Isnin, 6 Jun 2011

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


:Dunia seorang pelajar::: : Program Anak Angkat <b>di</b> Kampung <b>Parit Raja</b>!

Posted: 24 May 2011 07:26 AM PDT

Salam,

Cerita kali ini seperti di tajuk di atas ya! semuanya mengenai program anak angkat di parit raja, Batu pahat, Johor tempoh hari. haha, ini merupakan kali PERTAMA! aku terlibat sama dalam program anak angkat ini. kami dijadualkan pergi mulai 13 mei hinggalah 16 mei. tepat jam 10:00 pagi waktu tempatan kami bertolak ke Parit Raja tesebut.

Jam 3:00 petang, kami sampai di sana. proses pembahagian anak angkat dilakukan. Aku dan lagi dua orang rakanku yang bakal duduk serumah sudah main teka-teka yang mana satu ayah angkat yang bakal kami dapat. Pada mulanya tekaan kami semua salah, namun atas permintaan Makcik [yang sepatutnya menjadi mak angkat kami], kami ditukarkan dengan keluarga angkat yang lain. Dan cuba teka la! tekaan aku yang awal tadi yang benar. hahaha, rakan-rakan ku lagi dua orang itu sangatlah tension kerana melihat keluarga angkat seperti sangatlah seriusnya.

Dah habis majlis penyerahan anak angkat, kami pun masing-masing balik mengikut keluarga angkat kami. Dalam perjalanan tu aku dan rakanku dah dok bisik-bisik macam manala nak borak-borak kalau ayah angkat ni serius je manjang. sampai je rumah, kami asyik beborak sahaja dengan ayah angkat. penuh dengan gelak ketawa, cerita politik Malayisia, motorsikal honda cup 70, kedai barang secondhand, kerepek yang sedap, makanan jawa dan macam-macam lagi.

Eh! layang gambar sajalah. tak larat nak taip panjang-panjang.

 

IMG_0019

ini lah rumah kami. KACAK bukan?! :)

IMG_0025

ini kami bersama keluarga angkat.

IMG_9658

ini aktiviti senaman di pagi hari sabtu.

IMG_9695

lawan takraw bersama pemuda-pemuda kampung parit jawa

IMG_9705

mana tak kami kalah, sekali mereka lipat camni. dua kali kami kalah.

IMG_9746

Oh! ini rumah sedara. [kira sedara la sebab ayah angkat dan tuan rumah ini adik beradik]. hebat bukan ada cendawan BESAR punya!

IMG_9776

Malam di sekolah agama parit raja. sedikit ceramah dari kami!

IMG_9820

ini pula aktiviti pagi ahad! membersihkan kawasan surau.

IMG_9844

ha! ini aktiviti tanam pokok setelah selesai membersihkan surau tersebut.

IMG_9880

sedikit birthday party dirumah sedara!

IMG_9909

ha! ini namanya rewang-rewang untuk masak nasi ambeng. cari la kat google apa itu nasi ambeng.

IMG_9992

ha! ini persembahan dari penduduk parit raja. KUDA KEPANG! BEST tau!

 

Tapi, gambar sewaktu majlis perpisahan tidak sempat diambil, sebabnya batery kamera sudah kehabisan sehabis mungkin. Balik penuh kepenatan. tapi! ayah angkat kami bagi macam-macam, daripada bekal makan tengah hari hingga la duit raya akan datang. advance tak kami? hehehe

p/s: entry akan datang mungkin lebih luar biasa lainnya. hehe

 

si muncai etot

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads