01 di mersing - Google Blog Search |
Am'z CamPro: Video Puting Beliung <b>di Mersing</b> : Bencana Alam <b>...</b> Posted: 19 Jun 2011 05:17 PM PDT Dalam 2 minggu ini, negara kita dikejutkan dengan 2 bencana alam yang jarang berlaku di Malaysia dalam kapasiti yang besar. Kalau berlaku pun cuma naknya sahaja tetapi yang terjadi baru-baru ini memang memberi keinsafan bahawa kita tidak seselamat yang di sangka. Kita selalu di sogokkan dengan negara yang selamat dari bencana alam yang besar seperti gempa bumi, puting beliung dan ribut taufan yang kuat tetapi bencana-bencana itu sudah memulakan bibit perkenalannnya di Malaysia. Terbaru adalah puting beliung yang terjadi di Mersing,Johor. Puting beliung yang sempat dirakam di pantai Mersing Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Walaupun puting beliung ini normal dan biasa berlaku di lautan Malaysia tetapi ia mula mendekati pantai dan darat negara. Ini juga diikuti dengan ribut taufan yang diringi hujan yang tiba-tiba sahaja berlaku di merata tempat di Malaysia. Bukan calang-calang,ribut ini mampu mematahkan pokok-pokok dan merosakkan harta benda terutama rumah-rumah. Bukan sikit-sikit kerana ia sudah mampu membahayakan nyawa penduduk tempatan. Kerugian harta benda dan nyawa yang terus menyempitkan hidup manusia. Sebelum itu lagi,kita dikejutkan pula dengan gempa bumi yang sebenarnya berlaku di Utara Sumatera yang bermagnitud 5.6. Gegaran di bawah 6.0 skala richter itu sudah mampu menggegarkan bangunan-bangunan dan pencakar langit di Malaysia terutama di Putrajaya,Selangor, Melaka dan Perak. Cuba bayangkan,jika gegaran itu berskala lebih besar seperti mana yang berlaku di Christchurch dan Jepun? Aku rasa tak mustahil kita menerima gegaran berskala 4-5 richter juga di Malaysia. Maka,apa yang perlu kita buat? Gegaran yang menggemparkan negara baru-baru ini Kita perlu muhasabah diri. Ujian dan dugaan Allah bukan hanya datang dari kesempitan hidup tetapi bencana alam yang jarang kita lalui. Bumi ini sudah mula memberontak. Manusia di atasnya terus lalai menjadi khalifah yang baik. Manusia di muka bumi bertuah Malaysia ini sudah mula tidak bersyukur.Yang kaya terus menindas,yang miskin terus merana. Maksiat dan gejala sosial tidak sihat berleluasa. Adakah ini petanda awal tentang kemurkaanNYA yang kita tidak faham lagi? Banjir dan tanah runtuh sudah menjadi rutin bencana alam di Malaysia malah lebih kerap dan berskala besar saban tahun. Hanya satu sahaja lagi bencana yang belum ada iaitu letusan gunung berapi dan ia tidak mustahil kerana gunung-gunung lipat di Malaysia sudah mula mengeliat dan sedar akan tugas mereka. Tanda kecil kiamat sudah lama bertapak di Malaysia cuma menanti hembusan sangka kala yang lebih besar memindahkan kita ke alam lain iaitu alamakhirat kelak. |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan