01 di parit sulong - Google Blog Search |
Shahnizat Bin Sakiran: Oh Mak Bapak.. Posted: 04 Jun 2011 04:16 AM PDT Sekarang ni makin banyak medium untuk kita berhubung dengan rakan-rakan. Antaranya ialah facebook, twitter dan blog. Untuk pengetahuan semua, saya hanya ada facebook dan blog ini yang mana kedua-duanya menggunakan nama Shahnizat bin Sakiran. Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak membuka facebook saya berbanding blog. Ini kerana facebook lebih mudah, simple dan ramai pengikutnya. Namun begitu, ia tidak bermakna saya akan menutup laman blog ini sebab blog umpama diari diri saya. Mungkin dalam masa sepuluh tahun akan datang, saya akan baca semula setiap apa yang saya tulis. Pada kali ini saya ingin bercerita tentang tempat tinggal saya. Ramai sahabat saya bertanya, mengapa saya masih tinggal di Lok Heng sedangkan saya mengajar di Kota Tinggi. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah ialah 40km. Saya juga melihat hampir semua rakan-rakan sekolah saya sudah bermastautin di luar. Sebenarnya saya bukanlah tak nak berhijrah. Tapi saya kesian pada kedua mak abah saya yang tinggal berdua saja di rumah. Umur dah lepas 60 tahun, anak pulak nak duduk jauh. Entah sakit ke, pening ke, sekurang-kurangnya dapat juga saya jenguk. Kadang-kadang saya kesian dengan ibubapa yang anaknya belajar pandai-pandai belaka. Kerja pulak bagus. Tapi mak bapak kesepian kat rumah. Ada pulak salah seorang daripadanya dah meninggal dunia. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Empati. Hah.. malas la nak sambung cerita.. emosional la pulak.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan