Khamis, 9 Jun 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


PJK Felda <b>Lok Heng</b> Selatan, Johor | Kembara Pusat Jalur Lebar Komuniti

Posted: 07 Jan 2011 01:35 AM PST

Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit seluas 1768.44 hektar. Pada peringkat awalnya, kawasan ladang Felda Lok Heng Selatan adalah kawasan ladang Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur yang mana kebanyakan kawasannya tidak ekonomik, rendah dan berpaya. Kawasan ini telah dipulihkan dan dibangunkan. Maka, wujudlah rancangan Felda Lok Heng Selatan.

Asal Usul Nama dan Tarikh
Mengikut pendapat orang-orang lama, nama Lok Heng berasal daripada nama seorang pekebun Cina yang bernama Lok Heng yang merupakan orang terawal meneroka kawasan ini. Walau bagaimanapun, sejarah ini tidak diketahui kesahihan faktanya.

Tanah rancangan Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dan mula diduduki oleh peneroka baru secara rasmi pada Januari 1986 bagi peringkat 01 seramai 110 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing dan pada Februari 1987 bagi peringkat 02 seramai 261 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing.
(Sumber: Maklumat Asas Dan Profil Rancangan 2008 – Felda Lok Heng Selatan)

Menurut cerita orang-orang di sini, perkataan 'lok heng' adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Cina untuk merujuk kepada keadaan dan persekitaran kawasan ini yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air. Terdapat hanya beberapa keluarga nelayan sahaja yang sanggup tinggal di sini. Mereka bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ikan dan hasil hutan paya sebagai sumber pendapatan.
(Sumber: Laman Web Projek USP 5 Perpustakaan Desa Felda Lok Heng Selatan)

8 Januari 2011 ialah hari dimana berlangsungnya Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti di Felda Lok Heng Selatan. Kawasan PJK yang agak strategik; memudahkan para penduduk untuk mendapatkan akses internet. Walaupun cuaca yang panas terik, ia tidak mematahkan semangat para penduduk dan urusetia untuk memastikan Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti berjalan dengan lancar.

Tentatif bermula dengan kedatangan pelajar PDK (Pemulihan Dalam Komuniti), dimana PDK merupakan satu pertubuhan yang membantu pelajar OKU untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka memeriahkan Hari Terbuka dengan memasuki pertandingan mewarna online. Selepas itu aktiviti-aktiviti yang selalu dikendalikan seperti Menuip belon dalam plastik, pertandingan kerusi beracun, juga diadakan kepada pelajar-pelajar SMK Luqman Hakim. Pemberita dari akhbar Sinar Harian juga hadir untuk membuat liputan tentang Hari Terbuka yang berlangsung pada hari ini.

Tarian zapin oleh para pelajar PDK membuka tirai majlis penutup Hari Terbuka Jalurlebar Komuniti. Walaupun deria pendengaran mereka tidak setajam seperti orang lain, mereka dapat mengikut rentak dan tarian dengan baik.

Sambutan majlis penutup berlangsung begitu meriah sekali. Yang Berhormat Tuan Hj Rasman bin Haji Ithnin (ADUN Sedili, Kota Tinggi) hadir untuk merasmikan majlis penutup Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Lok Heng Selatan. En. Mohamed Faiezal Othman, selaku wakil dari Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia turut hadir untuk menerangkan apakah itu PJK dan kepentingannya kepada masyarakat setempat. Manakala Pengurus PJK, Cik Noralisah binti Ashari memberi sedikit taklimat ringkas tentang PJK dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada masyarakat setempat. Pengacara majlis disandang oleh Penolong Pengurus PJK, Nurihdayah binti Ahmad. Majlis disudahi dengan Tarian penutup oleh pelajar PDK.

Dengan kedatangan Yang Berhormat Tuan Hj Rasman bin Haji Ithnin (ADUN Sedili, Kota Tinggi) dan para VIP-VIP yang lain, ia secara tidak langsung memeriahkan lagi Hari Terbuka Pusat Jalurlebat Komuniti dan menunjukkan komitmen kerajaan kepada masyarakat setempat bahawa PJK ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu komuniti luar bandar dalam pembentukan masyarakat berteknologi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads