01 di kempas - Google Blog Search |
Sekolah Kebangsaan <b>Kahang</b>, Jalan Mersing, Mukim <b>Kahang</b>, Kluang <b>...</b> Posted: 11 Apr 2011 10:35 AM PDT Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain. Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal... Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang. Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.
Namun tidak lama kemudian bekas Perdana Menteri Malaysia Kelas kami dipisahkan oleh dinding papan. Meja pula dicantum-cantumkan lalu membentuk barisan meja panjang yang dibahagikan kepada dua bahagian ruang iaitu di sebelah kanan dan kiri sahaja. Makna kata terdapat dua jalur barisan meja di kiri dan kanan dan pemisah itu dijadikan ruang untuk berjalan ke hadapan atau ke belakang. Kami duduk di atas bangku panjang dan berkongsi meja yang sama. Satu bangku berkongsi 5 - 6 orang murid. Satu meja panjang itu boleh memuatkan seramai sepuluh orang murid. Dalam satu-satu kelas memuatkan kira-kira 30-40 orang murid. Kelas sudah menjadi seperti tin sardin. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar dan gembira dalam masa yang sama. Biasanya kelas akan tergendala jika hujan. Bunyi timpaan hujan begitu kuat hinggakan tidak kedengaran suara cikgu kecuali cikgu menjerit-jerit sampai anak tekak jelas kelihatan mahu terkeluar. Lebih sadis lagi atap selalunya bocor. Kalau tidak kerana atap, tempias hujan juga menebusi dari celahan dinding dan tingkap. Pernah kami kebasahan di dalam kelas. Mujur juga buku-buku tidak lukus kebasahan. Itu kisah 29 tahun yang lalu. Sekarang ini Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 sudah banyak berubah. Sekolah ini sudah mempunyai bangunan sekolah yang sempurna. Ada yang dua tingkat, ada yang tiga tingkat, punyai kemudahan perpustakaan dan beberapa buah kuaters guru. Satu keunikan sekolah ini yang paling ketara ialah padang sekolahnya lebih tinggi daripada bangunan sekolah. Rasanya satu-satunya sekolah yang mempunyai padang sekolah yang lebih tinggi daripada bangunan sekolah tersebut, setidak-tidaknya di Johor! Keunikan kedua ialah padang sekolah inilah tempat anak-anak kampung bermain bola tiap-tiap petang. Kemudahan padang bola di kampung Sri Lukut ini tidak ada, jadinya selalunya kami meminta ehsan dan jasa baik guru besar sekolah yang juga kami rata-rata ini bekas anak murid sekolah di situ agar mengizinkan kami menggunakan padang tersebut untuk bermain bola. Kepulangan maza ke kampung baru-baru ini telah membawa berita bahawa Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang sudah mempunyai lagu rasmi. Ini sesuatu yang bagus dan harus dibanggakan. Masa maza sekolah sewaktu dahulu Dari itu kengkawan, mari kita saksikan dan dengarkan lagu rasmi sekolah ini. Di dalamnya terselit cita-cita, hasrat dan tekad anak-anak murid kecil ini dalam berbakti kepada agama, nusa dan bangsa!
*** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah): Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri. Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta.... Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang! Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu! Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini. Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam. Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya. Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya! Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang! Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi. BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini. Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia! Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu... Special tribute to:- |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan