01 di kahang - Google Blog Search |
Polis halang ceramah Anwar <b>di Gelang Patah</b> | Metrokini Posted: 02 May 2011 03:27 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan. Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter. Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk. Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara. "Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. "Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat). Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa. "Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun. "Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya. Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa. "Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? "Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar. Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda. – Keadilan Daily Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan