01 di pontian - Google Blog Search |
Ikram <b>Pontian</b>: IKRAM <b>Pontian</b> Berjaya Anjur Program Jom Jadi Sihat Posted: 26 Jun 2011 08:12 AM PDT 26 Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432, satu lagi sejarah berjaya dilakukan oleh ahli-ahli IKRAM Pontian, khususnya Wanita IKRAM dengan kerjasama Jawatankuasa dan ahli-ahli kariah masjid Jamek Al-Faizin Kg Pt Semerah kerana penganjuran Karnival Jom Jadi Sihat (JJS). Bermula jam 8.00 pagi di perkarangan masjid persiapan karnival JJS, ahli-ahli IKRAM mula membuat persiapan. Pengunjung mula sampai sekitar jam 8.30 pagi dan sekitar 9.30 bermula acara perasmian JJS dan selepas itu dikuti dengan acara forum JJS di dewan sembahyang masjid. Di perkarangan masjid, pelbagai aktiviti pameran oleh IKRAM dan Aqsa Syarif, jualan oleh penggerai dan pemeriksaan kesihatan oleh kakitangan jabatan kesihatan Pontian dijalankan. Program JJS adalah suatu inisiatif Biro Wanita dari Pertubuhan IKRAM Malaysia Pontian dengan kerjasama Pegawai-pegawai dan jamaah masjid Jamek Kg Pt Semerah Pontian. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat di samping mendedahkan ahli-ahli IKRAM dengan kerja-kerja kebajikan di dalam masyarakat di samping mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat. Sebagai pertubuhan NGO yang mempunyai misi untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membuka keahlian kepada semua golongan dalam masyarakat Islam tanpa mengira status dan latar belakang. IKRAM mengalakkan ahli-ahlinya melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Progra JJS ini adalah salah satu program yang dirancang khusus agar IKRAM dapat berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan, pejabat Kadhi dan pejabat Agama Pontian mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan dan hidup sihat sepanjang hayat. Selain dari menyentuh perkara di atas, YDP IKRAM Pontian, PM Dr Mohd Zin Kandar di dalam ucapannya menjelaskan secara ringkas objektif dan aktiviti yang telah dijalankan di Pontian. Di dalam ucapan perasmian majlis yang disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Agama Pontian (bhg Pengurusan Masjid & Surau), Tn Hj Muntaha Hj Tua yang mewakili Yg Bhg Tuan Kadhi Pontian menjelaskan bahawa jabatan agama sentiasa menyokong ngo Islam yang melaksanakan usaha mendidik masyarakat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memetik betapa sedihnya keadaan masyarakat dari segi sosial di mana di Malaysia ini kes kelahiran luar nikah semaki meningkat dengan catatan 2 kelahiran setiap jam, bermakna purata 48 orang sehari. Kehadiran IKRAM di Pontian mendapat sokongan padi dari jabatan agama dan sedia beekrjasama di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat. Turut berucap di majlis perasmian ialah Pengerusi kariah masjid, Tn Hj Muhammad dan do'a pembukaan oleh tuan Imam masjid, Ust Hj Shafie Muhammad. Forum JJS - Sihat Sepanjang Hayat telah disampaikan oleh Ustaz dari Sek Dato' Penggawa Barat dan Dr Murniati dari Hospital Sultanah Aminah. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, acara peraduan mewarna dan melukis telah juga diadakan serentak dengan majlis forum. Sesuatu yang sangat bermanfaat di dalam program ini ialah pemeriksaan glukos di dalam darah dijalankan oleh pegawai-pegawai jabatan Kesihatan secara percuma. Para pengunjung yang menjalani pemeriksaan, seandainya kandungan gula dalam darah didapati melebehi 7, para pengunjung akan terus diberikan kad kuning untuk membuat temu janji di Hospital Pontian. Dengan itu, mudahlah para penduduk mendapat pemeriksaan lanjut dengan segera. Sekitar 300 pengunjung hadir di dalam karnival JJS dan IKRAM bercadang untuk mengadakan program yang sama di masjid-masjid lain di sekitar Pontian pasa masa-masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan