01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Dia buat dah: 75 Pati ditahan PGM <b>di Kota Tinggi</b> Posted: 23 Jun 2011 09:41 PM PDT JOHOR BAHRU – Seramai 75 pendatang asing tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua selepas cuba meloloskan diri dengan seludup keluar dari negara ini secara haram dalam dua serbuan berasingan di Kota Tinggi, semalam. Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, kesemua Pati termasuk 10 wanita berusia 22 hingga 43 tahun itu dipercayai dalam cubaan untuk pulang ke negara asal mereka. Menurutnya, serbuan pertama pada jam 12.15 malam dilakukan di hutan Bukit Raja Darat dekat Sungai Rengit yang menjadi tempat persembunyian 40 Pati termasuk empat wanita. "Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini. Zainul Abidin berkata, dalam serbuan kedua sekitar jam 3.30 pagi, sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pantai Pasir Gogok di Kota Tinggi terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. "Sebaik pihak kami cuba menghampiri, bot terbabit terus memecut melarikan diri dan selepas 20 minit mengejar barulah bot berkenaan berjaya dipintas dan ditahan. "Namun, tindakan tekong bot yang cuba menghimpit bot peronda menyebabkan tangan salah seorang warga asing berkenaan cedera. "Pemeriksaan mendapati 35 Pati termasuk enam wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya. SH Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan