tiga tahun, Jais menguasai bahasa Arab. Dia berharap supaya umat Islam khususnya dapat menguasai bahasa ini agar dapat memahami dengan lebih jelas ayat al-Quran dan hadis, memandangkan kedua-dua sumber rujukan Islam itu hadir dalam bahasa Arab.

"Kebaikan mendalami bahasa Arab memberi keinsafan kepada saya setiap kali membaca al-Quran, ketika menunaikan solat dan doa-doa yang dibaca setiap hari. Saya dapat memahami makna ayat-ayat surah yang dibaca. Lagipun ia merupakan bahasa pertuturan nabi Muhammad S.A.W dan bahasa syurga.

"Bagi saya bahasa Arab dianggap bahasa global selepas bahasa Inggeris. Lihat saja situasi penggunaan bahasa tersebut pada hari ini. Ia bukan sahaja dipraktikkan di kalangan orang Arab dan Muslim malah bahasa Arab berjaya memikat masyarakat di seantero dunia tanpa mengira agama dan bangsa untuk mendalami dan mempelajarinya," tutur Jais ketika ditemui Kosmo! di pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Wee Soo Yen, 16, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan antara individu yang berjaya membuktikan masyarakat Cina juga mampu menguasai bahasa Arab dengan baik. Meskipun menyedari dalam budaya Cina sendiri mempunyai pelbagai cabang bahasa seperti Mandarin, Kantonis, Hokkien atau Teo Chew yang boleh dipelajari, namun remaja yang gemar tersenyum itu lebih tertarik pada bahasa Arab.

Kesungguhannya mempelajari bahasa Arab dalam tempoh dua tahun tanpa jemu telah membawanya pada puncak kejayaan yang mengagumkan banyak pihak. Pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, Soo Yen mencatatkan keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuklah Bahasa Arab.

Calon tunggal


SOON YEN (tengah) bersama rakan-rakannya mempelajari bahasa Arab dengan bimbingan guru Naimah Abd. Rahman.


Lebih membanggakan, anak sulung daripada dua orang adik-beradik itu merupakan calon tunggal bukan Melayu di Kelantan yang menduduki peperiksaan kertas Bahasa Arab Komunikasi, sekali gus melayakkan Soo Yen menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011.

"Bersyukur dengan nikmat yang dikecapi. Saya tidak menyangka sama sekali bakal memperoleh keputusan A dalam subjek bahasa Arab, memandangkan ia antara bahasa asing bagi saya yang berketurunan Cina. Pada mulanya, saya pun ragu-ragu untuk belajar bahasa ini tetapi kerana terlalu mencintai pelbagai bahasa maka saya nekad.

"Lagipun saya sudah mengusai bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Hokkien, Mandarin dan Kantonis dengan baik. Jadi, apa salahnya saya mempelajari bahasa Arab pula," jelas Soo Yen yang kini mula berjinak-jinak belajar bahasa Korea menerusi Internet.

Menyorot kisahnya mendalami bahasa Arab, semuanya tercetus ketika dia belajar di Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Pada waktu itu penggemar sambal belacan itu seronok melihat teletah rakan-rakan Melayunya mengikuti mata pelajaran Jawi di dalam kelas.

Keseronokan tersebut secara tidak langsung mendorongnya untuk mendalami subjek yang sama. Lagipun tulisan jawi digunakan secara meluas di negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada peringkat permulaan, dia diperkenalkan dengan abjad-abjad jawi sebelum beralih pada proses menulis dan kaedah membaca ayat jawi.

"Namun saya berpeluang mempelajari subjek Jawi sehingga darjah dua saja. Walaupun sedih kerana tidak dapat meneruskan mata pelajaran Jawi tetapi kekecewaan itu terubat apabila memasuki sekolah menengah. Sebaik mengetahui pihak sekolah menawarkan subjek bahasa Arab untuk calon- calon PMR, saya menyampaikan hasrat untuk mendalami bahasa berkenaan kepada ustazah.

"Nasib baik saya mempunyai asas menulis dan mengenal huruf jawi, jadi ia memudahkan saya untuk menulis perkataan dan menulis ayat dalam bahasa Arab. Tetapi kesukaran belajar Arab ini sebenarnya terletak pada aspek tatabahasa dan proses menghafal.

Bayangkan, saya perlu menghafal banyak perkara seperti benda, hidupan, makanan, kata hubung dan kata kerja dalam bahasa Arab," jelas Soo Yen ketika ditemui Kosmo! di Putrajaya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, bagi menguasai bahasa Arab pada tahap yang lebih baik, anak kepada pasangan Wee Hock Lim dan Soo Ah Khem itu memperuntukkan masa selama dua jam setiap hari untuk proses menghafal dan berlatih menulis bahasa Arab.

Bagi mengelakkan perkataan yang dihafalnya sentiasa tersemat dalam memori, dia kerap mencatat dalam sebuah buku nota kecil. Pada masa yang sama, Soo Yen merujuk pada buku teks dan kamus Oxford bahasa Arab yang dibelinya.

"Bahasa Arab memang sukar untuk dikuasai tanpa latihan hafalan, tulisan dan komunikasi yang secukupnya. Sebab itu, di sekolah saya mengambil kesempatan berbahasa Arab bersama kawan-kawan dan ustazah. Itu saja cara yang sesuai kerana di rumah saya dan keluarga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Hokkien," tutur gadis manis itu yang menyifatkan keistimewaan bahasa Arab terletak pada keunikan sebutan, penyusunan kata dan ayatnya.

Latihan komprehensif


JAIS menajamkan kemahirannya dalam bahasa Arab dengan banyak bertutur bahasa tersebut.


Dalam pada itu guru Bahasa Arab di SMK Bachok, Romahani Daud, 40, memuji keberanian Soo Yen belajar dan menduduki peperiksaan PMR untuk subjek bahasa Arab. Biarpun terpaksa bersaing dengan rakan sekelas yang majoritinya berketurunan Melayu dan terbiasa pada bahasa Arab dan tulisan jawi sejak kecil, tetapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Soo Yen.

"Soo Yen merupakan pelajar yang paling menonjol di dalam kelas sehinggakan dia sentiasa menjadi rujukan rakan-rakannya yang lain. Resipi kejayaannya terletak pada kesungguhan dan sikapnya yang tidak malu bertanya. Kadangkala tanpa perlu dipanggil dia sendiri datang berjumpa kami untuk bertanya soalan.

"Pretasi pelajar bahasa Arabnya sebelum ini tidaklah begitu memberangsangkan. Dia pernah memperoleh 60 peratus dan kemudian meningkat sehingga 70 peratus. Pihak sekolah yakin Soo Yen mampu mencapai kejayaan cemerlang selepas dia mencatat gred A dalam percubaan PMR," jelas ibu kepada lima orang cahaya mata itu.

Tambah Romahani yang telah berkhidmat selama empat tahun di sekolah berkenaan, sesiapa pun berpeluang mempelajari bahasa Arab mahupun bahasa-bahasa lain. Asalkan mereka rajin membaca dan faham setiap perkataan yang dipelajari.

Mengubah persepsi masyarakat

Menyentuh mengenai bangsa asing terutamanya bukan Muslim yang mempelajari bahasa Arab, guru bahasa Arab Naimah Ab. Rahman, 50, ia satu petanda positif yang perlu diteruskan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Situasi ini membuktikan bahawa pengetahuan bahasa Arab juga ada keunikan dan kepentingan tersendiri.

"Terlalu banyak kelebihan mendalami bahasa syurga ini terutamanya buat golongan pelajar, ahli korporat dan golongan profesional. Seperti yang kita sedia maklum sesiapa yang memohon belajar di Asia Barat salah satu kriterianya perlu mahir berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Arab.

"Selain itu, ia memudahkan ahli perniagaan yang ingin menjalankan urusan niaga di negara Asia Barat. Malangnya, ramai di kalangan kita memandang enteng pada penguasaan bahasa Arab. Mereka anggap ia sukar untuk dipelajari sedangkan para pelajar akan diajar dengan teknik-teknik yang betul.

"Sebagai tenaga pengajar bahasa Arab, saya berharap agar pihak bertanggungjawab mengadakan kempen untuk mempromosikan keistimewaan dan kepentingan bahasa Arab," tutur graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan bahasa Arab itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuah nasi goreng Nanyang Love

Posted:

Tuah nasi goreng Nanyang Love

Tuah nasi goreng Nanyang Love

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


MENU nasi goreng dipilih kerana ia menjadi menu sinonim dengan rakyat negara ini. KELIMA-LIMA pemenang diapit oleh Chef Ismail (kiri) dan Terence (kanan) selepas berakhirnya pertandingan Cook Like a Chef.


USAHA meneroka resipi nasi goreng Nanyang Love dalam tempoh hampir sebulan tidak sia-sia selepas seorang suri rumah dari Kuala Lumpur, Low Kim Choo, 50, dinobat selaku juara pertandingan memasak Cook Like a Chef anjuran Scott.

Sebelum ini, Kim Choo pernah menyertai sebuah pertandingan memasak pada tahun lalu, tetapi gagal untuk bergelar juara.

"Ini kali kedua saya menyertai pertandingan memasak. Kemenangan ini membuatkan saya sangat gembira dan usaha saya mencari resipi selama sebulan amat berbaloi.

"Menu nasi goreng yang menggunakan udang, daun limau purut, cili merah, serai dan juga cili padi itu merupakan hasil ciptaan saya dengan dibantu oleh kedua-dua anak saya," sambil memberitahu keistimewaan resipinya adalah dengan mencampurkan ikan kering dan udang kering untuk menambahkan lagi keenakannya.

Sementara itu, pengalaman menyertai pertandingan memasak sejak tahun 1980 menjadikan Maizum Ibrahim, 62, tidak langsung terkesan dengan keputusan juri yang menabalkannya selaku naib juara.

Menurutnya, pertandingan memasak Cook Like a Chef anjuran Scott itu merupakan penyertaannya yang entah kali ke berapa dan dia memang gemar menyertai pertandingan memasak.

"Saya tidak boleh ingat ini adalah penyertaan saya untuk kali yang ke berapa, tetapi banyak kali jugalah. Saya memang suka memasak dan mencipta resipi baru.

"Pada saya, salah satu cara isteri hendak memikat hati suami adalah melalui air tangan yang dihidangkan," katanya yang dipilih menerusi menu nasi goreng yang diberi nama nasi goreng Rampai Sari Scott.

Selain memasak, ibu kepada empat orang anak dari Pulau Pinang itu turut gemar membuat kek sehingga menawarkan perkhidmatan tempahan kepada yang berminat.

Pertandingan tersebut bermula sejak Ogos tahun lalu dan acara kemuncaknya diadakan di Restoran Rebung, Bangsar baru-baru ini.

Resipi asli

Menurut Pengurus Pemasaran Penjagaan Keluarga Kimberly-Clark Malaysia, Terence Fu, beliau gembira kerana usaha mempelawa masyarakat mencipta masakan yang asli dan menyelerakan ternyata tidak sia-sia apabila mendapat sambutan menggalakkan.

"Disebabkan terlalu banyak penyertaan, kami mengalami kesukaran untuk memilih resipi yang kreatif. Bagaimanapun kami terpaksa memilih lima resipi terbaik untuk peringkat akhir," katanya yang berperanan sebagai salah seorang daripada tiga juri.

Dua juri yang turut terlibat ialah chef selebriti, Datuk Ismail Ahmad dan Chef Normah Mustafa yang sudah 20 tahun berpengalaman dalam bidang masakan.

Dalam pada itu menurut Ismail, nasi goreng dipilih kerana ia merupakan sajian yang sebati dengan jiwa selera masyarakat.

"Lihat sahaja nasi goreng Cina, nasi goreng kampung, nasi goreng belacan dan pelbagai lagi jenis nasi goreng semuanya berasaskan nasi, sebab itulah saya pilih menu itu.

"Saya puas berhati dengan kelima-lima sajian. Apa yang mempengaruhi keputusan juri adalah persembahan peserta itu sendiri agar tidak panik dan sentiasa tersenyum.

"Selain itu, pemilihan bahan, ketepatan penggunaan bahan dan keseimbangan diet turut diambil kira," katanya.

Sementara itu, mengisi kedudukan ketiga hingga kelima ialah Ho Siew lan (nasi goreng Telur Asin), Kalsom Zainudin (nasi goreng Seri Kemangi) dan Sharifah Mariam Syed Shafie (nasi goreng Berulam Istimewa Scott).

Juara membawa pulang topi chef eksklusif Scott, selendang juara, barangan memasak elektrik, produk tisu dapur Scott bernilai RM1,000 dan peluang makan malam dan berkongsi tip masakan bersama Ismail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 07 Mar 2011 08:03 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


Darren mohon maaf, kes saman pikat Daphne selesai

Posted:

Darren mohon maaf, kes saman pikat Daphne selesai

Darren mohon maaf, kes saman pikat Daphne selesai

KUALA LUMPUR 7 Mac - Perbicaraan kes saman pikat model dan pengacara Daphne Iking menemui penghujungnya, setelah ahli perniagaan, Darren Choy Khin Ming, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas suami wanita tersebut hari ini.

Darren yang menghadapi saman peribadi tersebut yang dikemukakan oleh plaintif, Ryan Chong Yiing Yih, berbuat demikian di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, Darren selaku defendan yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh memulakan prosiding dengan membaca enam perenggan surat permohonan maaf ahli perniagaan tersebut.

Darren dalam surat itu menafikan bahawa dia, bapa kandung kepada anak perempuan Daphne, Isobel Daniella Iking Chong, yang berusia dua tahun.

Penafian tersebut ekoran dakwaan Ryan dalam keterangannya pada 17 Disember tahun lalu, yang memberitahu bahawa Isobel bukan anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan Daphne.

Selain itu, Darren meminta maaf kerana hubungan sulitnya dengan Daphne telah menyebabkan Ryan dan seluruh keluarganya berasa malu dan terhina.

Ahli perniagaan tersebut turut memohon maaf kerana hubungannya dengan model tersebut telah mendorong saman oleh Ryan terhadapnya di mahkamah.

Darren menyesal kerana sewaktu pemeriksaan balas oleh dua peguam yang mewakilinya terhadap Ryan, isu-isu yang dibangkitkan di dalam prosiding itu menyebabkan kesan yang buruk terhadap plaintif itu dan seluruh ahli keluarganya.

''Secara ikhlas, saya meminta maaf kepada Ryan, ibu bapanya dan seluruh ahli keluarganya," kata Jagjit yang mewakili Darren membacakan surat tersebut.

Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan, kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya tidak berhasrat meneruskan saman tersebut terhadap Darren.

''Mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, saya memohon kes ini ditarik balik,'' kata Kian Kheong.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, yang mendengar prosiding tersebut membenarkan permohonan Kian Kheong dan membebaskan Darren daripada tuduhan tersebut.

''Perkara seperti ini yang mahkamah harapkan kerana kes diselesaikan tanpa perbicaraan.

''Saya terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang berkerjasama sepanjang prosiding berlangsung,'' ujar majistret tersebut.

Ryan dilihat menghadiri prosiding itu berseorangan.

Darren juga diwakili peguam Akbardin Abdul Kader.

Ryan, 32, mengemukakan saman terhadap Darren, 46, kerana didakwa memikat atau membawa pergi Daphne, 32, yang ketika itu masih isterinya.

Darren didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah di sebuah rumah yang beralamat di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Dia dipercayai individu pertama didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya

Darren yang ditemui pemberita di luar mahkamah, memberitahu, kes tersebut berjaya diselesaikan dengan situasi menang-menang antara pihaknya dan Ryan.

''Yang paling penting, kes itu juga berjaya diselesaikan kerana tidak wujud perasaan perselisihan faham antara dua-dua pihak,'' jelas Darren.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada muslihat, ugutan - Peguam Cara

Posted:

Tiada muslihat, ugutan - Peguam Cara

Tiada muslihat, ugutan - Peguam Cara

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim melihat dokumen yang ditunjukkan Peguambelanya, Sankara Nair di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Mac - Tiada muslihat, tiada ugutan, tiada pujukan dan tiada perjanjian.

Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa barang-barang kes yang dipertikaikan iaitu tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi kecil warna putih dan botol plastik minuman jenama 'Cactus' diperoleh dengan cara yang salah.

Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk mahkamah menggunakan budi bicara untuk mengetepikan barang-barang kes tersebut kerana tiada sebarang unsur yang salah digunakan oleh pihak berkuasa dalam memperolehi barang-barang bukti itu.

Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada inti pati hujah balas selama hampir tiga jam oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden di akhir bicara dalam perbicaraan (TWT) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Prosiding TWT diadakan selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan pasukan pembelaan bahawa wujud pertikaian berhubung barang-barang itu yang dikemukakan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kesemua barang tersebut dirampas dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, Mohd. Yusof menyatakan, pihak pembelaan gagal membuktikan asas dakwaan mereka bahawa barang-barang tersebut diperolehi dengan cara yang tidak betul kerana sepanjang TWT, pembelaan gagal menunjukkan secara imbangan kebarangkalian bahawa tangkapan yang dibuat pada 16 Julai 2008 adalah salah.

Jelasnya, Anwar tidak pernah menafikan kewujudan waran tangkap walaupun tidak dapat mengingati apakah dokumen yang ditandatanganinya di IPK tersebut pada tarikh tangkapan.

Bagaimanapun, keterangan pegawai tangkapan, Supritendan Ahmad Taufik Abdullah Jumaat lalu menyatakan, waran tangkap telah dikemukakan kepada tertuduh pada tarikh tersebut di IPK dan Anwar telah menandatanganinya.

"Ahmad Taufik bukanlah seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kes ini malah dia juga bukanlah seorang saksi dalam perbicaraan yang sebenar, sekiranya benar alasan tangkapan tidak diberikan, peguam-peguam Anwar dan beliau sendiri akan membuat bising dari mula tangkapan dan ia akan dapat dilihat dalam media,'' katanya.

Selain itu, Ahmad Taufik bukan sahaja mempunyai kuasa untuk menahan Anwar tanpa waran tetapi beliau mempunyai tanggungjawab untuk melakukan demikian.

Mohd. Yusof dalam hujahnya turut menyatakan, pengumpulan barang-barang kes itu dari lokap D9 tidak mempunyai kaitan dengan tangkapan tersebut malah Anwar tidak pernah ditipu, dipujuk atau diugut agar menggunakan tuala, berus gigi dan botol minuman itu.

Anwar juga mengetepikan haknya ke atas barang-barang kes itu apabila dia meninggalkan barang-barang itu di lokap terbabit.

Oleh yang demikian, adalah tidak wajar bagi mahkamah untuk mengetepikan barang-barang kes itu kerana tiada sebarang unsur penipuan, ugutan, pujukan atau janji digunakan dalam mendapatkan bukti tersebut.

Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa penahanan itu salah, mahkamah masih tidak boleh mengetepikan barang-barang itu kerana ia sangat relevan dengan kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Oleh itu, saya mohon agar permohonan barisan pembelaan ditolak dan pihak pendakwaan dibenarkan untuk memanggil semula Amidon Anan (bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman) dan Nor Aidora Saedon (Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia) untuk mengemukakan barang kes,'' katanya.

Karpal akan menjawab hujahan tersebut esok.

Pada prosiding hari ini, kira-kira pukul 11.46 pagi, galeri awam Mahkamah Tinggi yang mendengar hujahan tersebut tiba-tiba bertukar menjadi mini Parlimen.

Ia berikutan kehadiran beberapa ahli Parlimen dari parti pembangkang yang lengkap berpakaian rasmi Parlimen selepas tamat perasmian pembukaan penggal keempat persidangan Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuf (Balik Pulau), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) dan William Leong (Selayang).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 07 Mar 2011 07:09 PM PST

Utusan Online - Pahang


Gendang Pahang penyeri majlis

Posted:

Gendang Pahang penyeri majlis

Gendang Pahang penyeri majlis

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


KUMPULAN gendang tetawak Kampung Bukit Betong mengiringi persembahan silat sempena Festival Kebudayaan dan Kesenian di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 7 Mac – Gendang Pahang atau dikenali sebagai gendang tetawak diperkenalkan seorang pemimpin tempatan, Datuk Perba Jelai dan dimainkan oleh penduduk di sepanjang Sungai Jelai dan Sungai Pahang di sini.

Seni warisan itu turut menerima pengaruh Islam kerana irama lagu yang digubah merupakan gandingan peralatan yang dibawa dari Asia Barat.

Bagaimanapun, alat muzik tersebut hanya dimainkan golongan warga emas dan segelintir belia berikutan kehadiran muzik moden yang lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Gendang tetawak dan kombinasi dengan peralatan muzik lain sering dimainkan bagi memeriahkan majlis keramaian, perkahwinan, majlis rasmi, mengiringi tarian tradisional Melayu, silat dan mengiringi pembesar negeri.

Peralatan muzik itu agak berbeza dengan gendang dari negeri lain kerana ia tidak diiringi serunai malah, menggunakan tiga alat muzik lain iaitu gendang ibu, gendang anak dan gong.

Seorang penggiat gendang tetawak, Ismail Mahmud, 80, berkata, persembahan gendang tetawak membabitkan gendang sama deras, gendang sama dua, tupai berkendak, gobik teba dan gendang ketimbong janda.

Menurutnya, peralatan muzik itu sedap didengar menerusi paluan gendang tetawak dengan diiringi gendang janda mengerat kayu api, gendang kambing berlaga, gendang raja berangkak dan gendang tari piring.

"Gendang tersebut dimainkan orang lelaki atau wanita pada zaman dahulu malah, dikatakan setiap kampung di negeri ini mempunyai pasukan gendang tetawak masing-masing.

"Namun, gendang Pahang mempunyai lagunya tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Irama itu dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang belia dari Kampung Jeram Landak, Mohd. Hafizi Talib, 21, merupakan antara generasi muda yang melibatkan diri dalam permainan alat tradisional itu.

Katanya, dia mula berjinak-jinak dengan ilmu persilatan dan peralatan muzik tradisional sejak usia 12 tahun lagi.

Katanya, ketika itu dia berlatih bersama penggiat seni dari kampungnya terdiri daripada warga emas yang bermain alat muzik tersebut.

''Oleh kerana minat dengan pencak silat dan bermain alat muzik berkenaan, saya sanggup berjaga hingga larut malam dengan melihat warga emas dan belia berlatih bermain peralatan muzik itu di kampung ini," katanya.

Menurutnya, apabila berusia 16 tahun, minat dan bakatnya dikesan oleh tokoh penggiat seni Kampung Jeram Landak, Ramli Embok, 70, lalu mengajarnya mengenai ilmu persilatan dan bermain gendang tetawak.

Katanya, setelah tiga tahun mempelajarinya bersama ahli Kumpulan Kesenian Kampung Jeram Landak, dia diberi kepercayaan mengadakan persembahan pada majlis keramaian tertentu.

Mohd. Hafizi yang merupakan bekas pelatih Pusat GiatMara Lipis berkata, dia memainkan lagu tradisional menggunakan gendang tetawak seperti Samanderu, Gobek Terbang, Raja Berjalan, Yale Yale dan beberapa irama lain.

''Saya boleh bermain gendang ibu, gendang anak dan tetawak untuk membuat persembahan lagu terbabit pada majlis keramaian," jelasnya.

Dia berhasrat untuk menjalani latihan secara profesional bagi meningkatkan kemahiran dalam muzik tradisional menggunakan peralatan tersebut.

Selain itu, Mohd. Hafizi juga mempunyai impian untuk membawa kumpulan seninya mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam memperkenalkan seni silat dan irama gendang tetawak yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aktifkan semula permainan muzik tradisional

Posted:

Aktifkan semula permainan muzik tradisional

Aktifkan semula permainan muzik tradisional

KUALA LIPIS 7 Mac - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penggiat seni disaran mengaktifkan semula permainan alat muzik tradisional Pahang bagi memperkenalkannya kepada pelancong yang datang ke daerah ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman (gambar) berkata, usaha menyuburkan kembali peralatan muzik tersebut akan menarik generasi baru mengetahuinya sekali gus mempopularkan kesenian itu pada masa akan datang.

Beliau berkata, walaupun arus pembangunan muzik moden kian berkembang tetapi muzik tradisional tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Menurut beliau, warisan alat muzik tradisional seperti gendang, serunai dan peralatan lain menjadi ejen penyatuan penduduk serta tarikan kepada pelancong asing.

"Mereka yang masih aktif dengan permainan gendang, serunai dan peralatan tertentu boleh dibilang dengan jari di daerah ini.

"Perkara itu menyebabkan kita sukar mencari kumpulan gendang dan muzik tradisional bagi memeriahkan sesuatu program kesenian serta menyambut ketibaan pelancong yang menginap di kampung tertentu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, daerah itu terkenal dengan kumpulan gendang dan serunai serta popular di Kampung Jeram Landak, Kampung Mela, Batu Sembilan, Bukit Betong dan Hulu Jelai.

Mohamad Shahrom berkata, warisan kesenian itu hampir pupus apabila generasi muda enggan mempelajarinya termasuk kemahiran membuat peralatan muzik tradisional terbabit.

Tambahnya, paling ketara, iaitu irama pukulan gendang dan tiupan serunai yang dimainkan ketika mengiringi acara silat semakin hambar kerana tidak dipersembahkan oleh kalangan mereka yang mahir.

''Penggiat muzik tradisional khususnya gendang tetawak dari luar diundang mengajar ahli JKKK dan belia daerah ini untuk menghidupkan kembali kesenian itu di samping kemahiran membuat peralatan tersebut," katanya.

Beliau memberitahu, pihak berwajib dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar mengadakan pertandingan kemahiran bergendang dan peralatan tradisional lain di setiap mukim membabitkan penyertaan golongan belia.

Mohamad Shahrom memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu melaksanakan program itu dan usaha tersebut merupakan alternatif menghidupkan semula warisan Melayu Pahang.

Beliau berkata, JKKK terbabit diminta menampilkan acara bergendang dan peralatan muzik tradisional Pahang untuk memeriahkan acara sambutan dan mempamerkan kesenian tempatan kepada pelancong.

Dalam pada itu, pelancong dari Perancis, Andree Falin, 46, tertarik dengan alat muzik tradisional itu.

Katanya, kesenian itu wajar dihidupkan dan dipersembahkan kepada pelancong kerana tidak terdapat di negara mereka.

''Seni itu menunjukkan masyarakat Melayu kreatif dan bersatu padu, kaya dengan adat budaya tradisi," katanya yang menyertai program lawatan sehari ke daerah Lipis baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peneroka perlu muhasabah diri

Posted:

Peneroka perlu muhasabah diri

Peneroka perlu muhasabah diri

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


WAN Hamizan Wan Abd. Razak (kiri) berbual dengan peneroka pada majlis kesyukuran di Felda Jengka 25, Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 7 Mac - Masyarakat peneroka Felda perlu muhasabah diri bagi menilai kembali kebaikan dan keuntungan yang diterima sejak menyertai agensi di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Hamizan Wan Abd. Razak berkata, perkara itu dapat memberi kekuatan baru kepada mereka untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

Menurutnya, mereka perlu mengakui bahawa corak kehidupan dan status sosial serta pendapatan yang diperoleh jauh lebih baik berbanding tinggal di kampung asal.

''Fakta sejarah hidup mereka tidak boleh dibohongi kerana masing-masing melaluinya sekali gus membezakan antara 'dua zaman' itu.

''Warga Felda patut bersyukur dengan apa dinikmati kerana perubahan itu tidak dapat bergolek tanpa ada perancangan jitu oleh kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis kesyukuran di Felda Jengka 25 di sini baru-baru ini.

Wan Hamizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata, kehidupan masyarakat itu tersusun dengan organisasi mantap diketuai pengurus tanah rancangan dan dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

Beliau yang merupakan anak peneroka Felda Jengka 12 menambah, masyarakat peneroka bertuah kerana Felda dan kerajaan sentiasa memberi perhatian sama ada ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

''Jangan sama sekali menafikan peranan besar kerajaan dan Felda mengangkat status sosial dan ekonomi mereka yang setanding dengan golongan berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau juga mengajak warga Felda kekal bersama kerajaan supaya semua agenda pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, banyak agenda telah dirancang dan dilaksanakan seperti menyediakan kemudahan sukan, rekreasi, kemudahan awam dan perumahan generasi baru Felda.

''Warga Felda harus mengakui hakikat hanya Felda sahaja mampu mengangkat martabat masyarakat itu berbanding pembangkang yang hanya pandai beretorik sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 07 Mar 2011 03:38 PM PST

Utusan Online - Rencana


Melakar Malaysia maju, berkualiti

Posted:

Melakar Malaysia maju, berkualiti

Melakar Malaysia maju, berkualiti


Tuanku Mizan Zainal Abidin


Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wabihi Nasta'iin Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat sekalian.

Beta memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya kita dipermudahkan sehingga dapat berkumpul sekali lagi, di Dewan yang mulia ini untuk Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas.

Beta bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap oleh negara selama ini. Beta berharap kesejahteraan negara di bawah Gagasan 1Malaysia akan berterusan, di mana rakyat yang didorong oleh semangat kesatuan akan dapat menggembleng tenaga untuk menghasilkan pencapaian yang lebih baik dalam pelbagai bidang.

Tahun 2010 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Prestasi perbelanjaan ke atas projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan mencapai 96.2 peratus daripada peruntukan berjumlah RM230 bilion. Beta mengucapkan tahniah kepada Kerajaan, pihak swasta dan rakyat yang bersama-sama menjayakannya. Semoga Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mula dilaksanakan pada tahun ini dapat terus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Alhamdulillah, ekonomi Malaysia kembali kukuh dengan mencatat pertumbuhan pesat pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010, berbanding penguncupan 1.7 peratus pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan tinggi ini dicapai berikutan permintaan domestik yang mantap dan disokong oleh prestasi eksport yang menggalakkan. Pemulihan ekonomi yang pantas ini juga hasil daripada dua pakej rangsangan ekonomi yang telah dilaksanakan. Tanda-tanda pengukuhan ekonomi negara juga boleh dilihat melalui peningkatan keyakinan pelabur sehingga Indeks Bursa Malaysia telah mencatatkan paras tertinggi melebihi 1,570 mata pada awal tahun ini. Pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan pula telah meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun 2010 berbanding RM22.1 bilion yang dicatat pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Pelaburan asing terbesar adalah daripada negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Jerman. Pada tahun ini, pertumbuhan ekonomi negara disasarkan antara 5 hingga 6 peratus yang akan dipacu oleh sektor swasta serta eksport yang menggalakkan.

Perbelanjaan awam pula dianggarkan meningkat dengan kadar lebih perlahan sejajar dengan matlamat pengurusan fiskal yang berhemat.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, faktor-faktor luaran seperti ekonomi global yang masih tidak menentu akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini merupakan satu cabaran dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan seterusnya untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Beta mengalu-alukan keterbukaan Kerajaan yang mengakui bahawa di sebalik kejayaan ekonomi yang dinikmati selama ini, dikhuatiri kita akan terus terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana sekiranya tiada tindakan konkrit diambil untuk keluar dari situasi tersebut. Dalam hal ini, Kerajaan Beta di bawah kepimpinan Mamanda Perdana Menteri telah mengambil langkah yang tepat untuk melaksanakan transformasi berlandaskan 4 tonggak utama, iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara, atau NKRA dan Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi serta Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas.

Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan merupakan langkah yang berpandangan jauh dan berani demi membawa Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Sebanyak 12 Bidang Ekonomi Utama Negara, atau NKEA telah dikenal pasti dapat menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion, dengan 92peratus oleh sektor swasta. Pelaksanaan NKEA akan memberi kesan yang menyeluruh kepada rakyat melalui pewujudan lebih kurang 3.3 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Ini akan memberi lebih banyak pilihan bagi mereka yang mencari pekerjaan serta membolehkan peralihan kepada pekerjaan berpendapatan lebih tinggi. Justeru, rakyat juga akan berupaya menikmati peningkatan dalam mutu kehidupan antaranya pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Malaysia komited untuk mencapai hasrat menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dengan pendapatan per kapita melebihi USD15,000, atau RM50,000. Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif akan dilaksanakan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dengan purata sekurang-kurangnya 6 peratus setiap tahun, yang akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta serta peningkatan eksport.

Usaha-usaha juga akan terus dipertingkatkan bagi menjadikan Malaysia mempunyai ciri-ciri sebagai peneraju pasaran dan amalan tadbir urus cemerlang.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Perdagangan luar terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara. Pada tahun 2010 jumlahnya telah meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 trilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Malaysia akan terus memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara ASEAN, rakan dagang tradisional dan yang sedang berkembang pesat di Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan Malaysia berada di tangga ke-10 dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010. Industri dalam negara terutama industri kecil dan sederhana akan terus dimantapkan. Di samping itu, industri berkaitan teknologi hijau juga akan diberi galakan, mengambil kira potensinya selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara untuk mewujudkan ekonomi lestari pada masa hadapan.

Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, mempunyai minda kelas pertama serta mampu bersaing di peringkat global amat penting untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Transformasi pendidikan di peringkat sekolah khususnya berkaitan dengan kurikulum standard yang diperkenalkan akan dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta vokasional akan terus diperkasakan. Di peringkat pengajian tinggi pula, penekanan akan diberi kepada program kerjasama universiti dan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Beta menyeru supaya kualiti dan kemahiran guru dan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan lagi.

Dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengambil kira keperluan pasaran dan kehendak negara, program-program latihan teknikal dan vokasional kepada golongan lepasan sekolah, belia dan pekerja sedia ada akan dipertingkatkan. Penubuhan Talent Corporation adalah satu usaha untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang berkepakaran tinggi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Sains, teknologi dan inovasi amat penting dalam memacu pembangunan negara terutama bagi menjana pengetahuan, mencipta kekayaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Usaha-usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menjana pendapatan negara akan terus diberi tumpuan. Beta berharap penubuhan Agensi Inovasi Malaysia dan penggubalan Dasar Industri Kreatif akan dapat menyemarakkan lagi penciptaan kekayaan melalui aktiviti-aktiviti inovasi dan industri kreatif multimedia.

Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal dengan menduduki tangga ke-9 dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009. Usaha-usaha inovatif akan terus dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi serta memperluaskan pasaran di negara-negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi tinggi. Pelancongan berkaitan alam semula jadi serta keunikan masyarakat majmuk negara ini akan juga diberi penekanan.

Sektor pertanian masih penting dari segi penjanaan pendapatan dan menjamin bekalan makanan. Sehubungan itu, Dasar Agro-Makanan 2011 hingga 2020 telah digubal bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan negara serta merapatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Dalam usaha untuk bergerak ke arah negara maju, penambahbaikan dan peningkatan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan akan terus dilaksanakan. Ini termasuk kemudahan pengangkutan darat, laut dan udara serta teknologi maklumat dan komunikasi bagi memberi kemudahan kepada rakyat, pelabur dan komuniti perniagaan.

Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap, cepat dan berkesan sangat penting untuk kemajuan negara. Justeru, pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan termasuk mempelbagaikan saluran penyampaian akan terus dilaksanakan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan Beta prihatin bahawa status negara maju tidak bermakna jika rakyat tidak menikmati kehidupan berkualiti. Sehubungan ini, Kerajaan telah menetapkan dan sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, memperkasa prasarana luar bandar, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan menambah baik pengangkutan awam bandar bagi memastikan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat negara ini sentiasa bertambah baik.

Sebagai satu kelangsungan untuk menyediakan masyarakat yang mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan, generasi baru perlu dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan sahsiah bermula sejak di awal usia lagi. Akses kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dan Program PERMATA Negara akan diperluaskan.

Pada masa yang sama, kecemerlangan murid akan terus dipertingkatkan melalui pengiktirafan lebih banyak sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Walaupun Indeks Keamanan Dunia 2010 meletakkan Malaysia di kedudukan kedua terbaik di Asia dan ke-22 di dunia, namun Kerajaan Beta tidak akan leka dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara. Beta mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia atas usaha dan komitmen tinggi bagi memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini dapat menjalani kehidupan seharian dalam suasana harmoni, selamat dan tanpa kacau bilau atau persengketaan.

Kesungguhan Polis Diraja Malaysia memerangi kegiatan jenayah termasuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru harus dipuji. Penurunan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan melepasi sasaran yang ditetapkan.

Beta juga mengalu-alukan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani jenayah seperti menggunakan kem-kem tentera untuk melatih anggota polis, menyerap bekas tentera dalam perkhidmatan polis dan mengadakan rondaan secara bersama. Beta amat tertarik dengan perkembangan tersebut kerana sebelum ini jarang sekali kerjasama strategik seperti ini diadakan. Ia merupakan petanda positif yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negara.

Peranan Angkatan Tentera Malaysia pada masa ini adalah lebih daripada mempertahankan negara, malah turut membantu mangsa banjir dan membangunkan prasarana luar bandar khususnya melalui Program Jiwa Murni. Pemilihan Angkatan Tentera Malaysia dalam membantu membangunkan keupayaan di Afghanistan, merupakan suatu pengiktirafan ke atas profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia. Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa mempertahankan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab bersama semua rakyat.

Justeru, Kerajaan akan terus mempertingkatkan program untuk menarik lebih ramai rakyat pelbagai kaum menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, Program Latihan Khidmat Negara yang dapat meningkatkan semangat patriotik dan kesatuan dalam kalangan pelatih pelbagai kaum juga akan diperkukuhkan.

Kerajaan amat komited dalam memerangi rasuah. Ia dilaksanakan bukan sekadar untuk mempertingkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah, tetapi atas kesedaran bahawa rasuah akan merosakkan negara dan bangsanya. Hanya dengan kerjasama semua pihak, jenayah rasuah boleh dihapuskan. Berilah sokongan padu dan keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kesejahteraan penduduk luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung serta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak tidak pernah diabaikan dalam arus pembangunan negara. Kemudahan seperti jalan luar bandar, infrastruktur awam, bekalan air bersih dan elektrik serta telefon kepada penduduk-penduduk luar bandar akan terus dipertingkatkan. Pada tahun 2010, hampir 800 kilometer jalan baru dan

naik taraf, 16,900 unit rumah untuk keluarga miskin dan miskin tegar, bekalan air bersih kepada 35,000 buah rumah dan bekalan elektrik kepada 27,000 buah rumah telah dilaksanakan di seluruh negara.

Beta bangga jumlah miskin tegar telah berjaya dikurangkan pada tahun 2010. Daripada jumlah lebih 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada awal tahun, ia telah berjaya dikurangkan kepada

sekitar 100 pada akhir tahun. Bagi memastikan golongan ini tidak kembali menjadi miskin tegar, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program antaranya 1AZAM dan pendekatan pembangunan inklusif.

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar pula telah digubal bagi menggembleng sumber dan tenaga semua pihak agar program-program pembangunan dapat dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh.

Aspek seperti latihan dan pendidikan modal insan, peningkatan ekonomi, infrastruktur, perancangan fizikal, peningkatan kualiti hidup dan pengurusan sumber alam akan diberi tumpuan. Bagi peneroka FELDA pula, walaupun pendapatan mereka telah meningkat dengan kenaikan harga komoditi, namun usaha-usaha akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup golongan berkenaan. Pada tahun ini FELDA memperuntukkan sebanyak RM1.6 bilion bagi tujuan tersebut.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Menyedari potensi kaum wanita dalam pelbagai bidang, golongan ini akan diperkasakan terutama dalam sektor ekonomi melalui latihan keusahawanan dan bantuan modal perniagaan. Setakat ini sasaran melahirkan seramai 1,000 orang usahawan wanita setiap tahun telah berjaya dicapai. Bagi menggalakkan lebih ramai kaum wanita menyertai sektor pekerjaan dan 30 peratus menduduki peringkat pembuat keputusan, penggubalan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan penubuhan jawatankuasa khas bagi melaksanakan program gender dalam sektor awam sangat dialu-alukan.

Bagi kemudahan perumahan kepada golongan kurang berkemampuan, penjualan lebih 44,000 unit rumah kos rendah kepada golongan berpendapatan rendah termasuk penyewa sedia ada dan setinggan di Kuala Lumpur, pembinaan lebih 63,000 unit rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat untuk disewa pada kadar yang berpatutan adalah antara bukti komitmen Kerajaan untuk meringankan beban golongan berkenaan. Dalam tempoh RMK-10, lebih 38,000 unit rumah di bawah program yang sama akan dibina untuk disewa dan dijual kepada mereka yang memerlukannya.

Kerajaan akan terus meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan mempertingkatkan kemudahan awam, memulihara dan mewujudkan lebih banyak kawasan hijau dan tempat riadah serta interaksi sosial termasuk untuk golongan orang kurang upaya. Semua pihak hendaklah turut sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan memulihara alam sekitar termasuk mengamalkan kitar semula.

Beta mengalu-alukan rancangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya metropolis terbaik dan selamat dengan mempunyai kemudahan bermutu tinggi, sungai-sungai yang bersih dan landskap yang menarik menjelang tahun 2020 melalui inisiatif Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Bagi meningkatkan kualiti hidup dan alam sekitar, kemudahan pengangkutan awam akan terus ditambah baik. Di Lembah Klang, Kerajaan menyasarkan 25 peratus pengguna pengangkutan awam menjelang tahun 2012. Oleh itu, pelbagai langkah telah dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut. Juga akan dilaksanakan ialah pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi, atau MRT Sungai Buloh - Kajang melalui Kuala Lumpur sepanjang 60 kilometer. Projek ini apabila siap kelak dapat meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam kepada 50 peratus menjelang tahun 2020. Pada masa yang sama sistem pengangkutan awam antara bandar juga akan ditambah baik.

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar, Beta mengalu-alukan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia ke kawasan-kawasan terpencil, yang memberi perkhidmatan meliputi rawatan pergigian, pemeriksaan mata dan penyediaan cermin mata percuma. Pada masa sama, rakyat hendaklah turut memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan. Misalnya, demam denggi boleh dicegah dengan meningkatkan kebersihan persekitaran. Penyakit-penyakit tidak berjangkit dan kronik pula boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Keprihatinan Kerajaan terhadap golongan belia terbukti melalui dasar dan program-program yang mencakupi pendidikan, latihan, keusahawanan, kepimpinan, kemasyarakatan, sukan, sosial, kebudayaan dan sebagainya bagi mempersiapkan belia menghadapi cabaran masa hadapan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Tiada negara terkecuali daripada menerima kesan perubahan iklim dan pemanasan global termasuk Malaysia, sehingga baru-baru ini negara mengalami dua kejadian banjir kesan daripada monsun timur laut dan fenomena La Nina. Walaupun banjir yang melanda negara kita telah menyebabkan kesukaran kepada rakyat, namun ia dapat dikurangkan melalui pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh beberapa agensi serta atas tahap kesiapsiagaan Kerajaan dalam menghadapi bencana alam yang sukar diramal. Demi mengurangkan kesusahan rakyat, sistem amaran awal bencana yang lebih bersepadu merangkumi sistem ramalan cuaca dan iklim serta sistem amaran awal banjir akan diperkukuhkan agar lebih berkesan.

Sejak akhir-akhir ini telah berlaku situasi kenaikan harga bahan-bahan makanan di seluruh dunia yang disebabkan oleh pemanasan global, bencana alam, perubahan polisi negara pengeluar dan peningkatan penduduk dunia sebanyak 4 peratus setahun berbanding pengeluaran makanan dunia sebanyak 1 hingga 2 peratus. Ia adalah krisis makanan global. Sebagai negara pengimpot makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan Kerajaan.

Dalam keadaan ini, Beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia untuk menghadapi fenomena ini, jadilah pengguna yang bijak.

Namun, Kerajaan begitu prihatin terhadap keresahan dan kesusahan yang dialami rakyat, di mana Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM10.3 bilion dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperolehi barang keperluan asasi seharian pada harga yang berpatutan.

Beta memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, malah hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan sebagai hari cuti umum. Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam telah diamalkan dengan subur di negara ini.

Badan-badan bukan Kerajaan diiktiraf sebagai antara elemen penting dalam pembangunan masyarakat sivil. Di negara ini, badan-badan bukan Kerajaan telah membantu Kerajaan dalam pelbagai bidang. Beta berharap dalam melaksanakan program-program dan aktiviti masing-masing, badan bukan Kerajaan hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia akan terus memberi sumbangan untuk mencapai keamanan sejagat. Beta sukacita dengan sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara utama dunia terhadap pendekatan Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan yang telah diketengahkan oleh Mamanda Perdana Menteri. Ini merupakan antara sumbangan Malaysia untuk mencapai keamanan, ketenteraman, kemakmuran dan pembangunan sejagat. Hubungan erat dan harmoni terutamanya dengan negara-negara ASEAN akan diberi penekanan berdasarkan Piagam ASEAN ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

Berbanding dengan negara-negara tertentu, ketenteraman dan keharmonian di negara ini adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara. Komitmen Kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat melampaui sempadan negara terserlah melalui usaha membawa pulang pelajar-pelajar yang terhimpit dalam pergolakan politik di Mesir melalui Ops Piramid bulan lalu. Sehubungan ini, Beta merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut serta kepada negara-negara sahabat terutamanya kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu mempermudahkan Ops Piramid.

Beta mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet negara yang telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa pada tahun 2010 seperti di Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki.

Beta bersama rakyat amat berharap di Sukan Olimpik 2012, London kelak akan ada atlet memenangi emas pertama untuk Malaysia.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. Jadilah warga yang bijak, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah.

Untuk ke sekian kalinya Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. Justeru, pamerkanlah tingkah laku yang terpuji, berbahaslah dengan tertib, sumbangkanlah pemikiran yang bernas, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dan utamakanlah kepentingan rakyat.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ulangi 'tsunami' 2008

Posted:

Jangan ulangi 'tsunami' 2008

Jangan ulangi 'tsunami' 2008

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

TIGA tahun lalu atau lebih tepat lagi pada tanggal 8 Mac 2008, arena politik negara menyaksikan apa yang dipanggil 'tsunami politik' berikutan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang diadakan. Ia dianggap 'tsunami' kerana ketika itu Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, malah keputusan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) juga amat mengejutkan.

BN kehilangan kuasa di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang manakala di Kelantan, Pas terus bertakhta. Keputusan pada masa itu menyaksikan 4,082,411 atau 50.6 peratus pengundi memihak kepada BN manakala 3,796,464 pengundi atau 49.4 peratus menyebelahi pihak pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Sudah jelas ketika itu, selain kelemahan kepimpinan BN, rakyat bertindak menyebelahi pembangkang kerana termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh ketiga-tiga parti berkenaan terutamanya di negeri-negeri yang mereka berjaya tawan.

Tetapi kini selepas tiga tahun berlalu, rakyat mula melihat kedudukan dan situasi sebenar. Pembangkang yang seolah-olah terlalu teruja mendapat sedikit kelebihan melalui keputusan pilihan raya berkenaan mulai kelam-kabut. Walaupun pada awalnya, pihak pembangkang dikatakan mampu mengekalkan momentum kemenangan berikutan kejayaan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan, namun ia hanyalah bersifat sementara.

Melalui perubahan kepimpinan dan pendekatan strategi berlandaskan gagasan 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mula mengaut kembali sokongan rakyat.

Ia bermula di PRK Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan BN berjaya merampas kerusi berkenaan daripada PKR.

Momentum kejayaan berterusan menyaksikan BN mengekalkan kerusi di Parlimen Batu Sapi, merampas kerusi Pas di DUN Galas dan terus bertahan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Apa pun jika dianalisis satu persatu kedudukan parti-parti pembangkang, boleh dikatakan kesemua mereka sedang berhadapan dengan krisis dan masalah yang mampu menghakis sokongan kepada mereka. PKR boleh dianggap paling teruk dilanda krisis kepercayaan kerana bukan sahaja ahlinya semakin ramai meninggalkan parti itu, malah beberapa ahli Parlimen turut 'angkat kaki'.

Antaranya, N.Gobalakrishnan (Padang Serai), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bahru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Tindakan mereka tidak termasuk orang-orang kuat parti itu yang turut tidak mampu lagi bertahan dengan corak politik PKR.

Akibatnya, PKR menghadapi krisis dalaman yang serius dan dianggap parti pembangkang paling bermasalah sejak selepas PRU 2008. Walaupun kini Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat tetapi ia dilakukan atas ihsan DAP yang amat memahami bahawa PKR dan Pas tidak akan mampu melakukan apa-apa tanpa sokongan mereka.

Bagi Pas pula, nasib mereka lebih malang lagi, walaupun suatu ketika dianggap salah sebuah parti pembangkang yang digeruni tetapi sekarang tidak lagi. Kesepakatan mereka bersama PKR dan DAP telah memungkinkan terhakisnya sokongan sebahagian orang Melayu kepada parti itu.

Ia jelas apabila dalam empat PRK terakhir yang diadakan, parti itu kecundang termasuk menerima tamparan hebat di DUN Galas apabila Pas gagal mempertahankan kerusi berkenaan. Bagi DAP pula, walaupun tidak banyak kontroversi berlaku, namun apa yang mendapat perhatian ialah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.

Terlalu banyak perkara yang didedahkan mengenai kelemahan pentadbiran beliau termasuklah kegagalan menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya. Namun begitu momentum kemenangan yang kini dikatakan kembali melingkari BN bukanlah bermakna parti itu perlu bersenang lenang.

Masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan tugas paling mencabar bagi BN ialah merampas kembali kuasa pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Dalam soal ini, jentera BN perlu membuktikan bahawa kemenangan sama ada di Tenang, Kerdau mahupun Merlimau bukan semata-mata kerana ia kubu kuat parti berkenaan tetapi sememangnya disebabkan oleh sokongan rakyat yang semakin meningkat.

Sokongan tersebut perlu diteruskan di kerusi-kerusi Parlimen mahupun DUN yang ditawan pembangkang dalam PRU 2008. Hasrat ini hanya boleh dicapai jika pendekatan memenangi hati rakyat yang kini sedang diusahakan dengan gigih oleh Najib dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN di semua peringkat.

Pemimpin-pemimpin berkenaan terutamanya di negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang perlu segera mengatur strategi bagi menawan semula hati rakyat yang sebahagian besar mereka dikatakan 'merajuk' pada 2008. BN hakikatnya mempunyai kelebihan kerana rakyat sudah melihat betapa buruknya tindak-tanduk pembangkang apabila diberi secebis kuasa.

Tetapi kelebihan ini tidak akan bermakna, jika pemimpin-pemimpin BN terutamanya dari UMNO masih selesa dalam zon sendiri seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Sama ada di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, kesemua negeri berkenaan perlu mempunyai strategi yang mantap untuk meraih sokongan rakyat.

Ketika ini ramai berpendapat, BN agak 'menggegarkan' di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tetapi di Kedah parti itu dilihat masih lesu. Keadaan seumpama itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana dalam keadaan pembangkang yang kini dikatakan semakin terhakis sokongan rakyat, maka BN perlu mengambil kesempatan sebaik-baiknya untuk memastikan rakyat menyebelahi mereka.

Begitu juga di negeri-negeri yang berada dalam genggaman BN, mereka juga tidak boleh berada di dalam zon selesa kerana sesiapa pun tidak boleh membaca apa yang ada di dalam fikiran rakyat. Sementara agenda merampas kembali negeri ditawan oleh pembangkang dilaksanakan, negeri yang berada di bawah penguasaan BN pula perlu diperkukuhkan.

Bagi pembangkang, dengan momentum sokongan rakyat terus menyebelahi BN, mereka sudah pasti akan berasa rimas dan cuba sekali lagi mengabui mata rakyat melalui janji-janji manis yang terkandung dalam 'buku jingga'. Jika tiga tahun lalu, BN dikatakan gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pembangkang hanya bijak berjanji tetapi kini dengan apa yang berlaku terutamanya di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN dikatakan tidak ada masalah lagi.

Rakyat perlu diberikan keyakinan bahawa mereka tidak boleh lagi terperangkap kali kedua dengan janji-janji palsu pembangkang kerana tindakan membenarkan 'tsunami politik 2008' berulang mampu menjejaskan masa depan rakyat dan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 07 Mar 2011 01:04 PM PST

Kosmo Online - Negara


Mati muda akibat obes

Posted:

Mati muda akibat obes

Mati muda akibat obes

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan mayat Ang Kok Fei semalam.


KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau.

Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula.

Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama.

Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik

Posted:

Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik

Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik

Oleh FAUZI MOHD.
berita@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur pameran mistik, Dynasty Event Sdn. Bhd. pada 14 Mac ini bagi menyelesaikan kontroversi berhubung pameran yang bakal diadakan pada bulan depan.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada mufti negeri mengenai perbincangan yang akan diadakan dengan penganjur itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran itu pada Isnin depan bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Tadarus al-Quran Terengganu FM di sini semalam.

Shaikh Harun berkata, secara sepintas lalu apa yang hendak dipamerkan itu ada sebahagiannya tidak bercanggah dengan agama.

"Jadi yang bercanggah atau perkara itu yang secara jelasnya tidak ada salah tetapi kalau kita tengok dia akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, kita tidak akan benarkan.

"Saya akan tapis mana perkara yang boleh dipamer atau perkara yang tidak boleh," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat dititah jadi pengguna bijak

Posted:

Rakyat dititah jadi pengguna bijak

Rakyat dititah jadi pengguna bijak

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


TUANKU MIZAN diiringi Najib dan Muhyiddin berangkat merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negara ini supaya menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan mereka mampu mengharungi masa depan yang lebih mencabar.

Sehubungan itu, baginda menyeru agar rakyat bersedia ekoran kenaikan harga bahan makanan di seluruh dunia berpunca daripada pemanasan global, bencana alam dan perubahan polisi negara pengeluar termasuk peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun.

"Sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan kerajaan. Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena ini," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di sini semalam.

Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 07 Mar 2011 11:12 AM PST

Utusan Online - Kota


Kuarters buruk tunggu rebah

Posted:

Kuarters buruk tunggu rebah

Kuarters buruk tunggu rebah

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


SALAH satu daripada kuarters kerajaan yang sudah usang dan terbiar di Meru, Klang. - UTUSAN/Rasmi Abdullah


KLANG 7 Mac - Sakit mata memandang. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat deretan kuarters kerajaan yang sudah usang di Jalan Meru Tambahan di sini dan terbiar sejak sekian lama.

Kuarters yang terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru itu hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi dan tidak sewajarnya wujud di situ lagi.

Setiausaha Kejiranan dan Keselamatan Kariah Batu 7 Meru, Syed Hassan Kuthoos Syed Ahmad Kabeer berkata, penduduk sekitar khuatir berlaku kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah dan maksiat di kuarters itu.

Menurutnya, tidak mungkin penduduk dapat memantau keadaan di kawasan itu sepanjang masa bagi memastikan ia tidak diceroboh dan disalah guna.

Katanya, dia sendiri pernah melihat sekumpulan remaja memasuki kawasan kuarters itu pada awal pagi tanpa diketahui tujuan mereka.

"Saya tidak berani hendak menegur perbuatan remaja tersebut, apatah lagi meninjau apa yang mereka lakukan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau mendakwa, kuarters itu sudah terbiar lebih 10 tahun tanpa ada sebarang tanda premis itu akan dirobohkan dan kawasan itu akan dibersihkan atau dimajukan semula.

Katanya, tindakan pihak berwajib membiarkan sahaja kuarters itu bukan sahaja menyakitkan mata malah mengundang risiko jenayah kerana ia berhampiran dengan bangunan sekolah.

"Penduduk cadangkan agar kuarters lama itu dirobohkan dan tapaknya dibersihkan bagi kegunaan ibu bapa meletakkan kenderaan ketika menghantar dan mengambil anak- anak dari sekolah berdekatan," katanya.

Tambahnya, langkah itu juga dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas kerana sebelum ini ibu bapa terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan ketika mengambil anak-anak mereka.

Seorang pekerja swasta, Nor Faridah Mustapha, 30, berkata, kuarters terbiar itu boleh mengundang risiko penyakit berjangkit dan menjadi sarang binatang berbisa kerana keadaannya yang terurus.

"Sekeliling kuarters itu kini dipenuhi semak-samun hingga boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai yang lalu-lalang di situ," katanya.

Bakarudin Salleh, 45, turut bersetuju agar kuarters lama itu dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembangunan lain yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

"Lebih elok jika kawasan itu dibangunkan daripada ruang yang begitu luas dibazirkan begitu sahaja, tambahan pula lokasinya amat strategik kerana terletak di tepi jalan.

"Kalau dapat dijalankan pembangunan di tapak kuarters itu khususnya pembangunan komersial, sekurang-kurangnya ia dapat menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk setempat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiket tanpa kertas diakui lebih mudah, cepat

Posted:

Tiket tanpa kertas diakui lebih mudah, cepat

Tiket tanpa kertas diakui lebih mudah, cepat


penggunaan sistem tiket bas tanpa kertas di dalam bas RapidKL dapat mengelak penumpang daripada beratur panjang untuk menaiki bas.


KUALA LUMPUR 7 Mac - Pengguna Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) menyambut baik sistem baru tiket tanpa kertas yang diperkenalkan syarikat itu baru-baru ini.

Bagi mereka, sistem yang menggunakan kad transit dan berlandaskan sistem pembayaran elektronik itu dilihat lebih memudahkan.

Sistem terbaru itu juga berupaya memberi keselesaan kepada pengguna tanpa perlu berebut-berebut lagi ketika menaiki bas.

K. Yogashini, 20, menggunakan perkhidmatan bas RapidKL setiap hari untuk berulang alik ke kolejnya berkata, menerusi sistem baru itu, dia tidak perlu lagi menukar duit sebelum menaiki bas.

"Kini saya hanya perlu beli kad dan tambah nilai sahaja, tidak perlu lagi setiap kali ingin menaiki bas terpaksa berfikir di mana untuk menukar duit kecil.

"Lebih memudahkan ialah apabila urusan menambah nilai boleh dibuat di atas bas dan stesen transit aliran ringan (LRT)," katanya.

Dia menyokong penuh sistem yang diperkenalkan itu dan berharap ia akan diperluaskan dan digunakan secara berterusan.

Seorang lagi pengguna, Zaitiey Zainal, 24, berkata, sistem secara elektronik itu lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan tiket.

Katanya, melalui sistem ini juga, dia sudah tidak perlu berbaris panjang lagi untuk menaiki bas kerana semuanya bergerak dengan pantas.

Ujarnya, sistem itu sememangnya sangat bagus dan memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengguna perkhidmatan bas.

"Sejak gunakan sistem ini, saya rasa sangat selesa. Dahulu kita kena berebut-rebut untuk naik bas selepas habis kerja, kini situasi itu sudah tidak berlaku lagi," katanya.

Dia berharap sistem itu akan dikuatkuasakan kepada semua penumpang dan semua laluan supaya tiada lagi penggunaan tiket manual pada masa depan.

Fadzilah Sulong, 25, pula berkata, mungkin ada individu yang kurang selesa dengan sistem itu pada peringkat permulaan tetapi yakin perkara itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

Katanya, apabila semua orang dapat menyesuaikan diri dengan sistem itu, mereka akan merasa lebih mudah, selesa dan suka menggunakannya.

"Saya juga baru menggunakan sistem tiket baru ini tetapi kini sudah selesa menggunakannya," kata nya.

RapidKL mula memperkenalkan sistem tiket tanpa kertas secara berperingkat di 16 laluan pada 27 Februari lalu dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan cekap.

Transaksi menggunakan sistem itu mengambil masa kurang daripada lima saat dan sehingga kini, sebanyak 450 bas telah dilengkapi dengan sistem tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Surat arahan pindah dikeluar

Posted:

Surat arahan pindah dikeluar

Surat arahan pindah dikeluar

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sedang dalam proses menyediakan surat arahan berpindah kepada penduduk Ladang Bukit Jalil yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya sudah pun mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan telah memaklumkan mengenai perpindahan itu.

Menurutnya, kerajaan telah cuba memenuhi semua permintaan penduduk terbabit kecuali permintaan untuk mendapatkan rumah teres kos rendah.

"Adalah mustahil untuk memberi mereka rumah di atas tanah kerana Kuala Lumpur kekurangan tanah dan permintaan itu sememangnya tidak dapat ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutup Greater KL: Smart City of the Future Conference di Jalan Conlay, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Datuk Seri Dr. Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Dr. Michael Yeoh.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, kerajaan tidak mahu perkara itu dikaitkan dengan isu perkauman.

"Saya rasa golongan ini sengaja ini mengaitkan isu perkauman sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

"Soal perkauman sememangnya tidak wujud kerana Sekolah Tamil dan kuil masih dikekalkan di kawasan tersebut," ujarnya.

Minggu lalu, kerajaan memberi tempoh seminggu kepada 29 keluarga di ladang itu yang masih enggan berpindah untuk menerima tawaran berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong.

Mereka turut ditawarkan wang ehsan dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 juta tetapi difahamkan, penduduk berkeras dengan keputusan mereka untuk tidak berpindah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved