Sabtu, 18 Jun 2011

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


MOHAMAD KARIM DO PERTAMA BERSARA <b>DI PONTIAN</b> - Yang halal itu <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 02:24 AM PDT

Utusan Malaysia: 2 Jun 2011

PONTIAN 1 Jun - Persaraan Mohamad Karim, 58, mencatat satu sejarah apabila menjadi Pegawai Daerah Pontian pertama yang menamatkan perkhidmatan di daerah ini, di sini baru-baru ini.

Beliau yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Pontian pada 1 Februari 2009, mengakhiri perkhidmatan sebagai penjawat awam kerajaan negeri Johor pada Isnin 30 Mei lalu setelah berkhidmat selama 33 tahun.

Mohamad dan isterinya, Zainab Mohd. Yusof menaiki kenderaan khas mengelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan Daerah Pontian di Bangunan Sultan Ismail dan diraikan kakitangan agensi kerajaan lain yang berada di bangunan sama.

"Daerah Pontian tidak asing kerana pada 1982 saya pernah bertugas sebagai Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Pontian, penempatan kedua selepas dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor (PTNJ) pada 1978.

"Saya harap Pontian akan terus menjadi salah satu daerah yang maju pada masa depan dengan adanya pembangunan Iskandar Malaysia yang melibatkan kawasan di selatan Pontian," katanya dalam ucapan pada majlis tersebut di sini baru-baru ini.

Ditanya kepuasan yang diperolehi sepanjang menjadi Pegawai Daerah Pontian, Mohamad memberitahu, pentadbirannya telah dapat mewujudkan pusat pentadbiran itu dengan menaik taraf tempat meletak kenderaan, laluan pejalan kaki, lampu jalan dan sebagainya.

Anak kelahiran Parit Raja, Batu Pahat ini memulakan perkhidmatan sebagai PTNJ dengan memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) Segamat pada 15 Januari 1978 sebelum ditugaskan buat kali pertama di Pontian pada 1982.

Selepas empat tahun, beliau kembali semula ke daerah Segamat pada tahun 1986 sebagai Setiausaha Majlis Daerah Segamat sebelum berpindah ke Pejabat Daerah Muar sebagai ADO selama empat tahun dan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) Muar selama tiga tahun.

Mohamad kemudian ditukarkan ke Pejabat Daerah Batu Pahat dengan jawatan sama sehinggalah diarah ke Johor Bahru sebagai Jurutulis di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum kembali semula ke tempat kelahiran dengan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) selama setahun.

Antara jawatan lain yang menyusul ialah Pentadbir Tanah Kota Tinggi, Pejabat Tanah Johor Bahru; Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor dan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads