Rabu, 6 Julai 2011

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 01:49 PM PDT


Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi. Lebih 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.

Awalnya, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya seperti biasa menghentam Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

"Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan rakyat".

"Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula".

Anwar juga memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

"Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar.

p/s: Gua dapat berita, ceramah Anwar semakin tak dapat sambutan..., kalau di Ampang hari tu cuma 1500 yang datang.., di Gelang Patah ni pulak khabarnya tak sampai pun 1000 orang datang dengar Anwar menipu..

Sebab tu lah dia buat ucapan provokasi yang maki hamun Polis dan kerajaan. Semua tu umpan untuk Polis suruh dia berhenti berceramah. So, bolehlah dia tuduh Polis dan kerajaan halang dia untuk berucap..

Ini semua taktik lama Anwar.. Dia sebenarnya dah hilang kepercayaan dari rakyat.. Sapa nak percaya lagi kepada manusia yang tak penakut dengan sumpah mubahalah ni... Mampus lah lu Nuarr!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 01:13 PM PDT

Weekend yang terbaru, aku dengan Trisno dan Ali bergerak ke Gelang Patah untuk sesaje "menembak". Cuaca pun cukup cantik, awan biru dengan langit yang putih memang masa yang sesuai. Pada masa yang ditetapkan, jumpa di restoran Mc'Donald highway Skudai bersebelahan dengan stesyen minyak Caltex. Aku gerak sorang dari Pekan Nanas pada pukul 1.40 tengah hari. Sampai sana tepat pukul 2.40 petang. So, kitaorang gerak ke Gelang Patah pada jam 3.10 petang.

Tempat tujuan adalah Kampung Pedas, Gelang Patah. Sebuah perkampungan nelayan yang terletak dihilir sungai bersebelah dengan Jambatan 2nd Link. Sampai kampung Pedas terus menuju ke jeti nelayan yang bersebelahan dengan Restoran Makanan Laut.

Disamping mengambil gambar, byk jgk tips-tips yang trisno ajar  pada aku dengan ali. Mcamane nak setting "picture style" nak set format.. Banyak jgk yang perlu di ambil kira untuk memastikan gambar yang menarik. Gambar-gambar ini adalah hasil dari outing hujung minggu lepas dengan trisno dan ali. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2011 02:00 PM PDT

LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh <b>di GeLang PaTah</b>, JoHor

Posted: 14 May 2011 12:14 AM PDT

Perkarangan kilang Kanta sentuh di Gelang Patang, Johor.



3/5/2011 (Selasa)
11.00 a.m
Kami bertolak dari Kilang Kanta Sentuh di Singapura ke Kilang Sentuh Ciba Vision di Johor pula. Apa yang membuat anis terkenang sehingga sekarang ialah perbezaan antara pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Singapura dengan pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Malaysia. ianya suatu yang amat berbeza. Pemeriksaan imegresen untuk ke Singapura amatlah ketat sehinggakan telefon bimbit juga tidak terlepas daripada pengimbasnya. Namun jika dibandingkan dengan pemeriksaan imegresen Malaysia, pengawasannya kurang ketat berbanding Singapura.

Beg galas inilah yang tidak terlepas daripada pengawasan imegresen.




Namun, kami bersyukur kerana semua ahli lawatan terlepas daripada apa-apa sekatan. oleh itu, kami teruskan perjalanan kami pulang ke Malaysia dengan gembira.

Bertolak balik dengan melalui tambak johor. tata kota singa....




12.15 p.m
Kami tiba di R&R Tanjung Pelepas sekali lagi untuk makan tengahari dan bersolat zohor di sini. Kami makan bersama sebelum bertolak ke Kilang Kanta Sentuh CIBA Vision yang terletak di Gelang Patah, Johor. Kami berkumpul semula untuk meneruskan lawatan pada pukul 2.00 p.m.


2.30 p.m 
Kami tiba di Perkarangan Kilang Kanta sentuh CIBA Vision Malaysia di Gelang Patah disambut dengan lambaian daun pinang yang menghiasi kawasan kilang. 

Dihadapan kilang kanta sentuh CIBA Vision Malaysia.




     Kami amat terpesona dengan keluasan kawasan kilang kanta sentuh ini berbanding kilang kanta sentuh di Singapura. Setibanya kami di sana, kami dibawa ke bilik taklimat dahulu. Kami dimaklumkan bahawa di sini terdapat pelbagai kepakaran yang diperlukan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. antara disiplin yang ditawarkan di sini termasuklah kejuruteraan, sumber manusia dan sebaginya.

Taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja dan sumber manusia kilang ini.




Kemudian kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat sekitar makmal membuat kanta sentuh. Kali ini kami cuma berpeluang untuk melihat daripada luar makmal sahaja. Pihak kilang memaklumkan kepada kami bahawa di sini antara kilang yang membuat kanta sentuh seperti kanta sentuh silikon hidrogel seperti air optix, air optix untuk astigmatisma, air optix focus night and day dan air optix multifocal. Antara kanta sentuh lain termasuklah kanta sentuh warna seperti freshlook. 

Antara kanta sentuh yang dikilangkan di sini.

Ada juga kanta sentuh bewarna yang dihasilkan di sini.

Disini banyak tenaga kerja manusia digunakan untuk pembuatan kanta sentuh tidak seperti di Kilang kanta sentuh di Singapura. Namun begitu, tenaga manusia yang digunakan cumalah untuk membantu memperkemaskan kulaiti kanta sentuh. bukannya 100% tenaga mesin seperti di Singapura.


3.45 p.m
Kami dihidangkan minum petang di kafe Kilang kanta sentuh tersebut. kami dihidangkan dengan mihun goreng, kuih muih dan pelbagai juadah lain yang enak. inilah perbezaan antara negara kita dengan negara lain. Di tanah tempat tumpah darahku ini sahaja adanya istilah jalan-jalan cari makan. Maklumlah makanan mudah dan murah diperolehi. Jika di negara orang, sebotol air mineral sudah bernilai 1 dolar bersamaan 2 ringgit lebih. Betullah kata orang, bila mengembara kita mulai hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Saya bangga jadi anak Malaysia.


4.15 p.m
Habis sesi kudapan petang, kami bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 

Sesi fotografi sebagai tanda kenangan dengan kunjungan kami ini.




Tidak lupa juga adanya cenderahati daripada pihak kilang kepada kami. 

Kecil saiznya, tapi besar manfaatnya lawatan ini kepada kami.




Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami bersiap-siap untuk bertolak ke lawatan ke kilang seterusnya. Terima kasih kepada pihak Ciba Vision kerana atas sambutan lawatan yang amat meriah dan cukup mesra. 

Kesimpulannya, lawatan dapat mengajar kita 1001 pengalaman yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup ini. Melancong, mengembara dan sebagainya adalah guru terbaik untuk kita belajar bersyukur dan menimba pengalaman baru di tempat orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads