Isnin, 11 Julai 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Bercinta <b>di Johor Bahru</b> | Raracandyfloss

Posted: 11 Jul 2011 06:49 AM PDT

11
Jul

OH HELLO BLOG <3

Rindunyaaaaaaaaa nak bercerita! Dah jarang update sebab taktahu nak update pasal apa. Buat blog ni khas untuk cerita pasal boyfriend je boleh tak? KAH KAH KAH. Dua bulan tau tak jumpa kekasih hati penawar jantung I tu. Lama betul. Tak tertanggung kot rindu, hihi. Tapi buat-buat cool je dekat blog (cool lah sangat), padahal rindu setengah mati ke apa tah. Tiap hari merengek pasal rindu dekat Akmal. Agak-agak Akmal rimas tak? T___T

JENG JENGGG. Akhirnyaaaaaa. Akmal datang JB susah payah naik bas setelah berapa tahun entah dia tak naik bas. Demi I :') Rasa bersyukur sangat bila dia sudi datang rumah I ni. Akmal sampai JB lebih kurang pukul 12.30 malam. I pergi ambil dekat Terminal Larkin. Of course lah I sampai dulu sebelum Akmal sampai kan. Kang dia takut pulak sorang-sorang. Dah lah tak biasa dengan JB. Kikiki.

Calling Baby <3 ..

"Baby, katmana ni? Dah sampai tak?"
"Ha? Taktahu. Baru nak masuk Larkin kot" – Baru bangun tidur.
"Laa yeke. Okay baby"
"Eh jappp. Dah sampai kot ni"
"Eee Sayang dah agak dah. Sebab sayang nampak bas transnasional tadi. Okay okay pergi turun tau"

Letak phone. Pastu call balik.

"Baby katmana niii?" – Sambil mata melilau tengok kawasan Terminal Larkin tu.
"B dah turun ni. Dekat depan Pizza Hut ni. Sayang katmana?"
"Sayang kat depan McD ni. Ala. Jauhnya Pizza Hut tu. Takpalah Sayang jalan jap sampai sana"
"Okay Sayang"

Letak phone. Pastu call balik.

"Sayang dah depan Pizza ni, mana B?"
"Ni haaa B kat tepi ni. Mana Sayang? B tak nampak pun?"
"Eee mana tah B ni, Sayang pun tak nampak B ni"

Sekali masing-masing dah nampak dahhhh :D

I nampak je dia, rasa macam hati I ni berjoget joget je =P Ehem. Lepastu dia terus bagi bag dekat I. I pun pegang lah. Tiba-tiba dia cakap,

"B dah lama beli hadiah tu. Masa kita 3 bulan"

I pun macam "Hadiah keeee? Sayang ingat baju B!". Lepastu haruslah senyum senyum gedik kan. Tak sabar nak sampai dekat rumah nak bukak hadiah. KAH KAH KAH.

Sampai je rumah, terus bukak hadiah. Excited sangat kan. Sampai lupa nak ambil gambar bungkusan yang cantik tu. I bukak pun penuh hati-hati taknak bagi sampai terkoyak. Keh keh. Gedik gila perangai. Dah lah bukak hadiah depan Mak, lepastu dengan senyum tersipu-sipu lagi *lempang diri sendiri*.

Lepas bukak hadiah, kitaorang tengok tv sama-sama sampai pukul 3 pagi :) <3

Haaa. Hadiah apa? Macamana Akmal bila jumpa Mak for the first time? Nanti I update lagi :D

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads