01 di parit sulong - Google Blog Search |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Lawatan Biro <b>...</b> Posted: 08 Jun 2011 07:13 AM PDT Biro Masyarakat Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat telah mengambil tindakan berani dengan program-program lawatannya ke Negeri-Negeri yang diliputi oleh Felda. Setelah selesai dengan program lawatan ke Negeri Sembilan, pihak Biro memutuskan untuk membuat lawatan ke Negeri Johor. Didalam rombongan lawatan itu adalah saya sendiri selaku Pengerusi Biro dan dianggotai oleh Sdr T. Kumar selaku Timbalan Pengerusi, Sdr Rebin Birham selaku Setiausaha, Sdr Zabdie Abas selaku Ketua Generasi Muda Biro, dan dibantu oleh pimpinan Biro Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang diketuai oleh Sdr Zulkifli Daud, Pengerusi Biro Felda PKR Negeri Johor. Rombongan kami tiba di Felda Sg Mas jam lebihkurang 2.00 petang pada 5hb Jun 2011, disana kami mengadakan Dialog dengan wakil-wakil peneroka Felda Sg Mas dan rancangan-rancangan sekitarnya dan diakhir majlis dialog itu kami telah melancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru dari kalangan anak-anak peneroka Felda dari Generasi Ke-2 dan Generasi Ke-3. Selesai Majlis itu kami berlepas ke Felda Adela dimana satu Majlis Ceramah PKR telah diadakan, dan diakhir Majlis itu telah dilancarkan pembentukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor selepas pelancaran Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda baru. Esuknya kami pergi ke Felda Bukit Baru dan dijamu makan tengah hari di Rumah Sdr Zabidie Abas sebelum kami ke Felda Ulu Dengar di Gugusan Kahang untuk mengadakan Majlis Dialog di rancangan Felda tersebut untuk peneroka-peneroka Ulu Dengar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Diakhir Majlis Dialog itu, kami lancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru dari Generasi Ke-2 dan Generasi ke-3. Pada jam 9.00 malam, kami meneruskan perjalanan kami ke Felda Bukit Batu dalam kawasan Parlimen Kulai untuk mengadakan Ceramah serta Majlis Dialog. Disana kami telah ditemani oleh Datuk Chua Jui Meng. Majlis Ceramah itu cukup berjaya kerana dia dihadiri oleh tidak kurang dari 200 orang anak-anak muda, dan anak-anak muda ini menyambut baik dan menerima Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru. Malam itu kami menginap di Stay Inn Hotel di Bandar Simpang Renggam. Selepas mengambil sarapan pagi pada keesukan harinya, kami menziarahi Dr Ann, seorang aktivis PKR di Bandar Simpang Renggam. Beliau adalah diantara mereka yang akan bertanding disalah satu kawasan DUN disana. Selesai berbincang dengan Dr Ann (bukan seorang wanita), kami meneruskan lawatan kami ke Felda Redong di kawasan Parlimen Sekinjang dan didalam Majlis Dialog di Felda itu pada jam 3.00 petang, Dr Gurmit Singh, Ketua PKR Cabang Segamat, Pn Natrah Ismail, Ketua Wanita PKR Negeri Johor, Pn Siti Halijah Hj Mohamad, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat, dari Generasi Ke-2 Felda Cahaya Baru. Ucapan beliau di Majlis Dialog itu memberikan kesan mendalam kepada para hadirin yang sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru yang menjadi "jutawan fakir". Pn Natrah juga turut memberikan ucapan. Pelancaran Borang Permohonan Menjadi Peneroka Baru Felda mendapat sokongan yang begitu menggalakkan dan lebih dari 300 Borang Permohonan itu telah diambil oleh anak-anak muda yang hadir. Sebaik saja selesai Majlis Dialog di Felda Redong itu, saya dan isteri saya terus ke Segamat untuk menempah bilik Hotel. Kemudian kami pergi ke Labis untuk mengambil makan malam bersama-sama dengan Zabidie Abas, Zulkifli Daud, Natrah Ismail, Siti Halijah dan rombongan dari Felda Cahaya Baru sebelum kami pergi ke Felda Maokil untuk Majlis Ceramah. Sesampai di Maokil, kami diberitahu oleh Cikgu Saadon, Ketua PKR Cabang Pagoh bahawa tempat ceramah telah dipindahkan kerana berlaku satu kematian kepada keluarga tuan rumah. Kami mendapat kebenaran dari sebuah Restoran untuk mengadakan ceramah di restoran itu. Pada malam itu Cikgu Saadon, Siti Halijah Mohamad, Rebin Birham dan saya sendiri menjadi penceramah manakala Sdr Zabidie mempengerusikannya. Sebaik sahaja Siti Halijah berucap, Majlis itu telah diganggu oleh Pengurus Felda Maokil yang mengarahkan Majlis Ceramah itu diberhentikan. Arahan daripada beliau itu dibuat diatas kuasa yang diberikan kepadanya dibawah GSA. Cikgu Saadon cuba berbincang dengan Pengurus itu, tetapi suara Pengurus itu semakin meninggi untuk Ceramah itu diberhentikan. Saya masuk campur dan bertanya Pengurus itu kenapa Majlis Ceramah yang berjalan dalam suasana baik itu hendak diberhentikan. Semakin kami cuba meminta kerjasama darinya semakin bongkak Pengurus itu, akhirnya, saya tanyakan dibawah Seksyen apa dibawah GSA beliau mahu memberhentikan ceramah itu. Beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai kuasa dibawah Seksyen 36 Akta GSA itu. Saya pergi ke kereta saya dan mengambil Buku Akta GSA itu, dan saya tunjukkan kepada Pengurus itu bahawa Seksyen 36 tidak memperuntukkan kuasa kepada Pengurus Felda untuk memberhentikan Ceramah. Seksyen 36 itu langsung tidak menyebut sebarang kuasa Pengurus, maka kami teruskan saja Ceramah itu. Giliran saya berceramah dan saya terangkan dalam ceramah saya itu Seksyen 36 yang ditambatkan kepada Seksyen 38 sebelum saya berceramah mengenai maudho' ceramah itu iaitu mengenai peruntukan Buku Jingga didalam Perkara 8 yang menerangkan tentang keputusan Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang akan memansuhkan Felda Plantation dan tanah ladang Felda Plantation itu akan diagih-agihkan kepada Generasi ke-2 dan ke-3 Felda. Sebaik saja saya menamatkan ceramah saya lebihkurang jam 11.45 malam, beberapa buah kereta Polis telah menyerbu tempat kami berceramah, mereka itu dipanggil oleh Pengurus Felda yang bongkak itu. Polis nak buat apa? Majlis Ceramah sudah tamat, dan mereka menyatakan bahawa kalau dah tamat tak perlulah mereka masuk campur. Alangkah keciwanya Pengurus itu! Diakhir Majlis Ceramah itu, kami juga melancarkan Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda Baru. Sepanjang 3 hari kami berada di Negeri Johor dengan mengadakan 3 Majlis Dialog dan 3 Majlis Ceramah, tidak kurang dari 2000 borang permohonan menjadi peneroka baru Felda telah diambil oleh pihak generasi ke-2 dan generasi ke-3. Sementara itu, saya sendiri menerima jemputan lagi untuk datang lagi memberikan ceramah di Felda Cahaya Baru, Felda Air Itam, Felda Siboi, Felda Lok Heng, Felda Kahang, Felda Chempelak dan beberapa Felda yang lain di Negeri Johor. Saya menetapkan satu lagi lawatan Biro Masyarakat Felda PKR Pusat akan diadakan dipenghujung bulan Julai untuk lawatan beberapa hari, lawatan itu merubah persepsi generasi ke-2 dan ke-3 terhadap peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan mereka berpandangan positif terhadap peranan yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Feldanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan