Isnin, 11 Julai 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Laporan Tragedi Kidnap Tadika <b>di Muar</b> Hari ini « Pena Kusisip Blog

Posted: 07 Jul 2011 05:28 AM PDT


 

"Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan semua kanak-kanak ini."

Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.

Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua," cerita Norazah Mohd Shah, 23, seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki terbabit.

Beliau yang masih dalam ketakutan ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini lewat petang ini, berkata lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan penukul, pada mulanya kelihatan tidak begitu agresif.

"Dia benarkan kanak-kanak pergi buang air ke tandas dan minum air," katanya yang kelihatan letih lesu dan masih trauma dengan tragedi itu.

Norazah berkata, beliau dan tiga guru lain, membawa 30 kanak-kanak itu naik ke tingkat atas, masuk ke sebuah bilik dan menguncikan pintu untuk mengelak daripada dihampiri lelaki berkenaan.
"Kami menahan pintu bilik dengan kerusi untuk menghalang lelaki itu masuk dan mengancam keselamatan kami," katanya.

Sebelum itu, katanya, beliau nampak lelaki terbabit sudah berada dalam bangunan taman asuhan itu pada kira-kira 9.30 pagi dengan memegang sebilah parang panjang dan penukul.

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana lelaki itu masuk ke premis berkenaan.

Beliau bersyukur kerana mereka semua selamat manakala lelaki terbabit berjaya diberkas selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menyembur alat pemadam api ke arah pasukan Unit Tindakan Khas polis yang merempuh masuk ke premis berkenaan pada 3.45 petang.

Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads