Selasa, 14 Jun 2011

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Isu Politik Semasa: Kemalangan Maut <b>Di Stulang</b> - MBJB Dalang <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 06:32 AM PDT


Siapa kata hanya PAS bertelunjukkan DAP ? Rupa-rupanya UMNO serupa juga. Kemalangan maut yang baru berlaku di Stulang adalah saksi hidup kejadian. Rakyat dapat menyaksikan adegan pembantaian brutal oleh MBJB terhadap gerai-gerai sumber ekonomi  makro tempatan.

Siapakah dalang disebalik kemalangan tersebut ? MBJB hanyalah tangan yang melaksanakan tetapi telunjuk yang mengarahkan sudah barang tentu wakil rakyat tempat kejadian. Nampaknya UMNO mengata dulang paku serpih, mengata PAS tapi UMNO pula yang lebih-lebih. Harapkan telur, telur masin busuk pula.

Mengapa tiada budi bicara di dalam perlaksanaan undang-undang ? Kalau sekadar undang-undang dunia, janganlah terlalu angkuh di dalam mempertahankannya. Kelak balasan Allah SWT tidak tertanggung azabnya.

Adakah merobohkan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian ? Jika sekadar memusnahkan, beruk dan kera boleh dilantik sebagai ahli jawatan kuasa. Tindakan tersebut memang memalukan dan tidak bertamadun.

Dicadangkan agar Datuk Bandar Johor Bahru mengambil cuti dan pergi melawat ke Kampung Medan. Saksikan bagaimana sistem gerai dimaju dan dibangunkan. Kalau malas, pencenlah awal, luangkan masa dengan anak dan cucu ataupun kahwin lagi dengan anak dara ataupun janda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads