01 di endau - Google Blog Search |
SUARA SIMPANG KIRI: CHALET DAN RESORT <b>DI</b> PENYABUNG, <b>ENDAU</b> Posted: 09 Jun 2011 09:57 PM PDT Setelah berada di Pantai PASIR LANUN, PENYABUNG, Endau Mersing selama 30 jam, aku dapat membuat cadangan kepada bakal pengunjung/pelancong yang ingin berehat di Pantai Penyabung tentang Resort dan Chalet yang ada di pantai yang indah ini. Di kawasan Pantai Penyabung ini terdapat 4 Resort/Chalet yang boleh ditempah iaitu
OK Kita lihat Resort-resort yang saya katakan itu: ENDAU BEACH RESORT Endau Beach Resort dari pandangan hadapan Parking yang luas di Endau Beach Resort Endau Beach Resort pada waktu malam Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak di Endau Beach Resort Ada peti ais...bukan semua chalet ada peti ais Anda boleh borak-borak di sini. Air minuman pun murah. Bilik di Endau Beach Resort Boring-boring boleh jerit-jerit, tak ada sesiapa yang peduli Aku nak melompatlah, mesti mama bengang nanti Kat sini pun kena jaga anak Boleh bincang-bincang bersama keluarga dan teman Endau Beach Resort dari pandangan teratas OK.....! Kita melawat Chalet yang ke tiga di Pantai Penyabung ni.... NAMANYA... PASIR LANUN CAMP AND CHALET Untuk ke Pasir Lanun Champ And Chalet ni perlu melalui hutan dan jalan yang agak mendebarkan. Kerajaan Johor harap tarlah segera jalan yang berlopak-lopak ni. Kalau lemah semangat memang patah balik jawabnya, sebab dari Endau Beach Resort tu jauh juga. Anak GADIS pasti ngeri melalui tempat macam ni. Semasa aku lalu di sini Aku terserempak dengan dua ekor Babi hutan. Kalau nak berjoging bagus juga kat sini Tu dia!!!!! Dah sampai!!! Ramai orang kat sini rupa-rupanya! Boleh baring-baring sambil dengan lagu syahdu.....macam lagu Bila Bulan Bicara Cantikkan pemandangannya macam lukisan! Aku hampir satu jam juga baring-baring dibuai yang bergoyang ni... Di sini ombaknya best sikit dari semalam (pantai di depan Endau Beach Resort tu langsung tak ada ombak) (Ni anak Isa biras aku) Aliff Iskandar pun macam mandi kat besen je... Irfan asyik dengan memancingnya....ikan pulak masa kami ke sini macam dah kenyang Dan Chalet yang ke empat...... COCONUT BEACH RESORT Chalet di Coconut Beach Resort ni murah sekali...RM 60.00. Kalau nak lari dari debu-debu kota...Lima hari baru RM 300.00. Tetapi tak ada ekonlah....! Kenangan yang paling indah.... KELEBIHAN PANTAI PENYABUNG Ada makanan yang unik...pulut bakar...murah Mak Cik ni bakar kuih secara tradisional lagi Mak Cik..Mak Cik...kenapalah kuih ni hangus....Kuih apa ni ek? Nasi Lemak ni pun baru RM 1 Aku beli nasi dagang ni...sebungkus baru RM 1.50 Nasi dagang lauk sardin...lapar punya fasal, habislah aku makan ...aku tak pandai makan nasi niDi sini juga kita boleh ngeteh macam kat kampung sambil menikmati nyanyian merdu penyanyi karoke. (Isa biras aku mengajak aku ngeteh jam 12.00 malam. Lokasi warung ini di depan Endau Beach Resort). PESANAN AKU DI SINI: Kalau nak mandi laut di sini, mandilah di Pantai yang letaknya di depan Pasir Lanun Camp And Chalet dan Coconut Beach Resort itu, kerana Pantainya lebih halus dan kurang berbatu. Ramai yang datang ke sini cuma mandi sampai di depan Endau Beach Resort. Nanti kalian akan kata, Pantai Penyabung banyak batu-batu tajam. Memang betul! Sesiapa yang ada kencing manis bahaya mandi di situ. Mereka kenalah melepasi jalan yang berhutan dan akan jumpa pantai yang lebih mesra pengunjung. Oklah Tuan-puan, begitulah promosi aku untuk bakal pengunjung Pantai Penyabung. Cuma aku harap Resort dan chalet serta pihak berkuasa di sini, tolonglah jaga kebersihan pantai ini...sayang sekali negeri Johor banyak mempunyai kawasan yang boleh menarik pelancong, malangnya kebersihan tidak dijaga....soryle atas teguran aku ini.... Gratisan Musik |
You are subscribed to email updates from di endau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan