01 di chaah johor - Google Blog Search |
Golf dan bertemu jodoh | Liza @ Adzriel AB Posted: 12 Jun 2011 02:38 AM PDT Malam tadi pun aku tengok bola piala FA Kelantan lawan Terengganu tu sekejap aje, lebih pada tengok Majalah TV3. Seronok tengok budak lelaki baru berusia 5 tahun dah pandai main golf dan bagaimana dengan bermain golf dapat mengeratkan hubungan antara bapa dan anak lelakinya yang masih remaja. Ada juga kisah tentang nama sebuah desa yang unik iaitu Desa Temu Jodoh di sebuah sekitar pekan Chaah dalam daerah Segamat, Johor. Bagaimana diaorang dapat nama yang unik ni boleh korang baca sejarahnya di blog salah seorang anak peneroka desa ini : Desa Temu Jodoh. Kisah bagaimana semua penempatan baru yang di teroka sekitar tahun 1975 rasanya seperti dalam kisah Bilut dalam youtube ni juga. Memang penuh dengan lelah dan air mata, cabaran dan dugaan untuk membangunkan satu kawasan hutan yang tebal kepada kawasan pertanian dan penempatan yang telah pun mereka nikmati hasilnya kini. Hargailah kehidupan kita hari ini. Sedikit sebanyak aku juga mengerti kepayahan mereka kerana aku juga anak peneroka, peneroka Felda yang menoreh getah. |
You are subscribed to email updates from di chaah johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan