01 di chaah johor - Google Blog Search |
- BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search
- BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search
- BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search
BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search Posted: 15 Jun 2011 03:53 PM PDT Malah, elaun harian mereka hanya RM6 sehari dan wang saku itu diberi sehingga tanaman kelapa sawit yang diusahakan boleh dijual serta mendatangkan keuntungan. Bagaimanapun, kerajaan negeri yang bersimpati dengan peserta yang tinggal di dua asrama kecil kemudian memberikan 0.8 hektar tanah kepada mereka untuk dijadikan tapak perumahan dan RM1,500 sebagai kos bagi mendirikan kediaman masing-masing. Namun, sebaik selesai mendirikan rumah masing-masing, peserta yang kebanyakannya bujang pada masa itu berasa kesunyian dan bermula daripada itulah sejarah mengenai Desa Temu Jodoh terukir. Menurut Ketua Kampung desa berkenaan, Paiman Annuar, hendak dijadikan cerita, tidak jauh dari tanah rancangan berkenaan terletak pula puluhan peserta beliawanis bagi program sama. "Pada masa itu tanah yang kami usahakan mula membuahkan hasil, namun tanah rancangan milik beliawanis masih pada peringkat permulaan, jadi kumpulan peserta lelaki dihantar ke sana untuk membantu tugas kumpulan wanita itu. "Perkenalan di tempat kerja membawa kepada hubungan kasih sayang dan seterusnya bercinta hinggalah kami merancang berkahwin," katanya ketika ditemui. Paiman berkata, sebaik syarat utama yang tidak membolehkan mereka kahwin selama lima tahun itu tamat tempoh, tiba masanya untuk mereka berumah tangga serta melengkapkan hidup masing-masing. Difahamkan, pada masa itu kebanyakan peserta lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, malah gaji diterima sekitar RM150 sebulan menyukarkan mereka untuk berumah tangga. "Saya pernah diperli penduduk sekitar yang kami mungkin jadi bujang terlajak, namun gaji kecil itu bukan penghalang," katanya. Ketua kg sekarang ini En. Paiman berkata, pada mulanya hanya empat pemuda dan pasangan masing-masing mahu mendirikan rumah tangga dan berita itu jelas cepat tersebar kepada pengetahuan pengurus tanah rancangan. Tanpa disangka, 21 pasangan lain dipanggil untuk berjumpa pengurus dan sebuah majlis persandingan besar-besaran dirancang selepas itu. En. Paiman dan isterinya Pn. Maimunah Mad Hussein, 60, antara pasangan raja sehari yang diraikan pada 27 Februari 1977 dan Tanah Rancangan Pemuda Kampung Sungai Lenek bertukar nama Desa Temu Jodoh sempena majlis perkahwinan beramai-ramai itu. "Yang menguntungkan kami ialah semua perbelanjaan, termasuk pakaian dan pelamin, ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Johor dan Menteri Besar pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Osman Saat bertanggungjawab sebagai pengelola majlis berkenaan," katanya. En. Paiman berkata, ketika memberikan ucapan tahniah kepada pengantin yang dirai, Allahyarham secara spontan menyebut tanah rancangan itu akan bertukar nama kepada Desa Temu Jodoh selepas ini. Selepas 34 tahun berlalu, Desa Temu Jodoh menjadi antara tanah rancangan yang menyumbang lebih 10 peratus hasil tanaman kelapa sawit kepada negeri ini iaitu RM105,592.50 secara tahunan. Selain itu, desa berkenaan mendapat kunjungan orang ramai, khususnya pemuda dan pemudi yang lanjut usia serta berat jodoh. Mereka akan datang menjadikan keluarga di kampung berkenaan sebagai anak angkat dan percaya atau tidak, kebanyakan yang pernah menetap sementara di situ selamat melangsungkan perkahwinan selepas itu. Menurut En. Paiman, beberapa anak angkat yang tinggal di kampung berkenaan bertemu jodoh seolah-olah nama Desa Temu Jodoh itu seperti memberikan tuah kepada mereka. "Bagi saya, semua itu hanya kebetulan dan kebanyakan anak angkat kami di sini seperti mahu mengambil berkat daripada keunikan nama kampung. "Kita hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya dan berkat usaha mereka itu, semua selamat melangsungkan perkahwinan," kata bapa kepada empat anak berkenaan. Difahamkan, selang beberapa tahun sekali penduduk desa berkenaan mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan secara besar-besaran bagi mengingati majlis yang diadakan puluhan tahun lalu. Malah En. Paiman turut mahu mencadangkan desa berkenaan dijadikan destinasi pelancongan seperti Tasik Dayang Bunting di Langkawi yang menjadi kunjungan wanita mahu mendapatkan anak. Sehingga kini, lebih 850 penduduk menetap di kampung berkenaan yang sebahagian kecilnya adalah generasi kedua tanah rancangan berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search Posted: 16 Jun 2011 03:54 PM PDT | Kek Perkahwinan dan Cupcakes <b>di</b> Kota Tinggi | Muar | <b>Johor</b> | KL Posted: 17 May 2010 05:48 AM PDT Salam semua... ini pula koleksi gambar di Majlis Perkahwinan Farah Aina & Khairuddin di Chaah, Johor pada penghujung bulan lepas..... Farah telah menempah pakej pelamin termasuk kek perkahwinan fondant + cupcakes bertemakan warna Biru Firus..... Terima kasih diucapkan dari Rbecca Cookies atas tempahan tersebut... Semoga Farah Aina & Khairuddin berbahagia sehingga ke akhir hayat.... amin... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search Posted: 01 Jul 2011 03:10 PM PDT | kelab kebajikan penduduk <b>chaah</b> segamat <b>johor</b>: Keahlian Posted: 26 Jun 2011 11:25 AM PDT Keahlian Kelab ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas tanpa mengira jantina, bangsa dan agama yang bermastautin di dalam Rumah Awam Chaah, Segamat, Johor dan kawasan sekitarnya (Kg. Sri Gajah, Kg. Sg. Lenik, Kg Kangkar 1, Kg. Kangkar 2, Kg. Sg. Sabar, Kg. Jawa, Kg Jawa Baru, Kg. Melayu, Kg. Baru, Ladang Achi Jaya di dalam Pekan Chaah, Segamat, Johor.) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di chaah johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan