01 di muar - Google Blog Search |
DRAMA TEBUSAN <b>DI MUAR</b> | Odah + One = OdahOne Posted: 07 Jul 2011 11:54 PM PDT 'AKU BUNUH SEMUA' MUAR: "Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada." Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam. Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya. Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air. "Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut. "Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh. Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2011070801012020110708010120/Article Semalam kebetulan OdahOne lalu kat tempat kejadian...sure ramai orang muo yang tak lepaskan peluang datang tengok...kawasan tu memang penuh dengan orang ramai yang nak tahu & nak tengok sendiri episod drama tebusan, walaupun sebenarnya mengganggu tugas polis...lepas berita ni keluar kat berita pukul 1 petang semalam lagi ramai yang datang & polis terpaksa tutup jalan nak masuk ke kewasan tu Bomba, polis & ambulans pun dah standby kat luar...selalu kita just tengok kat dalam TV tapi kali ni live depan mata...syukur semua selamat & takde yang tercedera parah or kehilangan nyawa...syabas buat cikgu-cikgu & anggota keselamatan sebab berjaya menyelesaikan drama tebusan tersebut dengan berjaya walaupun terpaksa menembak mati suspek... Orang ramai yang tunggu kat luar especially parents budak-budak tadika kat situ memang berdebar-debar sebab dah beberapa jam still tak tau nasib anak-anak diaorang kat dalam tu...dalam area pukul 1 petang, ada dalam 2 or 3 bijik helikopter yang aku rasa diterbangkan khas dari Johor Bahru untuk bawak anggota UTK (Unit Tindakan Khas)...bila UTK dah sampai aku dah dapat bayangkan diaorang memang akan buat serbuan punya sure akan ada yang terkorban...yelah kaedah pujuk pun dah tak jalan Nasib baiklah takde budak yang jadi korban...kalau kat US diaorang berbangga sebab ada pasukan SWAT...kat Malaysia kita ada UTK...bangga jugaklah sebab negara kita pun ada pasukan elit camni...diaorang buat kerja memang profesional Anyway suspek ni memang polis dah ushar dari dulu...tahun lepas dia dah ketuk kepala budak tadika dengan tukul besi...sekarang aku tengok tadika tu dah jadi macam zoo pagar dia bukan main tinggi lagi untuk safety punya pasal...legalah ibu bapa bila orang kurang siuman ni dah kena tembak...jangan ada lagi yang ikut camni dah lah A hero is a man who does what he can...Tahniah kepada semua hero-hero |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan