01 di mersing - Google Blog Search |
Puting Beliung Melanda <b>Mersing</b>, Sampan Berpusing <b>Di</b> Udara Posted: 18 Jun 2011 03:30 AM PDT Mersing – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu. Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri. "Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam. Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan. "Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya. Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya. Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak. "Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak. "Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran. -SH Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
MRSM <b>Mersing</b>..onlines: Sup Tulang <b>di</b> Pasar Jumaat <b>Mersing</b> ( Edisi <b>...</b> Posted: 27 May 2011 04:36 AM PDT Tarikh : 27 Mei 2011 Lokasi : Tapak pasar petang(& malam) Tanjung Masa : 5 petang Petang tadi hujan sangat lebat, cuaca agak dingin dan kebetulan menjemput anak yang mengambil exam semester ganti di rumah cikgu kelasnya, PHD singgah di Pasar Jumaat Mersing yang terkenal dengan jualan pelbagai juadah yang siap dimasak atau mentah Angin segar dari laut dan kedinginan akibat hujan menyebabkan Mi Sup Tulang menjadi pilihan utama Pelbagai jenis masakan sup tulang ditawarkan di sini Ini Mi Tiaw sup tulang Anak-anak yang begitu berselera kerana kelaparan selepas menduduki 8 kertas exam sebelumnya Ambil peluang mencuba cendol Ada juga pengunjung yang lebih gemar menjamu selera sambil duduk di atas benteng mengadap laut dengan pemandangan yang lebih indah Time shopping barang2 lain Pasar Jumaat ini semakin lama semakin berkualiti produk jualannya. patutlah me njadi tumpuan utama penduduk Mersing Keunikan pasar ini ialah ditempatkan di kawasan bertar yang luas dan mengadap laut Ayam-ayam yang siap diproses, daging lembu yang segar serta ikan yang baru naik dari laut menjadi tarikan utama Ke mana destinasi anda semua cuti-cuti sekolah ini? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan