coretan si keyboard: bob lokman berceramah <b>di parit raja</b>...!!! Posted: 01 May 2011 10:20 PM PDT Entry yang aku buat ni tiada kena mengena dengan mana2 parti yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hanyalah sekadar pengkongsian ilmu dan sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat yang beragama islam. Hari ni sememangnya hari aku keluar enjoy sakan. Sakan tau, bukan sakai. Dari tengahari sampai ke malam aku keluar. Pastu bila malamnya, ada satu aktiviti aku pergi yang boleh membuatkan aku dikenakan tindakan undang2. Aku tak tahu pun kalau join boleh kena tindakan. Lagipun aku pergi just singgah nak dengar je, bukan nak berpolitik. Maklumlah, sebagai blogger yang memberi info kepada orang ramai ni kena menerima segala pandangan orang. Bukan dari sebelah pihak je. So, program yang aku pergi sekejap ni ialah ceramah perdana bersama bob lokman. Siapa yang tak kenal bob lokman? Memang sah anda ibarat katak dibawah tempurung jika tidak kenal beliau. Alamak, jangan sedih plak. Gurau jelah..hehe. Baru2 ni beliau didapati berhenti dalam bidang lakonan demi berjuang menegakkan syiar islam. Tak payah la aku nak sebut parti mana yang beliau masuk sebab tu hak peribadi orang. So, aku nak kongsi sikit info2 yang berguna buat kita semua. Ramai orang berparti hanya melihat sebelah pihak sahaja. Bagi aku, apa yang baik tidak kiralah dari pihak mana sekalipun, kita perlu ambil peduli. Bukan hanya memperjuangkan sesuatu parti tapi memperjuangkan sesuatu yang pasti. - Bidang glamour hampir sesetengahnya bersifat duniawi walaupun kita melihat sesuatu cerita itu mempunyai mesej yang baik dan berguna. Kadang2 dalam cerita memaparakan lakonan yang warak dan alim sememangnya membuatkan kita insaf dan menerima mesej tersebut. Tetapi sebenarnya disebalik tabir pembikinan filem, ada sesetengah terpaksa berlakon dimana pada hakikatnya benda itu tidak diamalkan oleh pelakon dan produksi. Pendek cerita, pembikinan sesuatu cerita perlulah menjaga kesempurnaan agama tidak kira disebalik tabir mahupun di tabir layar. Ianya ibarat seperti sang munafik yang berlakon baik semata2 untuk mendapatkan cerita yang hebat. Ubahlah sikap ini kerana bidang glamour juga tempat mencari rezeki yang halal jika kita pandai menjaga agama kita.
- Peranan ibubapa yang kurang memartabatkan agama di permulaan pendidikan anak2. Setiap ibabapa kini terlalu memberi semangat keduniaan kepada anak2 mereka. Selalunya mereka akan bercakap begini. Bila besar nanti jadi doktor, bila besar nanti jadi peguam, bila besar nanti jadi menteri dan pekerjaan yang berpangkat besar. Hampir tiada ibubapa memberi pesanan berunsur akhirat kepada anak2 mereka. Niat ibubapa menghantar anak2 juga hampir tiada. Sepatutnya kita perlu niat menghantar anak2 ke sekolah kerana allah taala. Barulah anak2 dapat belajar dalam keredhaan allah.
- Ajaran mendidik anak2. Jika kita susah nak dengar nasihat ibubapa kita, begitu juga anak2 kita akan susah nak dengar nasihat kita dan berterusan. Jika kita nak anak2 berakhlak baik, maka bermulalah dengan kita kerana ibubapalah yang mencorak kehidupan anak2. Sekiranya anak2 kita berperangai buruk, fikirlah dimana keburukan kita sehinggakan anak2 mengikuti sikap tersebut.
- Terlalu mengejar kehidupan duniawi sememangnya menjadi tujuan utama kebanyakkan manusia. Maklumlah, tanpa itu semua, memang susah untuk kita teruskan kehidupan. Tetapi kehidupan semata2 duniawi tidak akan menjamin kehidupan kita diakhirat. Maklumlah, kehidupan akhirat sememangnya sukar dilihat dan diikuti manusia kerana tidak jelas dimata kasar. Maka, seimbangkanlah kehidupan duniawi dan akhirat agar kita bahagia dikedua2nya.
- Hidup dalam bersederhana. Hidup dalam kemewahan memiliki rumah besar, kereta besar dan kaya sememangnya idaman setiap manusia. Tetapi apabila kita hidup dalam kemewahan, kita pantang menerima kesederhanaan semula. Kita akan terus mengejar kemewahan dan terus mengejar kekayaan duniawi sehinggakan kita lupa dunia akhirat. Hiduplah sekadar bersederhana dan jika diberi rezeki yang lebih, bersyukurlah diberi rezeki yang berlimpah untuk digunakan ke jalan allah.
- Sentiasa mengingati allah setiap saat. Manusia sekarang kebanyakkan ingat allah ketika sakit. Apabila sembuh, tak ingat balik pada allah. Penyakit hanyalah agen untuk memberi kesedaran kepada kita sebelum dihantarNya mati.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan