01 di desaru - Google Blog Search |
mohdnadri dot com <b>DESARU</b>; Kini Lebih Dekat <b>Di</b> Hati Posted: 04 Jul 2011 08:51 AM PDT Huhh!! Diam tak diam dah lebih sebulan blog nie tak diupdate. Aktiviti blogwalking juga turut terganggu akibat kekangan masa dan juga beban kerja yang tak pernah habis. Alkisah pada hari Sabtu yang lepas, aku dapat luangkan masa bersama keluarga dengan membawa anak-anak pergi bermandi-manda di Pantai Batu Layar di Desaru. Rasanya dah lebih 5 tahun aku tak kesana. Aku lebih suka mandi di pantai Batu Layar kerana keadaan pantainya yang landai & arus yang tak berapa kuat jika dibandingkan dengan pantai di Tanjung Balau. Setiap tahun ada saja laporan kejadian mati lemas di pantai Tanjung Balau. Sesiapa yang bercadang hendak bermalam di Batu Layar bolehlah menginap di Batu Layar Resort dengan harga yang amat berpatutan. Di nasihatkan agar anda membawa bekalan makanan yang secukupnya kerana tiada kedai makan yang terletak berhampiran dengan resort ini. Paling hampir ialah di Bandar Penawar kira-kira 15 KM jauhnya. Sekarang ini perjalanan ke Desaru dari rumah aku di Bandar Seri Alam cuma mengambil masa selama 30 minit (27 KM) dengan menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru (E22) yang baru dibuka pada bulan lepas. Bayaran tol percuma sehingga 9/7/2011. Sebelum ini ramai terpaksa memandu sehingga 2 1/2 jam untuk sampai ke Desaru melalui Jalan Kota Tinggi. Apa yang menariknya tentang Lebuhraya Senai-Desaru ini ialah jambatan kabel sepanjang 1.7KM yang merentasi Sungai Johor dengan 2 menara setinggi 150M seperti gambar dibawah. (Kredit Gambar 2 JBCool.Com) Bagi sesiapa yang bercadang hendak menginap di Desaru barang semalam dua, aku cadangan agar korang membuat tempahan awal di Lotus Desaru Beach Resort @ Pulai Desaru Beach Resort & Spa. Sebelum ini aku pernah menginap di kedua-dua resort di atas yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain dan tidak mendukacitakan. Artikel Berkaitan Yang Mungkin Anda Perlu Baca ;coded by nessus |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan