di negeri johor - Google Blog Search |
Kisah Qarun berlaku <b>di Negeri Johor</b>? - BLOG Komuniti gempakZ by Mr <b>...</b> Posted: 17 Jan 2011 02:07 AM PST Mungkin, ini adalah jawapan mengapa Albert Baker, Ibrahim dan keturunan mereka kaya raya..tak perlu pakai duit rakyat untuk joli sana sini.. 'cluenya' ada ditulis.. Pada pagi hari.. 6th February 1887.. 140 tahun yang dulu.. Jeng jeng jengg.... Pokok persoalannya, Siape yg beri 'clue' itu???? Jawapan: Salah sorang org yg dihormati... keturunan Nabi [dikhabarkan] Nama2 besar seperti : Dorang merupakan keturunan Arab yg bertaburan di nusantara yg datang terus dari Mekah.. terutamanye di Singapore.. nama-nama yg besar dari keturunan itu juga, mcm Syed Habib Noh Al Habsyi, Syed Muhammed Husin Al Habsyi, Syed Umar Al-Junaid, Syed Abu Bakar Umar Al-Junaid, Syed Salim Mohsin Al-Attas, Syed Muhammad Abdul Rahman Al-Sagoff dan berpuluh - puluh lagi name besar yg hidup 150 tahun dulu... semua itu tu jugak merupakan keturunan Nabi.. TAPI...tak mungkin kita mengenali mereka sebab: Bidang utama mereka adalah PERNIAGAAN....bukan dakwah seperti yang di tanamkan dalam fikiran orang melayu islam.. kalausebut keturunan nabi je automatically terfikir mereka adalah pendakwah.. Silap tuu.. kayu ukur kalau sebut keturunan Nabi ni ialah orangnye mesti "Syed".. dan kaya-raya tapi tidak kedekut... pemurah dan beragama... di JOHOR Orang2 itu lah yg diberi kepercayaan utk membangunkan negeri.. bukan cina towkay.. dari kukup.. sampai ke endau.. dari kulai.. sampai ke Muar.. semua di cartel oleh keturunan Arab... TIBALAH SATU HARI... Syed Hussin Muhammad Al Habsyi... tokoh perniagaan dari singapore.. berasal dari Palembang.. yg berkait rapat dgn Habib Noh Muhammad Al Habsyi... telah datang dia dan menulis sepucuk surat kepada setiausaha kerajaan HH Albert Baker.... yg bunyinya amat pelik.... macam inilah: Isinya menulis.. yang harta si Qaron itu, tertanam di bawah : - kaki gunung Ledang - istana hinggap Bukit Surga (Soga) batu pahat - sempadan tanah Kukub tertanam sedalam 40-60 hasta kedalam tanah... Rujukan Surat asal masih tersimpan di Johor.. KALAU.... Kalau yang menulis surat itu.. pak lebai hassan, ataupun.. pawang ngah.. aku tak ambik pedulik... tapi... yg tulis tu surat tu adalah Syed Husin Muhammed Al-Habsyi.. keturunan Arab dan keturunan dari Nabi... aku pun sangat-sangat tertanya-tanya.. DITAMBAH PULA ...dengan cerita Nabi Sulaiman dan Tharsis dan Gunung Ledang.. bolehlah disimpulkan.. cerita Qarun sebenarnya adalah dari daerah sini... Pelik? takkanlah Kisah Qarun yang Kaya raya itu berasal dari negeri Johor? ataupun Harta kekayaan Qarun tu sahaja dibawak ke negeri Johor... erm.. Misteri misteri.. |
LAWAT MAHASISWA <b>JOHOR DI</b> MESIR BUKTI MAIJ PRIHATIN Posted: 08 May 2011 06:12 AM PDT RABAAH EL-ADAWIYAH, 5 MEI 2011 – Baru-baru ini, "Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)" telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah. Rombongan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Ahmad Faisal Bin Mohammad bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat mahasiswa mengenai bantuan melalui wang kutipan zakat serta memantau segala keperluan mahasiswa di sini. Turut terlibat 'turun padang' ialah Ustaz Haji Yahya Bin Ahmad sebagai Ketua Penolong Pengarah bahagian Undang-Undang Syara', Ustaz Haji Noh Bin Kadri selaku Ketua Penolong Pengarah bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor dan Ustaz Haji Suhaimi Bin Rebu, Ketua Unit Fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor. Antara persoalan yang diajukan oleh ahli Johor adalah berkisar tentang skop pengurusan "aktiviti qariah" yang dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau di kampung setiap daerah negeri Johor. Hal-hal lain yang berbangkit ialah mengenai status kelayakan seseorang itu untuk memohon bantuan zakat ibn sabil di Majlis Agama Islam Johor dan penempatan pelajar yang semakin berkurangan di Asrama Rumah Johor Iskandariah. "Antara aktiviti-aktiviti harian yang diatur oleh bahagian pengurusan masjid dan surau ialah mengadakan kuliah subuh, kelas mengaji al-Quran, kelas ta'mir selepas maghrib, program keluarga sakinah, bacaan yassin pada setiap malam jumaat di rumah-rumah ahli qariah yang ditetapkan mengikut giliran. Manakala program berkala pula adalah sempena hari asyura, sambutan maulidur rasul, gotong-royong perdana dan sebagainya," jelas Ustaz Haji Noh bin Kadri. Menurut Tuan Haji Ahmad Faisal bin Mohammad, "Pemohon bantuan zakat mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta'rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor. Pemohon juga mestilah tidak mendapat bantuan/sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain. Walaubagaimanapun, hanya mereka yang berhak mengikut hukum Syara' dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ." Sebelum majlis bersurai, beliau memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada mahasiswa/wi Johor agar meningkatkan prestasi kejayaan dalam pengajian masing-masing demi agama Islam dan masyarakat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan