Khamis, 9 Jun 2011

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Senarai Hotel <b>Di Segamat</b> Johor Darul Takzim | PakJi.com

Posted: 05 May 2011 09:20 PM PDT

segamat

Sekiranya anda mencari hotel di Segamat di bawah ini adalah senarai hotel yang anda boleh pilih. Buatlah tempahan dengan menelefon terus atau datang sendiri ke hotel berkenaan. Segamat adalah nama sebuah pekan dan juga daerah di utara negeri Johor. Terletak kira-kira 142 kilometer melalui lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur ke Tangkak. Juga 55 kilometer melalui Jalan Federal 23. Tardapat banyak perkhidmatan bas ke Segamat antaranya Transnasional, Damai Ekspress, Yow Hoe Bus dan SE Ekspress. Anda juga boleh ke Segamat dengan menaiki tren KTM.

vip hotel mid range

VIP Hotel
1st. Mile, Jalan Buloh Kasap, Segamat, Johor, Malaysia.
Kadar caj:
Deluxe RM 118.00 nett
Executive RM 138.00
Family Room RM 165.00
VIP Room RM 218.00
Kemudahan: tub mandi, pengering rambut, surat khabar, bilik bersambung disediakan, kolam renang, tempat meletak kereta, penghawa dingin, TV ASTRO, dobi, servis bilik, panggilan telefon IDD, pemanas air, kopi,teh, percuma Internet WIFI.

Hotel Sri Pelangi
Ground Floor, Wisma Chew Ann Ting, Jln Buloh Kasap,
85000 Segamat, Johor
07-931 2101
Kadar Caj: RM75.00
Kemudahan: Penghawa dingin, talian telefon, TV, air panas atau sejuk, bilik mandi, bilik conference, dewan makan, dean tari-menari, servis kurier atau surat-menyurat.

Silver Inn
No. 11, 1st Floor, Jln Rose,
85000 Segamat, Johor
07-931 2211
Kemudahan: Penghawa dingin, talian telefon, air panas atau sejuk, bilik mandi, tempat meletak kereta

Hotel Mandarin Inn
No. 99, Jln Genuang, 85000 Segamat, Johor
07-931 7966
Kadar caj minimum: RM36
Kemudahan: Penghawa dingin, talian telefon, peti sejuk. salon rambut, salon kecantikan, dobi, surat menyurat dan kurier, servis bilik 24 jam dan sekuriti 24 jam.

Woon Hotel
No. 4, Jln Buloh Kasap, Taman Rimau, 85000 Segamat, Johor
07-932 2577

The Pine Classic Inn Sdn Bhd
No. 30, Jln Genuang, 85000 Segamat, Johor
07-932 2008

Hotel Segamat Sdn Bhd
No. 18, Jln Salim, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor
07-931 2919

Nanyang Hotel
No. 8, Jln Awang, 85000 Segamat, Johor

Search Terms:

  • senarai hotel di segamat
  • hotel di segamat
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Litar kereta kawalan jauh <b>di Segamat</b>

Posted: 24 Apr 2011 11:52 PM PDT

SEGAMAT - Impian peminat kereta kawalan jauh daerah ini untuk memiliki kawasan khusus bagi hobi itu, menjadi kenyataan apabila kerajaan Johor membangunkan Litar Putera Speedway dekat Bandar Putera IOI di sini.

Litar sejauh 150 meter yang mengambil masa kira setahun untuk dibangunkan atas tanah milik Majlis Daerah Segamat (MDS) itu dibina dengan kos RM120,000 hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat.

Ayub berkata, beliau berusaha memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi pembinaan litar berkenaan kerana melihat kepada peningkatan minat anak muda kawasan Segamat khususny sekitar DUN Kemelah terhadap hobi berkenaan.

"Selain daripada boleh dimanfaatkan anak tempatan, saya berharap pelbagai acara pertandingan yang diadakan di sini mampu menarik kehadiran pengunjung atau peserta daripada luar daerah dan negeri ini.

"Saya berharap, anak muda di sini dapat meluangkan masa dengan menyertai hobi yang berfaedah ini, daripada membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain jika mereka merempit di jalanraya.," katanya ketika merasmikan kemudahan litar terbabit.

Sempena perasmiannya, satu pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di litar terbabit yang berhasil menarik lebih 100 penyertaan dari seluruh negara dan Singapura.

Peserta daripada Radio Control Auto Club (RCAC) Kuala Lumpur, Norazam Zainal Abidin, 45, menyifatkan Litar Putra Speedway yang dibangunkan itu paling selamat dan terbaik pernah dilihatnya sepanjang 10 tahun pengalaman dalam hobi itu.

Katanya, berikutan kelajuan kereta kawalan jauh yang digunakan, setiap peserta mengambil masa kira-kira limat minit bagi melengkapkan satu pusingan 150 meter itu.

"Kereta kawalan jauh ini dijanakan oleh bateri atau enjin yang menggunakan petrol. Penggunaan kereta berkuasa bateri membabitkan kos yang lebih rendah.

"Harga sebuah kereta kawalan jauh berbeza mengikut keupayaan dan kualiti di antara RM1,500 hingga RM5,000 berserta aksesori yang lengkap," katanya.

Berita Harian Edisi Johor | 25 April 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads